Explore & Experience Perak: Trip ke Langkap, Simpang Pulai & Ipoh, Perak

Hai korang,

Untuk hari ke dua, kami dibawa untuk menerokai Langkap, Simpang Pulai dan Ipoh. Walaupun kampung aku kat Perak, rupanya banyak lagi tempat menarik kat sana yang aku tak pernah pergi. Trip lebih kepada sesi lawatan sambil belajar sebab banyak benda baru yang aku dapat dari trip ni.

Klik sini untuk baca Trip Hari Pertama ke Tanjung Malim & Ulu Slim.

Terima kasih kepada MaTic, Lumino TV, MOTAC, Port Ipoh dan Tourism Perak kerana sudi ajak aku untuk join Program Terokai & Alami Negeri Perak (Explore & Experience Perak). 

Durian fav aku!


Part 2, Hari 2

Flying Fox di Espek Risda, Ulu Slim 
Akademi ESPEK, Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Perak

Pepagi lagi sebelum sarapan kami dah beriya-riya nak main flying fox ni. Plannya nak main semalam tapi sebab dah lambat sangat. Menariknya flying fox ini adalah sebab korang akan jatuh dalam air. Rare kot! Main flying fox sampai basah.

Nak naik ke tempat stesen flying fox kene hiking sikit dalam 8-10 minit. Ada jugak pick up truck kalau korang jenis malas nak jalan. Trek mendaki dia pun takde la susah mana, macam berjalan kat Times Square je.

 

Environment Natural Element (ENE) Ginger Farm @ Ladang Halia ENE
Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak

Ladang halia ENE menanam halia spesis Bentong. Halia Bentong asalnya daripada luar negara dan benihnya dibawa masuk ke Malaysia sebelum diusahakan di Bentong, Pahang, sebab tu nama dia spesis Bentong. Halia bentong popular sebab lebih besar, lebih banyak khasiat dan lebih mahal.

Selama hari aku ingatkan susah sangat nak tanam halia ni, rupanya senang sangat. Halia pulak jenis tanaman yang senang nak jaga. Cukup air, matahari, jadilah dia. Datang ladang halia ENE baru aku tahu macam mana rupa pokok halia.

 

 
Dapat peluang untuk belajar tanam halia sendiri. Hands on tau.

Bukan setakat mengusahakan tanaman Halia Bentong, tapi ENE juga ada menjual hasil kering halia ke dalam bentuk minuman teh kesihatan. Not bad la teh dia, ada yang rasa kuat, dan ada yang rasa macam ok-ok.


Sebab dah rasa kesedapan dan kenikmatan minum air halia ni (walaupun aku bukan fan halia), aku pun beli 2 botol OMI Bentong Teh Tarik Ginger dan OMI Bentong Lime Plum Ginger. Rasa menyesal pulak tak beli banyak-banyak.

Serius best air halia ni, aku dapat rasa kesan instant sebab masa trip tu aku tak beberapa sihat, dengan selsema dan sejuk main air sungai, tapi lepas minum halia dia, pergh rasa bertenaga wei.

OMI Bentong Teh Tarik Ginger dan OMI Bentong Lime Plum Ginger RM 45 each.


Inap Desa Azriefa Homestay
No. 144, Parit 16-B, Sg. Lampam, 36000 Teluk Intan, Perak.

Informasi dari orang Perak, penyanyi terkenal dari Singapura, Ramli Sarip pun memang akan selalu check in kat sini kalau dia ada shoot atau event apa-apa kat Perak. Kat sini best sebab rumah ni ditengah-tengah bendang. Malam-malam memang sejuk.

Kalau korang sewa kat sini, memang berbaloi sangat. Bilik memang banyak, boleh muat lebih daripada 10 orang sebeb rumah style rumah kayu 2 tingkat kampung. Sewa pun murah je dalam RM200 untuk 1 malam.


 

Kalau nak lagi layan feeling kampung tu, boleh ambil sekali pakej malam untuk sehari. Percaya tak kalau aku cakap makan sehari untuk 4 kali malam ( sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam) hanyalah RM35 untuk seorang!

Menu makanan memang puas hati sangat. Siapa yang mengidam nak makan masakan kampung, terutama makanan popular negeri Perak, memang aku recommend ambil pakej sekali makan ni. Jimat serious. RM35/ 4 kali makan = RM8.75 sekali makan.


Minum petang pulak memang layan duduk kat pondok kecil sebelah sawah sambil makan ubi rebus cicah dengan sambal belacan style orang Perak. Selalu ubi rebus cicah gula kan, sambal belacan rasa dia masin-masin sikit.

Kami bertuah sebab trip ke Perak ni masa musim durian, merasa lah durian kampung kegemaran aku dengan kawan-kawan media yang lain.


Kumpulan Pertama Trekking di Sungai Chelik

Trekking laluan ni sebenarnya masih belum dibuka kepada orang awam. Kami bertuah sebab menjadi kumpulan yang pertama yang mendapat peluang untuk mendaki di hutan ke air terjun Sungai Celik di Simpang Pulai.

Nak hiking kat sini kena isi surat kebenaran ya. Ranjer hutan kena tahu sebab ini merupakan kawasan kawalan dan kawasan pos orang asli. Kalau tak ikut trek laluan memang bahaya sebab banyak perangkap binatang dan tebing cerun.


 

Menarik trekking kat sini sebab kawasan yang masih 'dara' dan abelum diteroka. Jumpa banyak pokok dan spesis hutan yang jarang nak jumpa dan tak lupa juga jumpa pacat! Buat pulak musim hujan macam ni, nasib baik aku pakai seluar panjang.



Masa separuh jalan tu dah boleh nampak air terjum Sg Celik.

 
Silakan pakai pakaian dan kasut yang selesa. Memang masuk air laluan trekking dia.

Finally selepas trekking sejauh 1.5KM, dengan tahap kesukaran yang sederhana, kami pun sampai di Air Terjun Sungai Celik yang setinggi 12 tingkat ni. Kalau korang jenis sukakan lagi cabaran, boleh la pegi naik atas lagi sebab ada kawasan mandi.

Korang yang berminat untuk mendaki kat sini untuk terokai kawasan hutan dan ke air terjun boleh la minta izin daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Park di talian 05-55485219.

 
Puas hati dapat jumpa air terjun. Nak mandi tapi masa tak mengizinkan.


Makan Malam di Restoran Simpang Tiga
D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Ini satu restoran makanan yang aku recommend kat korang kalau korang nak makan kat Ipoh. Sangat sesuai untuk datang bawa keluarga atau nak lepak makan atau nak dating. Kemudahan seperti tandas dan surau ada. Bilik function room untuk kegunaan event pun ada jugak.

Restoran ini menariknya menghidangkan banyak menu pilihan makanan daripada yang jenis goreng-goreng, berlauk, dan selesa menu masakan Padang. Harga pun not bad aku tengok. Rasa? Uih sedap la sebab tu aku recommend datang Restoran Simpang Tiga.

 

Sebab nak merasa menu apa yang hot kat sini, kami order menu tomyam, ikan, ayam, daging, tofu sayur dan telur dadar. Konon nak merasala apa yang sedap. Tapi semua sedap. Aku paling suka daging dengan ikan tu.



Check-in di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh
No. 6, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak

Selesai semua aktivi hari kedua, kami pun check-in di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh untuk berehat. Apartment memang selesa dan bantal dia Ya Allah, lembutnya. Aktiviti harini pun memang memenatkan, lena aje tido.




Apartment yang kami dapat ada 2 bilik. Dua-dua bilik ada katil master dan tandas. Best wei, apartment mana ada dua tandas kan. Tuala dan toiletries di sediakan. Kalau jenis nak minum teh atau kopi pun ada juga.

Macam kiteorang haritu datang 5 orang, jadi kami request extra tilam untuk letak kat hall. Hall dia memang besar. Layan movie malam tu ramai-ramai, best tau.



Nikmatnya bila badan penat dapat rendam badan dengan air panas.


 Oklah korang, good night. Entry hari terakhir, coming soon :)

Alang-alang Trip 3 Hari, 2 Malam ke Perak, aku akan cover mengikut hari. Jemput baca entry selanjutnya, LINK kat bawah.

Part 2 Hari 1:  


Till then,

Post a Comment

20 Comments

Foodfootage said…
Wow, next time can plan this 3D2N trip with my.family.and friends. Nice and great places waiting for me toto explore. Thank you for your sharing.
Puiyeesss said…
That pakej from Azriefa Homestay mmg berbaloi. Nak try Perak kampung style 1 day lah..

xx
Puiyeesss
Wow this is an amazing experience. I wish to try it as well. That durian is so huge! Did you enjoyed the planting session?
5 Little Angels said…
Looks fun and interesting. This type of activities are good for children too.
Ms Sham said…
Explore & experience nampak fun juga ya, durian tertarik perhatian saya pula
Unknown said…
It Seems like you had a great trip in Langkap, Simpang Pulai and Ipoh. I love exploring different places like this, Will definitely put this on my bucket list.
Rawlins GLAM said…
Bestnya trip nie. Jungle trekking, makan and stay di kampung. Makan murah plak tu.
Miera Nadhirah said…
memang suka jelajah and tengok kawasan kawasan baru.. so much to see and learn....
dr-Life said…
Nowadays been a lot to kampung kampung at JB and Perak.. and it seems Perak have so much more to explore.. best

racheal_foodilifecious
Em said…
Even though I am a Perakian, I don't mind exploring my home state. Too bad I was not able to join this trip. Would have loved to!
Shafyqah Azahar said…
wow nampak best! sekarang musim durian ke? hehe mesti sedap lauk pauk kampung tu kan?
Ezna Khalili said…
Ipoh kg saya tapi banyak tempat kat sini tak explore lagi. Setakat balik kg ajer jumpa sedara mara...
Suria Amanda said…
Back to the nature..memang manarik giler la...rugi plak rasanya akak x join..
Jia Shin Lee said…
Such a lovely road trip, I really need to explore these places soon.
Bella Jamal said…
Tak pernah tahu pula ada jual OMI Bentong Halia, biasa kat rumah rebus sendiri sahaja. Btw, harga untuk makan tu sangatlah murah. Tak dapat kat memana dah sekarang ni wei. Dah lama tak buat aktiviti macam ni. Last haritu kat Lombok masa pergi tengok air terjun. Sekali-sekala seronok juga masuk hutan.
Alia Farhan said…
Bestnya...makanan kampung tu sedapp tuuu..hrga pun murah kottt
Azlinda said…
bestnya ! akk pun suka durian hehehe
NEEZA said…
bestnya dapat makan durian. favourite neeza jugak~! menyesal tak dapat ikut trip itu. waaaaa~nak durian
Miza Talib said…
back to nature bestnya
Ivy Kam said…
The trip looks so fun and interesting, thanks for sharing :)

FOLLOWERS