Hello korang,

Penyanyi remaja sensasi Aiman Tino yang bukan sahaja pandai menyanyi tapi juga sekarang dah berjinak dalam bidang perniagaan. Bermula dengan mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan, seterusnya koleksi kurta, dan kini Uniform Sekolah Sweet Aiman Junior.

Apa yang menarik lagi, Aiman Tino merupakan artis pertama dan satu-satunya yang mengeluarkan baju uniform sekolah di Malaysia. Rare kan? Uniform sekolah ini khas untuk pelajar di sekolah rendah dan menengah.

 

Majlis pelancaran uniform sekolah Sweet Aiman Junior diadakan pada 17 November 2017, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah yang merupakan bekas sekolah Aiman Tino sendiri.

Produk ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan. Dengar cerita YB P. Kamalanathan selalu dengan tentang cerita dan tahu tentang watak perangai baik Aiman yang sangat merendah diri.



Uniform sekolah yang dikeluarkan termasuklah baju, seluar untuk pelajar lelaki dan baju kurung untuk pelajar perempuan khas untuk yang di sekolah rendah atau sekolah menengah. Hot tau baju ni kat Mydin, cepat sangat habis.
Dari segi harga, uniform ni lebih kurang sama harga dengan baju sekolah jenama lain, tetapi ada juga yang lebih murah. Baju sekolah Sweet Aiman Junior kini telah dipasarkan dengan harga serendah RM21 di 8 pasaraya Mydin terpilih.


Korang boleh dapatkan Baju sekolah Sweet Aiman Junior di 8 rangkaian pasaraya Mydin terpilih:

1. Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor
2. Pasar Raya Besar Mydin MiTC, Ayer Keroh, Melaka
3. Pasar Raya Besar Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
4. Pasar Raya Besar Mydin Kubang Kerian, Kelantan
5. Pasar Raya Besar Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor
6. Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
7. Pasar Raya Besar Mydin Gong Badak, Terengganu
8. Emporium Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur


Till then,