Alhamdullilah, sekali lagi saya dijemput oleh pihak Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) untuk sertai Program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur- Putrajaya, sempena dengan Hari Wilayah Persekutuan.
Paling best, tak sangka saya dapat buat satu benda yang dah lama saya nak buat di Putrajaya iaitu berkuda. Banyak sebenarnya aktiviti menarik di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Baca lebih lanjut untuk tahu pengalaman saya berkuda, bagi kuda makan dan mandikan kuda.
Teringat masa usia saya 10 tahun, jari saya pernah kena gigit dengan kuda semasa bercuti di Langkawi dulu. Memang tak sakit dan tak ada kecederaan apa pun, tapi sebab saya masih kecil, jadi trauma dan ngeri sampai dah besar ni.
Peluang untuk berkuda di Taman Ekuestrian Putrajaya memang saya tak lepaskan macam tu je. Nak juga cabar diri untuk atasi rasa takut tu. Tips dia: Jangan belai kuda dekat dengan bahagian mulut, nanti kena gigit macam saya kena kecik dulu :D
Sebab utama kenapa saya teringin nak belajar naik dan tunggang kuda antaranya adalah kerana sunnah Nabi kita. Selain tu menunggang kuda dapat menguatkan tulang dan otot di tulang belakang. Sangat penting dalam kes saya yang selalu ada sakit belakang ni.
Selepas sesi berkenalan dengan kuda yang saya akan tunggang, Koko, saya tengok kawasan aktiviti pula. Kalau pandai berkuda mesti best nak bawa sebab luas sangat padang berkuda di Taman Ekuestrian Putrajaya. Memang lokasi yang terbaik untuk sukan berkuda Sukan Sea 2017 haritu.
Diinspirasikan oleh konsep taman kota, Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP) yang terletak di Presint 5 Putrajaya seluas 70 ekar ini dilengkapi dengan tasik buatan manusia menjadikannya satu lokasi yang sesuai untuk korang datang dah lepaskan stress.
TEP dibuka kepada umum pada tahun 2006 dan menawarkan pelbagai khidmat pembelajaran tentang aktiviti berkuda, khas untuk korang yang baru nak belajar tentang berkuda ataupun yang dah pro dan nak masuk dalam pertandingan berkuda.
Ambil masa juga nak biasakan diri atas tu. Semua pasal keyakinan diri
dan kena yakin dengan kuda kita. Posisi dan pengimbangan diri semasa
atas kuda tulah yang akan melatih otot dan tulang untuk menjadi lebih
kuat. Berkuda ni penat juga tau.
Bila dah biasa atas tu dan sudah pandai untuk imbangkan badan, memang macam-macam posisi boleh buat. Sayangnya dengan kuda Koko ni, baik aje sebab tu sampai rasa nak peluk-peluk je dia.
Kuda ni ada time makan dia. Bila time makan dia sendiri akan tahu, dan
kalau tak diberikan makan atau snek, dia akan buat hal. Sempat juga saya
bagi makan snek untuk Koko. Takut juga kena gigit macam dulu, tapi
Alhamdullilah, Koko ni baik.
Lagi bertuah, kumpulan media dan blogger yang dibawa oleh MTC berpeluang untuk melihat bagaimana kuda di TEP dimandikan. Patutlah kuda kat sini tak bau busuk dan tak ada lalat hinggap, deorang selalu dimandikan rupanya.
Rare pengalaman ni, nak mandikan kuda pun ada cara dia sebab kuda merupakan jenis haiwan yang sensitif. Bunyi lebah pun dia boleh terkejut. Mandikan kuda pun macam mandi manusia, mula dari bahagian kaki dulu.
Lepas dan mandi, dan keringkan kuda, saya bertuah berganda sebab dapat peluang untuk bawa kuda ni masuk ke kandang mereka. Mudah rupanya nak control kuda. Kuda ni pulak dah memang tahu nak pergi mana, saya hanya perlu pegang dan ikut je kaki deorang nak kemana.
Hati-hati semasa bawa kuda ni takut dipijak oleh kuda. Kalau kena pijak, boleh menangis juga sebab sakit. Sakit kuda berat dan kasut ladam kuda lagi.
Taman Ekuestrian Putrajaya dibuka kepada orang awam untuk belajar macam mana nak menunggang kuda. Ada 4 jenis kelas diadakan bermula dengan Introductory, Beginner, Intermediate dan Advance.
Kalau berminat untuk saja datang naik kuda Joyride pun boleh. Harga bermula dengan RM25.00 pada hari Selasa-Ahad. Sesi pagi 8.30AM - 10:30AM dan sesi petang 4:00PM - 6.30PM.
Overall memang saya hargai pengalaman yang saya dapai di Taman Ekuestrian Putrajaya. InshaAllah kalau ada kesempatan memang nak ambil kelas berkuda. Kiranya ni bukan kali terakhirlah datang sini.
Kalau berminat untuk saja datang naik kuda Joyride pun boleh. Harga bermula dengan RM25.00 pada hari Selasa-Ahad. Sesi pagi 8.30AM - 10:30AM dan sesi petang 4:00PM - 6.30PM.
Overall memang saya hargai pengalaman yang saya dapai di Taman Ekuestrian Putrajaya. InshaAllah kalau ada kesempatan memang nak ambil kelas berkuda. Kiranya ni bukan kali terakhirlah datang sini.
Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP)
Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Contact: 03-8000 8902/ 019-9307794
Email: enquiry@tep.my
Website: www.tep.my
Facebook: www.facebook.com/ekuestrianputrajaya
Instagram: www.instagram.com/putrajayaequestrianpark
Tilll then,
18 Comments
saya kali terakhir naik kuda masa sekolah rendah
www.liahasty.com