Aeon Taste New Zealand Anjurkan Demo Masakan New Zealand Mussels & Daging Greenlea

Hai korang,

Siapa yang tak kenal dengan negara New Zealand yang popular dengan keindahan alam, ladang lembu dan susu segar serta udaranya yang nyaman kan? Semua teringin nak pergi sana, termasuklah aku. Tapi, tah bila nak pergi.

Kebetulan, pusat retail AEON akan mengadakan AEON Taste New Zealand, sebuah pameran makanan yang membawakan produk jenama terbaik dari New Zealand dari 30 November hingga 10 Desember 2017 di 7 buah cawangan AEON terpilih.

Antara jenama antarabangsa New Zealand yang terlibat dalam pameran Taste New Zealand adalah seperti Greenlea, Whittaker's, Griffin's, Fonterra Brands, Karihome, Spring Sheep, NZ Natural Zealand Ie-Cream, Pure n Ezy Ready To Eat! dan Mainland Cheese.




Pameran yang dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) ini membawakan lebih daripada 150 produk makanan yang terbaik, sedap dan inovatif.

Sempena dengan pameran Aeon Taste New Zealand, Berjaya University College telah menganjurkan demo masakan dengan menggunakan bahan yang boleh didapati di pameran itu iaitu New Zealand Mussels dan Greenlea beef. Semua ni Halal ye.


Chef Krishnan demo macam mana nak sediakan 3 menu New Zealand yang aku sendiri tak pernah masak, tapi tahu makan je, iaitu Mussels (kupang) Keju Bakar, Daging Salai dan Steak Simple.

Menu 1: Mussels (kupang) Keju Bakar

Senang je rupanya nak masak mussels ni. Yang susah sikit pun selalunya bahagian nak cuci dia. Tapi mussels yang kiteorang pakai ni dah ready-to-cook, maksudnya sudah dibersihkan. Kupang yang digunakan adalah mussels daripada New Zealand.

 

 

Nampak sedap? Ya, memang sedap, masih segar, terasa masin air laut dia. Chef bagi tips, untuk penggunaan keju, pastikan korang kenal jenis keju yang nak pakai tu. Ada yang masin, ada yang masam supaya rasa nanti tak pelik atau terlebih masin.

 

Menu 2:  Daging Salai Style New Zealand

Selama hari, aku memang suka makan daging ni, tapi tak reti sangat nak masak dia. Tapi, rupanya senangnya nak masak dia. Ikut rajin-malas je. Hanya pergi goreng daging, campur dengan sayur apa nak campur dan siap!

Masa ni juga Chef Krishnan ajar macam mana nak goreng lada/ bell pepper ni. Fav suami aku ni. Selalu pening naj masak macam mana, lepas ni dah boleh buat lauk ni je.

  

  

 

Menu 3: Steak Simple Style New Zealand

Seriously tak sangka steak ni masak dia simple, paling mudah dan paling cepat serta paling sedap. Kiteorang pakai daging steak yang Halal, produk dari jenama Greenlea. Deorang memang dah terkenal dengan pengeluaran daging yang sedap dan segar.

Selain daging dia yang lembut dan Halal, daging dari Greenlea memberi jaminan bahawa lembu mereka hanya makan rumput New Zealand saja dah tak ada ambil hormon ke apa. Organic ni.



Selesai demo masakan oleh chef hebat, Chef Khrisnan, kami blogger yang hadir diberi peluang untuk cuba memasak 2 menu masakan yang kami tengok tadi. Bagus ni, lepas belajar tengok, terus cuba. Barulah cepat ingat dan tahu apa yang salah kan.

Untuk pertandingan masakan sempena pameran Aeon Taste New Zealand, aku telah berkumpulan dengan Abang Khir Khalid, bukan calang-calang orang tau dia ni. Mudah sangat partner dengan dia sebab walaupun lelaki, Abg Khir tahu nak buat apa.



Memang betul-betul pertandingan ni. Lepas siap masak semua, akan ada juri makanan datang rasa makanan dan bagi komen. Komen pulak bukan saha dari segi rasa makanan, tapi dari segi kebersihan dan presentation makanan tu.

Alhamdullilah menu yang kami masak boleh dimakan dan sedap. Tak menang pun takpe sebab pengalaman masak ni pun dah mahal.

Pertama kali makan dan masak Mussels.

Seriously sedap steam medium rare kiteorang.

Jemput baca Abang Khir punya blogpost. LINK: www.khirkhalid.com/2017/11/aeon-taste-new-zealand-cook-off.html.


Peminat barangan New Zealand dan yang nak mencuba produk EcoStore secara percuma dijemput untuk join giveaway di Facebook aku di LINK: Klik sini untuk join giveaway.

EcoStore menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit dan produk pembersih rumah yang semulajadi dan bebas kimia merbahaya!

Senang je cara nak join. Hanya perlu komen tentang apa yang korang suka pasal New Zealand dan tag 3 orang kawan dan korang berpeluang untuk memenangi 1 daripada 10 barangan eksklusif dan kupon tunai dari Eco Store.

Kontest tamat pada 7 Disember 2017.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1708681129154033&set=a.384363498252476.88355.100000364867506&type=3&theater 
Klik gambar untuk join giveaway.

Selamat mencuba,

Post a Comment

17 Comments

ray said…
omg bestnye. dapat belajar masaka best. dapat makan lg best.

jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Mahamahu said…
Kita baru ingat nama resipi ni hehehe daging tu yang steak kalau makan memang kita pandai kalau nak masak bukan kita wakakakaka masak asam peda ok hehehehe..
Bella Jamal said…
Bestnya dapat main masak-masak. Pengalaman baru dapat masak mussels dan cuba produk New Zealand.
Rawlins GLAM said…
Bagusnya belajar masak mussel tu. Macam nak join plak giveaway tu. Hehe
Unknown said…
AEON Taste New Zealand is looks awesome food exhibition. I want to try those tempting foods when we Visit New Zealand.
cindyrina said…
Dah macam Master Chef nih! Kalau I sure kelam kabut nervous. Nampak sedap la.
Linda said…
All the food here look delicious and not that easy to cook. Will join your giveaway.
Dr Yingzangel said…
Bestnya dapat belajar cookoff ni. Sedap nampak
Those mussels looks delicious. In Philippines we call mussels as "tahong" an affordable alternative for oysters :)
Rawlins GLAM said…
Nak masak? Rawlins nie pemalas tapi suka makan dan tengok orang masak. Ada tak terjadi drama-drama macam dalam Masterchef time Yani dan rakan-rakan masak? Haha
Unknown said…
eee!! sedapnya tgk all the food! blaja masak lagi.. sume mcm best2 jer
cindyrina said…
Pandai masak! Dah la tgh on juice cleanse diet ni. Sekali tgk daging salai tu dah mcm apa dah perut ni. isk isk isk
dr-Life said…
Best Best dapat enjoy masak masak nie kan!! lapar pula when I see your food

racheal_foodilifecious
Bestnya... Dapat follow kelas masak-masak macam ni.. bonde tak ada peluang attend tgk mussels tu... Menyelerakan dan nampak sangat lazat sekali. Lepas ni ajarkan macam mana nak masak... Yea kongsi menu plz
Syafiera Yamin said…
Best nya rugi tak pergi haritu sebab clash dengan event lain heheheh
Miera Nadhirah said…
Looks so yummy... hahah.... I feel hungry now..
Em said…
Syioknya dapat cuba memasak. I tak tau bahawa New Zealand ada lebih daripada 150 produk makanan.

FOLLOWERS