Pengalaman Menarik di Wetlands Kampung Belukar Durian, Johor

Assalamualaikum dan hai korangs!

Sempena dengan Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017, lebih kurang 40 orang media yang terdiri daripada bloggers, influencers, media cetak dan media elektronik telah dibawa ke Zon Sedili kawasan KEJORA di Kota Tinggi Johor.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Ladang Susu Lembu Farm Fresh di Muadzam Shah, Pahang ke The Wetlands Kampung Belukar Durian memang sangat berbaloi dengan suasana tanah lembab yang mendamaikan.

The Wetlands Kampung Belukar Durian merupakan satu destinasi dibawah projek yang dibangunkan oleh KEJORA bersama dengan penduduk setempat untuk memperkenalkan lokasi ini kepada pelancong yang cintakan alam semula jadi.



The Wetlands Kampung Belukar Durian 

The Wetlands Kampung Belukar Durian memang popular dengan destinasi memancing udang air tawar dan juga destinasi aktiviti berasaskan air. Aktiviti rare yang boleh buat kat sini seperti menanam pokok paya bakau, menyelusuri Sungai Sedili Kecil, mengutip lokan dan banyak lagi.

Tanah Lembab Sedili merupakan contoh yang baik bagi tanah lembab di Malaysia kerana kawasannya diselubungi dengan tumbuhan-tumbuhan di tepi sungai dan hutan paya air tawar.




Penginapan di Wetlands Belukar Durian

Kat sini ada macam-macam jenis bilik. Kalau datang dengan keluarga boleh tempah chalet je sebab harga memang berbaloi. Kami alang-alang dah ramai memang book untuk tidur di dorm yang boleh menempatkan seramai 20 orang.

Best tidur ramai-ramai dalam dorm. Mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. Tidur sini memang selesa, bilik ada kipas, aircond dan selama 2 malam saya tidur disini, takde masalah nyamuk pun. Tandas ada dua, bersih pulak tu.

Harga penginapan untuk satu malam

Chalet A: RM120
Chaler B: RM150
Chalet C: RM100
Dorm: RM400




Makan Masakan Penduduk Wetlands Kampung Belukar Durian

Kalau korang tidur kat sini, saya recommend ambil pakej dengan makan sekali sebab kedai makan agak jauh keluar. Unless rajin nak masak, then ikut korang. Tapi nak bagitahu, memang pandai-pandai belaka orang Johor memasak, sedap.

Daripada sarapan pagi, minum petang sampailah makan malam, memang semua sedap-sedap. Ada antara kami makan sampai bertambah-tambah, nak kata lapar, takde sangat pun. Kiranya makan minum terjaga sangat sepanjang kami menginap disini.

Sarapan: Nasi lemak dan kuih.

Makan tengah hari: Asam pedas ikan, ayam goreng, sambal belacan.

Minum petang: Keropok lekor dan pisang goreng style Johor.

Kucing pun friendly

Malam Kebudayaan

Bertuah kami kerana disajikan dengan persembahan kebudayaan Johor seperti tarian joget, tarian zapin dan kuda kepang. Budak-budak yang persembahkan tarian ni pun bukan calang-calang orang, wakil daerah Sedili dan ada yang sampai ke peringkat kebangsaan tau.

Menarik bila dapat tonton persembahan kebudayaan ini depan mata. Ini kali pertama saya tengok orang menari kudang kepang secara live. Jujurnya saya agak teruja nak tonton, tak sangka kudang kepang punya tarian banyak aksi melibas-libas. Haha.





Aktiviti Kumpulan - Senamrobik

Antara aktiviti wajib kalau kita berada dalam trip kumpulan adalah aktiviti senamrobik. Tahu tak korang, bersenam pada waktu pagi di Wetlands Kg Belukar Durian memang syok. Angin pagi kat sini memang betul-betul segar.

Lagi best, kumpulan yang mengetuai aktiviti senamrobik kami adalah daripada persatuan senam penduduk sini jugak. Siap menari poco-poco lagi tau.



Lawatan ke Kawasan Paya Bakau  Wetlands Kg. Belukar Durian

Pagi-pagi selepas sarapan, kami dibawa untuk menerokai kawasan paya bakau di Wetlands Kg Belukar Durian. Tak jauh pun dari kawasan tempat kami tinggal tu, boleh jalan kaki je. 

Kawasan paya pakau ini memang menarik dan menenangkan mata. Semua spot sesuai untuk diambil gambar. Ni kalau ambil gambar kahwin pun orang takkan sangka ambil di paya bakau je.


Macam ni la rupa benih pokok bakau. Yang macam tajam tu bahagian atau pucuk dia.

Pokok bakau pun ada banyak jenis rupanya. Ingatkan kalau dah pokok bakau tu, itu aje lah. Rupanya ada banyak spesis. Di sini korang boleh jumpa pokok bakau spesis Bakau Minyak "Rhizophora apiculata" dan Bakau Kurap "Rhizophora mucronata".

Kelebihan spesis pokok bakau ini pun lain dalam ekosistem tanah lembab. Kegunaan dia untuk komuniti manusia pun lain contoh macam pokok bakau kurap, kayu dia kita boleh pakai untuk buat arang dan perabot sebab kuat.



Pengalaman manis apabila saya diberi peluang untuk menanam pokok bakau saya sendiri. Senang aje nak tanam dia, hanya perlu pastikan yang bahagian akar dia di bawah. Pokok bakau pun jenis pokok yang senang tumbuh.

 Lagi 2 tahun boleh datang sini cari balik pokok mana yang saya tanam tu. Boleh selfie sekali :D

Buah nipah dan biji dia.

Lokan di kawasan lumpur pokok bakau. Punyalah banyak.

Yang warna merah kat daun tulah pucuk pokok bakau.



Menyelusuri Sungai Sedili Kecil

Kalau dah datang ke kawasan sungai tanah lembab macam ni macam tak best pulak kalau tak naik bot menelusuri sungai untuk tengok flora dan fauna kawasan ni kan. Sewa bot ni sekali dalam pakej kalau korang stay sini.

Flora yang unik kat sini adalah tumbuhan Water Trumpet atau dalam nama saintifiknya, "Cryptocoryne". Rupa dia macam pucuk pokok dan hidup dalam air sungai yang perlahan. Sifatnya sangat sensitif dengan kualiti air dan kalau dia ada tu, tandanya kualiti air tu bagus lah.




Nampak tak akar pokok bakau tu?



Layan Matahari Terbit dan Terbenam di Pantai Manis

Dalam pukul 6 petang macam tu, kami ke Pantai Manis untuk aktiviti berkarang. Best belajar macam mana orang mencari kerang secara traditional menggunakan cara manual. Paling best berjalan ke tengah laut masa air surut.

Kami juga berpeluang untuk tengok sendiri kecantikan matahari terbenam di Pantai Manis. Walaupun penat, tapi perasaan masa tu gembira sangat. Memang penuh memory camera dengan gambar-gambar matahari terbenam ^___^


Masa ni rasa dekat sangat dengan alam. Pertama kali saya jejakkan kaki dengan laut masa air tengah surut macam ni. Dia punya surut tu sampai boleh jalan ke tengah laut sampai 1-2 KM jauhnya.

Masa air surut macam ni boleh nampak orang kampung sini turun ke laut untuk mencari kerang, lokan, lala dan macam-macam lagi. Ada yang sanggup berendam dalam air berjam-jam demi untuk mencari kerang. Tak senang tau nak jumpa kerang ni.



Sini pun banyak jenis flora dan fauna yang korang boleh jumpa. Bukan senang nak tengok hidupan laut semasa air tengah surut kan. Jumpa pulak anak pokok bakau kat sini. Ni mesti terbawa oleh ombak laut masa air pasang.


Senang je nak jumpa Hermit Crab masa air surut.

Malam tu, kami masak hasil kerang yang kami cari bersama di acara Pesta Berkarang petang tu.



Bengkel Kraftangan Nelayan Kg. Sedili Kecil

Pusat kraftangan kerang-kerangan laut ini diusahakan oleh kumpulan wanita tempatan yang majoritinya isteri kepada nelayan di sekitar kawasan Sedili. Ada banyak koleksi kraftangan yang cantik dan menarik kat sini.

Kreatif-nya mereka, kraftangan yang direka diperbuat daripada sisik ikan dan pelbagai jenis kerang-kerangan. Bayangkan kerang yang kita nampak kat persisiran pantai, yang kta pijak macam tu je, boleh buat kraftangan cantik.

Nak singgah sini kena telefon Kak Lijah (012-7575742) dulu.



Banyak hasil kraft yang dijual seperti keychain, gelang tangan, rantai, keronsang, perhiasan, bingkai gambar dan cermin. Yang lagi lawa sebab selain daripada menggubah kerang tu, mereka juga warnakannya untuk efek yang lagi cantik.

Kraftangan kat sini dijual dengan harga yang sangat murah serendah RM1. Macam souvenir kat bawah ni boleh dapat dengan harga RM8 sahaja. Berbaloi-baloi.

Saya beli souvenir cantik ni sebagai perhiasan di rumah.



The Wetlands Kampung Belukar Durian

Kg. Belukar Durian, Sedili Kecil, 81910 Kota Tinggi, Johor
Contact: 013-7026327 (Pn. Wan Rohani)
Facebook: www.facebook.com/KampungBelukarDurian 


Akhir kata, terima kasih kepada para penaja trip 3 hari 2 malam ke Daerah Zon Sedili khususnya kepada Malaysia Tourism Council (MTC) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Dan kepada para bloggers, media dan influencer, korang memang best!

Till then,

Post a Comment

21 Comments

Salah satu tempat eko pelancongan yang dapat membantu menarik pelancong asing untuk terus bekunjung ke johor ni . Deng adanya budaya- budaya seperti menari zapin , kuda kepang sedikit sebanyak tak telan dek zaman ..
Hanny Abdullh said…
Satu pengalaman yang sangat menarik. Memang kena join selalu trip macam ni supaya kita kenal asal usul kita dan tahu betapa indahnya tanah air kita Malaysia yg mcm2 ado..:D
Paling best, anak-anak muda pun terlibat dengan benda mcm ni, bukan orang lama je.
Ezna Khalili said…
Bagus aktiviti macam ni. Memperkenalkan masyarakat kat tempat2 menarik di sini. Tak pernah lagi dengar nama Pokok Bakau Kurap. Hee Hee
Fiza Rahman said…
Bestnya. Macam-macam aktiviti yang disediakan. Info pon padat. Baru tahu pasal bakau tu ada banyak spesis.
Ciktie said…
Dengan adanya karnival camni kita akan lebih menghargai apa yang ada dalam negara kita. Daya tarikannya yang tersendiri memang betul-betul mengagumkan. Semoga keindahan dan budaya negeri Johor ini terus diperlihara
Ruby said…
Johor paling ruby suka bila tengok adat dan budaya. Makanan sedap. Lokan tu fav ruby, tak sangka nak tangkap camtu. Hehe. Kawasan payah tu kalau photoshoot bagus. Hehe
5 Little Angels said…
Looks like a nice and interesting place to explore. I should plan my next trip to be there with my children.
Fadzi Razak said…
Bestnya boleh tengok persembahan kuda kepang live. Teringin sangat nak tenogk depan-depan.
Nuha Nawawi said…
Bagus penulisan dan aktiviti yang dianjurkan, sekurang-kurangnya ditanam lagi pokok bakau. Penting untuk habitat akuatik dan juga mengelak kejadian tsunami.
Semoga pokok-pokok bakau yang telah ditanam bertumbesaran dengan sihat.
atiehilmi.com said…
waa.. bestnya kalau dapat buat tem building kat sini.. suasana pun tenang.. boleh lari kejap dari hiruk pikuk kota dan keserabutan bekerja.. hee~
Bella Jamal said…
Seronok nya dapat join trip. Suka juga menonton aktiviti kebudayaan. Tarian zapin Johor memang saya suka. Meriah! Pertama kali nampak biji benih pokok bakau. Memang penting mmemulihara pantai dengan tanam bakau untuk pemangkin pantai dan juga jaga ekosistem. Mesti dapat pengalaman berharga semasa ikuti trip ni kan.
Henry Tan said…
bagusnya tempat ni for friends and family. if dulu dekat uni, lagi best nak buat bonding trip dekat ni.

YourFinanceDoctor
Jia Shin Lee said…
You're so adventurous, I have never been into Kawasan Paya Bakau cause I've always been scared of going into places like that but looking at your post I think I will give it a go if I have the chance.
wah next time kalau visit malaysia, mau singgah di sini
Pengalaman menarik sekali bestnya masuk hutan dapat explore macam-macam berkaitan sungai, pokok bakar dan hidupan yang ada.
Rawlins GLAM said…
Next time sila ajak saya please. Macam best aktiviti cenggini. Beruntung dapat pergi dan mengalaminya sendiri.
INNANIE ARIFFIN said…
Tanjung Sedili ni memang famous dengan hutan paya bakau. Kena jaga & pertahankan. Kalau tak jaga, habis ekosistem terancam!

Btw, salam kenal :)
Mimie said…
Wah bestnya dpt rasa pengalaman tanam pokok bakau sendiri. Lokan tuh memang banyak bawah pokok bakau lg satu kerang tanah pun ada
Zeza Yurika said…
Seronoknya. Banyak aktiviti2 menarik.
Alia Farhan said…
Bestnya dpt join aktiviti2 mcm ni..lokan tu fav kita sgt tuuuuu..sedapnyaa

FOLLOWERS