Sempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina, KFC Malaysia akan membawakan citarasa keemasan khusus untuk penggemar mereka untuk menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai.
KFC Golden Egg Crunch ditampilkan dalam perisa telur asin bersama dengan daun kari dan selasih manis menyebabkan menu ini merupakan antara menu yang wajib dicuba. Kalau habis tak tahu eh.
Saya berpeluang untuk merasai macam mana rasa ayam goreng Hot & Spicy KFC yang telah diformulakan dengan ramuan istimewa yang menghasilkan unik masin, pedas dan manis yang semestinya membangkitkan selera saya. Memang sedap.
KFC Golden Egg Crunch boleh didapati dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam bermula dengan harga RM14.50. Macam biasa, setiap kombo didatangkan juga dengan hidangan sampingan KFC coleslaw, kentang putar dan secawan minuman Mug Sarsaparilla.
Celebration Bucket menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy yang didatangkan dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks dengan krim keju, cebisan udang dan cendawan,kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.
KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada.
Till then,
21 Comments
lom berpeluang terjah fast food these few weeks. anak tak brape sihat la :(
kfc ni memang selalu la masuk. sebab izzat suka ayam goreng. mcm upin ipin.
will try ni :)