Siapa kat sini peminat badminton terutamanya Dato' Wira Lee Chong Wei? Saya memang suka dan kagum sangat dengan beliau sebab berjaya menempa nama sampai satu dunia kenal dengan siapa Lee Chong Wei dan berjaya sambung legasi badminton Malaysia.
Dengan kerjasama 100 Plus dan CNI, dengan sokongan Powernet, Quill City Mall, GDEX, GSC Movies, Kuala Lumpur Sports City, Kelab Rela Kehormat Bersekutu Wilayah dan TEDMI akan menganjurkan Tayangan Perdana Filem LEE CHONG WEI secara worldwide di seluruh dunia.
Tayangan Perdana Filem LEE CHONG WEI
Lokasi: Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sport City
Tarikh: 9 Mac 2018 (6.30PM)
Durasi: 133 minit
Filem ini menceritakan tentang perjalanan hidup Lee Chong Wei dalam mengejar impian beliau untuk bergelar pemain badminton no 1 dunia. Dalam filem ini boleh nampak betapa kuatnya usaha beliau untuk berjaya.
Diinspirasikan dari kisah benar kehidupan Dato' Wira Lee Chong Wei, tayangan perdana filem menarik ini dijangka akan dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.
Tak seperti yang korang ingat, filem ini bukanlah dilakonkan oleh Dato' Lee Chong Wei sendiri, tetapi doppelganger yang muka sebijik macam Lee Chong Wei. Pandai director cari muka lebih kurang sama. Baru feel tu real kan.
Pelakon filem ini adalah Datuk Rosyam Nor (Datuk Misbun Sidek) , Jake Eng (Lee Chong Wei kanak-kanak, Tosh Chan (Lee Chong Wei dewasa), Ashley Hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei Ching).
Dengar
khabarnya, Dato' Wira Lee Chong Wei pun akan hadir ke acara tayangan
filem ni nanti. In case korang tertanya, filem ini bakal ditayangkan di
skrin LED gergasi bersaiz 40 meter x 17 meter.
Harga tiket Tayangan Perdana Filem Lee Chong Wei:
RM168 (gold) - sold out
RM128 (silver)
RM108 (bronze)
RM88 (world)
Setiap pembelian tiket, korang akan
dapat sekeping tiket filem, kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59,
sekeping poster edisi terhad yang ditandatangani oleh Lee Chong Wei dan
para pelakon serta satu beg edisi terhad filem.
Penonton
yang bertuah juga bakal membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa
100 unit raket badminton Yonex Lee Chong Wei, 5 unit telefon pintar
Samsung, 30 unit buku nota dan banyak lagi hadiah yang disediakan.
Tiket tayangan ini boleh didapati di perkarangan AXIATA Arena, Kl Sports City, Bukit Jalil setiap hari (10AM-6PM) atau menerusi lawan web (www.leechongweimovie.com).
Untuk malumat lanjut:
Website: www.leechongweimovie.com
Facebook: www.facebook.com/leechongweimovie
Contact: +603-58799967
Till then,

15 Comments
Ada tgk iklan tentang tayangan movie LCW baru2 ni. Nampak menarik jalan cerita dia. Harga tiket pun berbaloi dengan apa yg kita dapat tu. Peminat LCW wajib tonton movie ni nanti.
ReplyDeleteWah best ni , nak riki - riki la kalau free boleh gi. Siapa kita kalau tak support sukan negara kita kan tambah pula LCW bukan calang-calang , he is so legend!
ReplyDeleteEmi tak dapat pergi haritu sebab kerja. Padahal dah dekat sangat dah dari ofis. Huhu frust betul laaa
ReplyDeleteMacam menarik jer film ni...rasa macam tak pernah lagi nampak filem- filem yang khusus untuk atlet negara kan..tak sabar nak tunggu dan harap disiarkan di pawagam juga nanti..harap jugak boleh dapat dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record dan Asia Book Of Record..tapi kan..pelakon yang mainkan watak DLCW tu muka sama la...
ReplyDeletemenariknya...difilemkan terus cerita ni ya.. mesti pecah panggung
ReplyDeleteWahh suka konsep cerita biografi macam ni. Terasa lebih dekat dengan wataknya sebab diinspirasikan daripada kisah benar! Harap cerita ini juga sama hebat produksinya macam Ola Bola. Woohoo!
ReplyDeletewow tayangan LCW ni adakah ala-ala dokumentari ? nampak macam menarik. kena bawa husband and kids pergi tonton tayangan ni sebab he is a legend of Malaysia in sport !
ReplyDeletewah.. yang dalam gambar tu bukan Datuk LCW ke tu? muka sebijik lah.. betul lah.. pandai director cari pelakon muka sebijik macam datuk LCW baru ada feel nak menonton.. best ni
ReplyDeleteWah nak kena tengok ni. Mana tau leh jdi inspirasi hidup untuk berjaya.
ReplyDeleteLCW ni memang legend.. nak tengok filem ni... best best!
ReplyDeleteFilem pasal individu ni, kalau digarap dengan bijak, memang boleh meletup. BTw, boleh tahan gak tiket tayangan perdana tu. Tapi dapat sekali dengan tshirt kan. Filem Ni nanti bila masuk pawagam?
ReplyDeleteTerbaik gila bila kisah lagenda macam LCW difilemkan dalam bentuk dokumentari. Mesti pecah panggung nanti
ReplyDeleteDato Lee chong wei adalah ikon dan kebanggaan negara. Memang wajar kisah beliau difilemkan. Boleh ambil ikhtibar lihat kesungguhan serta kerja keras beliau.
ReplyDeleteMuka sebijik gila kot..... Ada dengar pasal filem ini.. harap mampu memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia....
ReplyDeleteDulu ingatkan komik anak-anak sidek mampu bagi inspirasi.. tapi makin lama makin merapu jalan ceritanya... terus stop beli
Wow! I wish to be able to watch it in stadium nasional too. Thanks for the infor.
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^