Adventures of the Monkey King: The Golden Hooped Rod Live in Genting 2017

 Salam sejahtera dan hai korang.

Cuti sekolah kan dah mula dan kali ni aku nak ajak korang dan family korang ke Resorts World Genting untuk menonton persembahan Adventures of the Monkey King: The Golden-Hooped Rod.

Teringat masa zaman Play Station 1 dulu aku dok main permainan Monkey King ni dan sekarang peminat Monkey King boleh tonton aksi dia secara live di Resorts World Genting yang menggabungkan aksi akrobatik dan elemen kesan khas 3D.

Adventures of the Monkey King: The Golden-Hooped Rod live in Resorts World Genting
Tarikh: 11 November 2017 - 1 Januari 2018
Tempoh tayangan: 65 minit
Masa: Setiap hari jam 9PM

 

Persembahan Adventures of the Monkey King: The Golden-Hooped Rod dibawakan khas oleh Kumpulan Akrobatik Nanjing, China. Aksi ini dilakukan oleh mereka yang professional, berpengalaman dan sangat berbakat.

Sebelum ini, Nanjing Acrobatic Troupe memang dah banyak sertai pelbagai pertunjukan dan pertandingan besar di banyak negara. Hasil persembahan deorang memang best dan berjaya memukau minda aku.


Adventures of the Monkey King: The Golden Hooped Rod menceritakan tentang Sun Wukong atau dikenali dengan nama Monkey King yang nak membalas dendam terhadap Chi Yu yang merupakan sea demon yang dah bunuh kawan-kawan dia sebab nak memiliki tongkat sakti milik Monkey King.


Babak ni paling ngeri sebab dia banyak melompat-lompat. Bukan setakat melompat macam tu je, ni lompat atas orang. Dahla tu, lompat atas 2 orang pulak tu. Lompat tinggi-tinggi, kalau salah memang naya la. Tah berapa lama deorang berlatih.

Ngeri dan membuatkan aku speechless sungguh. Tabik ah deorang ni. Dahla dalam kumpulan tu ramai budak kecik-kecik je aku tengok. Tapi bakat deorang, memang wow!



Tayangan ini akan diadakan dalam bahasa Mandarin. Tapi secara jujurnya, tak banyak sangat pun scene yang bercakap. Tak silap aku part yang bercakap pun masa bahagian narrator bercakap. Masa cakap-cakap ni, memang akan ada screen sari kata English.

Yang jenis faham bahasa Mandarin tak payah baca dah English tu. Cerita ni pun takde la berat sangat, so kalau korang tak baca atau terlepas sari kata dia, pun masih faham apa yang terjadi. Senang nampak siapa baik dan jahat.


Animasi 3D dengan effect suara dan aksi akrobatik yang menjadikan tayangan persembahan ni sangat menarik bagi aku. Contoh babak kat bawah ni, dia tengah 'absorb' ilmu aksi lawan. Best tau scene ni, nanti masa last tu korang akan nampak la dia makin kuat.


Babak perlawanan akhir tu yang paling menarik. Bukan sahaja ada aksi akribatik dan effect animasi 3D, tetapi juga ada elemen khas rahsia. Nah tahu apa yang rahsia sangat tu? Jangan lupa datang ke Resorts World Genting untuk tonton ya.

 

Nah aku kasi trailer sikit antara aksi menarik di Adventures of the Monkey King: The Golden Hooped Rod Live in Genting 2017



 

Harga tiket Adventures of the Monkey King: The Golden-Hooped Rod:
VIP: RM176
PS1: RM136
PS2: RM96
 

Till then,

Post a Comment

12 Comments

cindyrina said…
I miss out this show. Look like a good show.
Puiyeesss said…
Seems interesting, I always love the story of Monkey King, would love to see performance of this LIVE!

xx
Puiyeesss
Mahamahu said…
Bila nak buat kat KL ni kita nak tengok juga sebab kita ni memang suka kepada teater ni menarik dan menghiburkan...
Linda said…
The show was really good. Enjoyed very much and would recommend to all.
Unknown said…
Oh sounds like an Interesting Show to watch. I would love to watch this Monkey King Golden Hooped Rod with my family.
Miera Nadhirah said…
missed out on this amazing show... so sad... huhuhuh... love these kind of show...
dr-Life said…
I was really amazed with those little monkey, they can performed so well at young age. Award winning troupe!!

racheal_foodilifecious
Em said…
I have always loved the legend of the Monkey King. This live stage performance with costumes and colours certainly has taken this to a higher level of entertainment.
Amelie Yap said…
Woah looks fun! You seems enjoy it alot!
Amazing! How I wish they will perform here in Manila, huhu.
Sharon Lee said…
I pun enjoy juga with their show and performance!! It's been a while I watching the Monkey King show too! I love their 3D animasi throughout the performance.

Melissa said…
I enjoyed this Monkey King show very much. The acrobatic acts were awesome.

FOLLOWERS