Untuk hari ke dua, kami dibawa untuk menerokai Langkap, Simpang Pulai dan Ipoh. Walaupun kampung aku kat Perak, rupanya banyak lagi
tempat menarik kat sana yang aku tak pernah pergi. Trip lebih kepada sesi lawatan sambil belajar sebab banyak benda baru yang aku dapat dari trip ni.
Klik sini untuk baca Trip Hari Pertama ke Tanjung Malim & Ulu Slim.
Terima kasih kepada MaTic, Lumino TV, MOTAC, Port Ipoh dan Tourism Perak kerana sudi ajak aku untuk join Program Terokai & Alami Negeri Perak (Explore & Experience Perak).
Durian fav aku!
Part 2, Hari 2
Flying Fox di Espek Risda, Ulu Slim
Akademi ESPEK, Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Perak
Pepagi lagi sebelum sarapan kami dah beriya-riya nak main flying fox ni. Plannya nak main semalam tapi sebab dah lambat sangat. Menariknya flying fox ini adalah sebab korang akan jatuh dalam air. Rare kot! Main flying fox sampai basah.
Nak naik ke tempat stesen flying fox kene hiking sikit dalam 8-10 minit. Ada jugak pick up truck kalau korang jenis malas nak jalan. Trek mendaki dia pun takde la susah mana, macam berjalan kat Times Square je.
Environment Natural Element (ENE) Ginger Farm @ Ladang Halia ENE
Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak
Ladang halia ENE menanam halia spesis Bentong. Halia Bentong asalnya daripada luar negara dan benihnya dibawa masuk ke Malaysia sebelum diusahakan di Bentong, Pahang, sebab tu nama dia spesis Bentong. Halia bentong popular sebab lebih besar, lebih banyak khasiat dan lebih mahal.
Dapat peluang untuk belajar tanam halia sendiri. Hands on tau.
Bukan setakat mengusahakan tanaman Halia Bentong, tapi ENE juga ada menjual hasil kering halia ke dalam bentuk minuman teh kesihatan. Not bad la teh dia, ada yang rasa kuat, dan ada yang rasa macam ok-ok.
Sebab dah rasa kesedapan dan kenikmatan minum air halia ni (walaupun aku bukan fan halia), aku pun beli 2 botol OMI Bentong Teh Tarik Ginger dan OMI Bentong Lime Plum Ginger. Rasa menyesal pulak tak beli banyak-banyak.
Serius best air halia ni, aku dapat rasa kesan instant sebab masa trip tu aku tak beberapa sihat, dengan selsema dan sejuk main air sungai, tapi lepas minum halia dia, pergh rasa bertenaga wei.
OMI Bentong Teh Tarik Ginger dan OMI Bentong Lime Plum Ginger RM 45 each.
Inap Desa Azriefa Homestay
No. 144, Parit 16-B, Sg. Lampam, 36000 Teluk Intan, Perak.
Informasi dari orang Perak, penyanyi terkenal dari Singapura, Ramli Sarip pun memang akan selalu check in kat sini kalau dia ada shoot atau event apa-apa kat Perak. Kat sini best sebab rumah ni ditengah-tengah bendang. Malam-malam memang sejuk.
Kalau korang sewa kat sini, memang berbaloi sangat. Bilik memang banyak,
boleh muat lebih daripada 10 orang sebeb rumah style rumah kayu 2
tingkat kampung. Sewa pun murah je dalam RM200 untuk 1 malam.
Kalau nak lagi layan feeling kampung tu, boleh ambil sekali pakej malam untuk sehari. Percaya tak kalau aku cakap makan sehari untuk 4 kali malam ( sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam) hanyalah RM35 untuk seorang!
Menu makanan memang puas hati sangat. Siapa yang mengidam nak makan masakan kampung, terutama makanan popular negeri Perak, memang aku recommend ambil pakej sekali makan ni. Jimat serious. RM35/ 4 kali makan = RM8.75 sekali makan.
Minum petang pulak memang layan duduk kat pondok kecil sebelah sawah sambil makan ubi rebus cicah dengan sambal belacan style orang Perak. Selalu ubi rebus cicah gula kan, sambal belacan rasa dia masin-masin sikit.
Kami bertuah sebab trip ke Perak ni masa musim durian, merasa lah durian kampung kegemaran aku dengan kawan-kawan media yang lain.
Kumpulan Pertama Trekking di Sungai Chelik
Trekking laluan ni sebenarnya masih belum dibuka kepada orang awam. Kami bertuah sebab menjadi kumpulan yang pertama yang mendapat peluang untuk mendaki di hutan ke air terjun Sungai Celik di Simpang Pulai.
Nak hiking kat sini kena isi surat kebenaran ya. Ranjer hutan kena tahu sebab ini merupakan kawasan kawalan dan kawasan pos orang asli. Kalau tak ikut trek laluan memang bahaya sebab banyak perangkap binatang dan tebing cerun.
Nak hiking kat sini kena isi surat kebenaran ya. Ranjer hutan kena tahu sebab ini merupakan kawasan kawalan dan kawasan pos orang asli. Kalau tak ikut trek laluan memang bahaya sebab banyak perangkap binatang dan tebing cerun.
Menarik trekking kat sini sebab kawasan yang masih 'dara' dan abelum diteroka. Jumpa banyak pokok dan spesis hutan yang jarang nak jumpa dan tak lupa juga jumpa pacat! Buat pulak musim hujan macam ni, nasib baik aku pakai seluar panjang.
Masa separuh jalan tu dah boleh nampak air terjum Sg Celik.
Silakan pakai pakaian dan kasut yang selesa. Memang masuk air laluan trekking dia.
Finally selepas trekking sejauh 1.5KM, dengan tahap kesukaran yang sederhana, kami pun sampai di Air Terjun Sungai Celik yang setinggi 12 tingkat ni. Kalau korang jenis sukakan lagi cabaran, boleh la pegi naik atas lagi sebab ada kawasan mandi.
Korang yang berminat untuk mendaki kat sini untuk terokai kawasan hutan
dan ke air terjun boleh la minta izin daripada
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Park di talian 05-55485219.
Puas hati dapat jumpa air terjun. Nak mandi tapi masa tak mengizinkan.
Makan Malam di Restoran Simpang Tiga
D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak
Ini satu restoran makanan yang aku recommend kat korang kalau korang nak makan kat Ipoh. Sangat sesuai untuk datang bawa keluarga atau nak lepak makan atau nak dating. Kemudahan seperti tandas dan surau ada. Bilik function room untuk kegunaan event pun ada jugak.
Restoran ini menariknya menghidangkan banyak menu pilihan makanan daripada yang jenis goreng-goreng, berlauk, dan selesa menu masakan Padang. Harga pun not bad aku tengok. Rasa? Uih sedap la sebab tu aku recommend datang Restoran Simpang Tiga.
Restoran ini menariknya menghidangkan banyak menu pilihan makanan daripada yang jenis goreng-goreng, berlauk, dan selesa menu masakan Padang. Harga pun not bad aku tengok. Rasa? Uih sedap la sebab tu aku recommend datang Restoran Simpang Tiga.
Sebab nak merasa menu apa yang hot kat sini, kami order menu tomyam, ikan, ayam, daging, tofu sayur dan telur dadar. Konon nak merasala apa yang sedap. Tapi semua sedap. Aku paling suka daging dengan ikan tu.
Check-in di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh
No. 6, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak
Selesai semua aktivi hari kedua, kami pun check-in di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh untuk berehat. Apartment memang selesa dan bantal dia Ya Allah, lembutnya. Aktiviti harini pun memang memenatkan, lena aje tido.
Apartment yang kami dapat ada 2 bilik. Dua-dua bilik ada katil master dan tandas. Best wei, apartment mana ada dua tandas kan. Tuala dan toiletries di sediakan. Kalau jenis nak minum teh atau kopi pun ada juga.
Macam kiteorang haritu datang 5 orang, jadi kami request extra tilam untuk letak kat hall. Hall dia memang besar. Layan movie malam tu ramai-ramai, best tau.
Oklah korang, good night. Entry hari terakhir, coming soon :)
Alang-alang Trip 3 Hari, 2 Malam ke Perak, aku akan cover mengikut hari. Jemput baca entry selanjutnya, LINK kat bawah.
Part 2 Hari 1:
Till then,
20 Comments
xx
Puiyeesss
racheal_foodilifecious