4 Aktiviti Menarik Mesti Buat di Putrajaya

Selamat sejahtera korang,

Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia, kerana jemput saya untuk sertai trip Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur- Putrajaya.

Korang rasa, di Putrajaya ada banyak benda tak? atau rasa macam kosong dan bosan je? Meh sini saya ada list-kan tentang 4 Aktiviti Menarik Mesti Buat di Putrajaya. Seperti saya yang pertama kali baru mencuba aktiviti kat bawah, tengok korang pulak dah pernah atau belum lagi.

Lepas korang dah cuba aktiviti kat bawah, mesti korang akan rasa Putrajaya ni best. Banyak benda yang kita tak sempat nak explore. Oh, korang boleh baca banyak entry saya tentang Putrajaya pada label "Tourism Putrajaya: www.nurulzayani.com/search/label/Tourism%20Putrajaya".

 

1. Melawat Komuniti Pertanian Putrajaya

Tak sangka, maju betul komuniti di Putrajaya. Pertama kali saya dengar tentang Putrajaya Urban Farming macam ni. Kalau ada peluang lagi, mesti saya akan pergi belajar. Best tau, tahu macam mana nak tanam pokok sendiri.

Komuniti ini diwujudkan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad (KKPPB) dengan misi untuk membangunkan Putrajaya ke arah tahun 2025.

Komuniti ini telah wujud sejak dari 20 Januari 2004 lagi dan banyak aktiviti pertanian telah diadakan di sini. Antara projek dan aktiviti besar adalah, pembinaan rumah hijau dan sesi pembelajaran kepada masyarakat tempatan tentang bagaimana pertanian boleh membantu menyara hidup.


Kalau lah katakan korang sertai komuniti Putrajaya Urban Farming, banyak ilmu dan info tentang pertanian korang akan dapat. Bayangkan saya yang pergi belajar tak sampai satu hari, dah tahu beberapa cara macam mana nak tanam pokok dan campurkan tanah.

Ramai orang berpengalaman dan berpengetahuan yang korang boleh jumpa kalau datang kesini. Bagus usaha ni sebab selain dapat menarik minat penduduk sekitar tentang seronoknya pertanian, juga dapat mendidik orang untuk cintakan alam semula jadi.




3 jenis tanah dan pasir di gambar kat atas akan dicampur mengikut purata recommendation yang diterangkan mengikut jenis pokok dan baja yang korang pakai. Lepas campur, boleh lah masukkan dalam beg plastik hitam dan letak anak pokok tu.


Moden sangat dah industry pertanian zaman sekarang. Ada sekumpulan pelajar daripada Universiti Teknologi Skudai, Johor keluarkan idea untuk buat robot kawalan jauh untuk pertanian. Prototype yang saya tengok haritu adalah yang untuk tengok PH tanah dan semburkan racun ke pokok.

Idea macam ni bagus, terutama kepada orang yang nak bertani tapi tak ada masa. Lagi satu, kebersihan dan keselamatan diri pun lebih terjaga sebab tak terdedah kepada racun pokok tu.




2. Putrajaya International Convention Centre: Fantasy Rainforest

Selalu bila jalan kat Putrajaya International Convention Centre (PICC), mesti fikir tempat ni bosan dan tak ada apa-apa. Rupanya, banyak je pelancong datang sini untuk menonton persembahan yang deorang buat.

Pertunjukan berkelas dunia yang pertama di Malaysia, 'Fantasy Rainforest' menceritakan tentang negara Malaysia yang mempunyai bangsa yang berbilang kaum, flora dan fauna dan budaya masyarakat di Malaysia.

Setiap satu sesi persembahan teater mengambil masa selama 60 minit dengan menggabungkan 30 penari berbakat dari pelbagai jenis tarian seperti gimnastik, somersaults dan pertunjukan magis. Sesuatu yang menarik dan boleh menarik minat orang untuk datang dan lihat persembahan ni.



Teater ini sebenarnya fokus dengan nilai kasih sayang, toleransi dan harmoni yang memakai jalan cerita tentang kehidupan haiwan di dalam hutan di Malaysia. Kisah dia tentang burung enggang yang asalnya berada di hutan, tapi telah diburu oleh pemburu. 

Bila burung enggang tu cedera kena tembak, maka penduduk setempat pun marah lah kat pemburu tu. Tapi sebab adanya nilai toleransi, dan pemburu tu pun insaf dah, maka cerita ni jadi happy ending :D


Selain daripada cerita semata-mata, teater ini turut memberikan gambaran dan tunjukkan tentang budaya dan bangsa kita di Malaysia. Ada orang pakai baju tradisional Melayu, Cina dan India. Malah yang dari Sabah dan Sarawak pun ada tau.

Sesuai sangat untuk korang yang nak lihat dan tahu  dengan lebih lanjut tentang budaya berbilang-bangsa di Malaysia.


Paling best, persembahan teater ini bukan seperti persembahan teater yang bosan selalu kita tengok tu, tapi ada juga aktiviti bersama dengan penonton yang dibuat untuk menarik minat dan perhatian pengunjung.

Macam haritu masa saya pergi, deoang panggil seorang pelancong dari China, dan beramah mesra dan buat aktiviti mengenai elemen kepercayaan dengan dia atas pentas. Jangan takut, papehal deorang memang berpengalaman.


Waktu tayangan:
Setiap hari, jam 12.30PM & 6PM

Harga tiket:
RM200 (VIP), RM120 (Dewasa), RM60 (Kanak-kanak)

Fantasy Rainforest
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Contact: 03 88876000
Facebook: www.facebook.com/fantasyrainforest


3. Melawat dan Solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Bila dah sampai ke Putrajaya, tak sah kalau tak singgah melawat dan solat di Majlid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan masjid utama di Putrajaya. Juga dikenali dengan nama Masjid Besi, masjid ini mempunyai identitinya yang tersendiri.

Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 19 Ogos 2009.

Kalau korang perasan, setiap banggunan yang ada di Putrajaya terkenal dengan konsep senibina, sama juga macam masjid ini. Senibina masjid ini tidak mengikut senireka Arab tapi merupakan campuran senibina Jerman dan China. 



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dan dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara.

Bahagian dalam dewan solat utama tiada kipas atau aircond, tapi deorang guna teknologi gas penyejuk udara “Gas District Cooling”. Kalau korang perasan, kat bahagian luar ruang solat utama ada kolam air yang merupakan elemen utama untuk sistem tu.


Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula diperbuat daripada besi tahan karat, dan dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada “lattice” dan “architectural metallic wailing screen” yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin.

Menarik lagi, kalau daripada pandangan bawah bahagian dalam kubah, korang boleh nampak satu idea unik yang boleh nampak seakan-akan kalimah "ALLAH". Lagi rare, tak seperti masjid lain, masjid ini dengan tidak mempunyai menara macam masjid-masjid lain.

Selain itu, teknologi ultrasonic pun digunakan di masjid ini untuk menghalau burung daripada memasuki masjid kedalam kawasan masjid untuk mengekalkan kebersihan masjid. Power kan teknologi Masjid Besi.



Waktu lawatan:
Sabtu- Khamis: 10AM-12.30PM, 2PM-4PM, 5PM-6PM

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62500 Putrajaya.
Contact: 03 88804300
Website: www.masjidtuankumizan.com


4. Makan di Hotspot

Putrajaya Foodtruck Hotspot terletak dilokasi yang sangat strategik, dalam 5 minit jauhnya dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Untuk penduduk kawasan Putrajaya, disinilah mereka makan malam sambil lepak dengan kawan-kawan atau keluarga.

Korang jangan salah faham pula ya, hotspot ni bukan untuk talian internet, tapi merupakan satu lokasi panas 'hot' untuk korang makan malam di Presint 3, Putrajaya.


Boleh tahan banyak juga jenis menu yang ada kat sini. Daripada masakan tradisional, masakan Melayu, masakan Thai, hinggalah kepada masakan Barat semua pun ada. Korang nak air jenis apa? Air biasa atau ice blend pun ada tau.

Lagi best, semua food truck ni memang dikendalikan oleh orang Islam, kan dah pasti Halal dan bersih makanan tu. Harga pun boleh tahan juga. Ada makanan yang murah, dan ada yang makan. Berbaloi untuk cuba.



Waktu operasi:
Setiap hari jam 5PM-11PM

Putrajaya FoodTrucks Hotspot
Sebelah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi.
Facebook: www.facebook.com/putrajayafoodtruck


Till then,

Post a Comment

19 Comments

Illya LeYa said…
Memang menarik.. LeYa yang duduk di kawasan sini pun belum teroka keseluruhan.. Yeah! Memang suka makan do Hotspot Food Truck tuh
Eintan Nurfuzie said…
selalu pikir putrajaya xde pe2. rupanya de gak tmpt menarik ye.. nanti pi sana boleh gi la
mrspuex said…
makan di hotspot tu memang sepanjang masa ada kat putrajaya atau ada time tertentu je?? seronok sesekali lepaking kat putrajaya bersama family.. mlm2 memang penuh orang ramai beriadah kt situ..
5 Little Angels said…
I will bring my children to visit Putrajaya Foodtruck Hotspot. Since the price is affordable, we will try as much as possible.
Ana Suhana said…
Tak tahu pun yang PICC ada banyak aktiviti yang disediakan. Selalu ingat utk buat majlis je. Menarik pula persembahan tu. Nak kena terjah juga nampaknya. Hotspot tu pun masuk dlm list sekali.
Suria Amanda said…
Menarik sangat la..banyak jer sebenarnya aktiviti boleh buat kat sini..akak dah lama x merayau kat sini..dulu masa muda2 rajin datang ngan adik beradik..masa tu pun diorang lom kahwin lagi..kena repeat balik la kan..banyak je kawasan menarik x terjah lagi
Zharif Azis said…
Banyak rupanya tarikan di putrajaya nie. Selalu dtg situ utk mengkagumi senibina bangunan di situ sahaja. Wahhh taa sabar rasanya nk try tgok rainforest tu sbb ada tiket free 😉
Cik Rose said…
Baru tahu rupanya ada banyak lagi tarikan yang best di Putrajaya ni. Next time kalaunke Putrajaya dah tahu dah nak makan kat mana. Hihi. Foodtruck Hotspot!
Azlinda said…
Byk tmpt menarik di Putrajaya.walau rmah akk dkat je. Tp..msh byk lg tpt yg belum explore
Ms Sham said…
Putrajaya memang cantik pada sebelah Pagi atau malam. Memang Sesuai utk semua Amara diadakan
Mahamahu said…
Tak tahu pun kat sana ada Food Truck yang macam tu kalau tahu boleh datang makan sana setiap malam hehehehe tapi nak tanam pokok kat Putrajaya dah banyak pokok sana wakakakakaka..
Jaja Zaleha said…
Banyak tempat yang menarik rupanya di sini..tak tau pulak. Bagus cara admin cerita, terus rasa teringin nak pergi lagi2 ke Masjid Besi yang guna kaedah cooling takde aircond tu. Menarik :)
Emi said…
eh food hotspot tu yang mana eh? emi slalu klu pi putrajaya malam lepak kat area tasik tu ataupun kat dataran.tp dah lama gak la tak pergi. nanti nak kena pergi lagi la.
Alia Farhan said…
I pernah stay kt dorset..depan ja foodtruck hari tu...sempat la pi ke foodtruck tu...best gak..byk choice...
Yg urban farming tu i suka sebab i suka bercucuk tanam..eventhk duk kt apartment jangan tak tau i ada herbs garden i
Jia Shin Lee said…
Thanks for introducing, can't wait to arrange a trip to Putrajaya. I love theatre shows and I'll definitely wanna check this out.
Fiza Rahman said…
Thanks atas perkongsian. Banyak jugak tempat-tempat menarik kat putrajaya. Malam pon meriah jugak. Yang hotspot tu tak perasan pulak. Nanti nak try lah.
Hanny Abdullh said…
Sis selalu kalau ke Putra Jaya ni sebab ada urusan rasmi je..selain tu kalau nak ke sana memang malas sangt sb jauh dari rumah.. Kisahnya byk tempat menarik ya? Nanti kalau ada masa nk jugaklah terjah sana
dr-Life said…
I never know putrajaya have so many hidden gems until I read this. For sure I wanna go and take a look. So interesting and excited about this....

Racheal
Bro Framestone said…
Lama tak pergi ke Putrajaya... Dulu sini la port lepak sebab tak ramai orang...

Persembahan teater yang bosan selalu kita tengok tu? Teater apakah itu? jeng jeng jeng....

FOLLOWERS