Tahu Tak Kita Semua ada Masalah Kaki?

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Baru-baru ini saya mengalami sakit pinggang dan lutut yang agak teruk sampai satu masa tu kaki rasa sakit dan kebas sangat. Sakit sampai kadang-kadang suami urutkan pun tak ok jugak. Sebab tu saya mencari pusat rehabilitasi macam ni.

Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Petaling Jaya memang berpengalaman dalam membantu pelanggan mereka yang mengalami masalah kaki dan pakar dalam occupational therapy, rehabilitasi sukan, prosthetics, podiatry, orthotics dan fisioterapi.



Sunfeet International Rehabilitation Centre diasaskan oleh Mr. Lee Joo Wee demi memenuhi impian bapanya, Mr. Lee Yi untuk mewujudkan satu pusat orthotics dan prosthetics untuk membantu pesakit yang mengalami masalah musculo-skeletal dan kecacatan fizikal.

Sunfeet kini diuruskan oleh Dato' Dr. Edmund Lee yang telah membantu Sunfeet terkenal dengan gelaran "Orthotics & Prosthetics Expert" dan merupakan satu-satunya perniagaan yang diuruskan oleh 3 generasi keluarga sejak dari tahun 1978 hingga kini.


Saya berjumpa dengan pakai Orthotics, Dato Dr. Edmund Lee, yang juga merupakan pengasas jenama MyORTHO, jenama khas untuk penjagaan kaki pada tahun 2010. Memang bertuah jumpa dengan specialist yang berpengalaman.

Selepas konsultasi dan ceritakan masalah sakit yang saya hadapi, maka saya disarankan untuk melakukan diagnosis kaki dengan menggunakan mesin '3D Scanning'. Senang dan tak sakit pun nak buat check kaki rupanya. As easy as 1-2-3.


Mesin 3D Scanning akan memberikan analisa kaki kita, dengan pengiraan berdasarkan bentuk dan berapa banyak tekanan yang kita berikan di kaki kita. Ketepatan scanning ini boleh mencecah hingga 85% dan keatas.

Bila dah dapat keputusan analisa kaki, baru tahu yang sebenarnya alignment kaki saya tak betul. Sebelah kanan normal, tapi kaki kiri terlebih arch/ lengkungan. Itu yang buat sakit. Suami pun cuba scanning ni, dan tahu yang kaki dia severe-flat. oh, itulah punca dia kadang-kadang dia sakit kat bahagian tapak kaki.



Daripada keputusan analisa kaki tu, Dr. Edmund akan bagi tahu solusi apa yang sesuai untuk keadaan kaki saya. Dr. Edmund sarankan untuk saya gunakan orthotics untuk membetulkan kecacatan alignment pada kaki saya.


Apa itu Orthotics?

Alat orthotis merupakan alat bantuan yang dibuat untuk membantu menyelaraskan kaki dan pergelangan kaki supaya mencapai kedudukan anatomi yang betul. Alat ini selalu digunakan untuk memperbetulkan masalah kaki yang tak sama sekaligus mengurangkan ketidak-selesaan.

Orthotics insoles, (tapak kasut orthotics) akan dibuat khas mengikut kaki kita disini. Proses untuk buat tapak kasut tu pun sekejap je. Sunfeet International menggunakan teknik Plaster of Paris (POP) suspension cast untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.


  
Dalam 10 minit dah dapat hasil acuan kaki ni. Dari acuan inilah tapak kasut orthotics akan dibuat. Custom-made untuk kita. Lagi best, bila dapatkan orthotics soles kat sini, ada warranty selama 3 tahun, siap dengan follow-up lagi tau.

Pemakaian tapak kasut bantuan orthotics mampu membantu untuk menyelaraskan tulang, ligamen dan tendon di kaki supaya dapat diselarikan dengan kedudukan yang betul. Bila alignment dah betul, maka takde lah sakit tu dah.


 Kemudahan yang ada di Sunfeet International Rehabilitation Centre

Dah nama rehabilitation, pusat pemulihan kenalah ada bilik latihan fizikal dan gimnasium untuk pesakit yang patah kaki atau ada kecacatan fizikal berlatih untuk berjalan. Saya lihat banyak juga alatan penting untuk yang ada di bilik ni.



Kadang-kadang ahli keluarga yang datang teman pesakit rasa bosan kan? Kat sini jangan risau sebab ada pantry yang ada banyak makanan ringan dan ada tempat bermain untuk kanak-kanak. Kalau bawa budak pun ada cerita kartun best kat sini.


Promosi sempena dengan Tahun Baru Cina 2018

Sempena dengan Tahun Bari Cina tahun 2018, Sunfeet International menawarkan pakej 'Happy Feet for Your Loved Ones' yang boleh diguna-pakai sehingga 28 Februari 2018. Pakej promosi didalam kotak istimewa ini sesuai untuk korang hadiahkan kepada keluarga atau kawan-kawan.

Promosi sempena Hari Terbuka Sunfeet pada 27 Januari 2018

Sunfeet International akan mengadakan open day pada hari Sabtu, 27/1/2018, dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Banyak aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan oleh Dato Dr. Edmund Lee, pertandingan mewarna dan promosi diskaun hingga 15% untuk barangan terpilih.

Untuk 50 orang terawal sampai pada hari ini, maka korang berpeluang untuk dapat baucar tunai sebanyak RM500 dari Sunfeet International. Boleh beli tapak kasut untuk keselesaan korang atau belikan untuk ibu bapa.


Waktu operasi:
 Buka setiap hari, 7 hari seminggu
Masa: 10AM- 7PM

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939

Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational


Till then, hapy feet, happy life :)

Post a Comment

21 Comments

Zaza Iman said…
Sangat menarik.. Nanti ada rezeki jalan sana zaza nak cuba singgah. Insyaallah.. Tgk tempat pun selesa dgn tsedia ruang utk ahli fmly atau rkn yg teman menunggu..
cindyrina said…
Kaki saya sgt bermasaalah. Memang nak try tempat ni kot la they all ada solution.
Mimie said…
Wah bagusnya da pakej mcm ni. Boleh tahu masalah kaki dan buat kasut ortho yg sesuai.
Maya said…
Kita rasa kita pun ada masalah kaki sebab selalu pakai kasut sempit dan heels. Memang wajib pergi sini ni...tapi takut caj mahal sangat... tak mampu i... so nak bangun awal2 27 hb ni, harap-harap dapatlah baucar RM500 tu
Tengkubutang said…
wah.. kalau ada tapak kasut sendiri pastinya berjalan pun selesa macam tak pakai kasut yea yani.. baru tahu kebaikan pilih tapak yang sesuai untuk kaki sendiri
Sally Samsaiman said…
huhuhu..Kaki kiri Sally 3cm lebih panjang daripada kaki kanan dan lengkungan kaki Sally tidak seimbang diantara kedua-duanya.

Flat feet, menunjukkan yang ketidakseimbangan pada kaki Sally boleh membuatkan kaki lebih terdedah kepada masalah kaki seperti sakit tumit, sakit pada bahagian tulang punggung dan biasanya akan mengalami sakit pada lutut..huihhh...nak kena buat customize jugak utk kaki sendiri ni
Fadzi Razak said…
Tak sangka kaki kita kiri kanan ada beza. Ingat simetri. Nanti nak cuba jugak lah pergi dan check sekali. Mana tau ada masalah kan. At least boleh detect awal
Emi said…
Masalah kaki berbau ke ? Hehe. Tak dinafikan sebenarnya mslh kaki ni yg selalu org terlepas pandang. sebab kaki berada paling bawah sekali. so org ramai ambik mudah tak jg sgt. pdhl kaki tu penting, kaki yg tampung berat badan kita bila kita berdiri.
Zharif Azis said…
Alhamdulillah tak pernah mengalami masalah dalam pemilihan kasut mahupun sakit ketika memakai ksut. Tapi tempat nie cool gila. Siap boleh scanning2 n tahu masalah kaki kita
Suria Amanda said…
Menarik la..walau kita tak rasa kaki kita ada masalah tapi kalau nak selesa untuk kasut boleh cuba buat kat sini kan..ikut ukuran kaki pasti selesa lebih..ramai dah yang customize kasut sendiri utk keselesaan dan jangka panjang..
Bestnya boleh cek detail macam tu. Berapa ye harganya lebih kurang? Minat sangat nak try
Rawlins GLAM said…
Rawlins kena pergi check nie. Dah beberapa kali bila bangun memang ada sedikit rasa tak best kat tapak kaki - tapi abaikan je. TQ - lepas nie nak gi check la
miera said…
Wow.. menarik sungguh... Miera pun tidak tahu macam ni...
Wahhh kena pg satu hari ni. Boleh tahu ttg masalah kaki kita
Jia Shin Lee said…
This is so informative, I can't wait to try this out because I've been having back aches and maybe this will be the cure to it.
mrsliez said…
Rs macam nak pergi je.. liez kaki besar.. nak cr kasut sedia ada mmg susah. Buat customed made ni mesti selesa
Bonde pon macam nak buat pemeriksaan sebab masalah sakit kaki memang ada may be salah beli kasut tu yang buat kaki sakit.. Kaki dah penting dalam anggota badan, tak ada kaki mcm mana nak kesana dan kesini.
Azirahman said…
Bagus ni..boleh buat pemeriksaan terperinci. Terima kasih ye untuk info ini.
MaisarahSidi said…
pentingnya kita menjaga kaki. menarik Sun Feet ni. membantu orang ramai untuk mendapatkan kaki yang sihat

www.maisarahsidi.com
wah bisa ditempa sesuai kaki, bagus ini next time bila ke malaysia akan cuba
menariknya tempat ni.. macam nak pegi je sebab kaki memang selalu sakit..

FOLLOWERS