Untuk pertama kalinya, Warner Bros menggabungkan Superman, Batman, Wonder Women, Aquaman, Cyborg dan Flash di layar perak dengan filem Justice League. Aku sendiri memang dah lama tunggu nak tengok filem yang keluar pada 16 November 2017.
Entry berkaitan: Review Filem: Justice League (2017)
Lagi best, Resorts World Genting pun ada buat banyak aktiviti dah promosi yang menarik sepanjang roadshow filem Justice League. Korang yang nak join kemeriahan filem ni, boleh ke SkyAvenue di Resorts World Genting
Kempen Justice League dianjurkan dengan kerjasama DC Comics Super Heroes Cafe yang terletak di tingkat 3, SkyAvenue, Resorts World Genting. Kempen ini berlangsung dari 10 - 26 November 2017.
Antara aktivi menarik yang diadakan untuk orang ramai adalah seperti permainan interaktif superhero, photo booth dimana pengunjung boleh acah-acah ambil gambar dengan kostum superhero kegemaran, cenderahati dan permainan dari DC Superheroes.
Selain tu, kalau korang datang tepat pada waktunya, korang juga berpeluang untuk bergambar bersama dengan cosplay superhero Superman, Batman, Wonder Women, Aquaman, Cyborg dan Flash secara percuma!
Kalau tak ada kesempatan atau datang takde cosplay tu takpe, boleh juga bergambar dengan figura saiz manusia superhero Batman, Superman dan Wonder Women di kawasan yang sama. Nak lagi banyak figura ni, masuk je kedai atau kafe DC Superheroes.
Dah alang-alang singgah SkyAvenue untuk layan filem Justice League, tak lengkap la kalau tak makan di kafe DC Comics. Aku pernah datang sini dulu, boleh baca DC Comics Super Heroes Cafe: Restoran Makanan Halal.
Kali ni aku makan kek pelangi Superman. Sedap juga sebab rasa dia tak manis dan kek dia lembut. Memang tak muak aku makan kek ni. Bawak balik tapau sehari pun masih terasa kesegaran dia.
Rugi tak dapatkan cenderahati edisi terhad dari DC Superheroes. Peminat tegar mesti akan kumpulkan barang-barang dia untuk koleksi peribadi. Terima kasih kepada DC Superheroes, SkyAvenue atas tajaan cenderahati ni. Paperbag saja pun lawa oi.
Comelnya limited edition keychain ni! |
Aku berkesempatan untuk menonton filem Justice League di panggung wayang terbaru SkyAvenue, PictureHouse Cinema, Resorts World Genting. Panggung wayang ni memang ada kelas yang tersendiri. Dahla dapat tengok kat Genting Highland, sound system dan hall pun selesa sangat.
Promo kepada pemegang kad ahli Resorts World Genting, korang boleh dapatkan tiket menonton filem Justice League di PictureHouse Cinema secara percuma. Caranya, jadi 100 orang pertama yang membeli dengan nilai RM200 keatas di mana-mana kedai terpilih di Resorts World Genting.
Kalau tonton filem kat sini boleh dapat air, popcorn dan snack waffle dengan percuma tau. Tak payah dah aku nak berebut dengan suami sebab sorang dah ada satu. Hehe
Guys, kalau korang tonton filem Justice League, jangan lupa untuk tunggu 2 after credit selepas filem habis. Nak tunggu yang ke dua tu lama sikit, sampai habis semua credit baru ada. Akan ada hint pasal filem DC Comics yang seterusnya :D
Till then,
15 Comments
racheal_foodilifecious