Peminat filem mesti gembira dengan penganjuran Festival Filem Perancis tahun 2018 atau lebih dikenali dengan Le French Festival 2018 (LFF) yang datang secara tahunan. Tahun ni punya festival lagi best ada tayangan filem, konsert muzik, teater, persembahan dan pesta makanan.
Le French Festival 2018 akan mengambil masa selama 5 minggu bermula dari 12 April hingga 20 Mei 2018 di banyak lokasi di seluruh Malaysia.
Dengan
misi untuk memperkenalkan bakat baru dalam dunia seni Perancis, LFF
akan mengadakan beberapa aktiviti dan acara untuk memperkenalkan bakat
mereka kepada warga Malaysia.
1. 16 filem terbaru dengan sari kata bahasa English akan ditayangkan;
2. Beberapa artis muzikal dari Perancis akan datang ke Malaysia;
3. Teater secara langsung dan pameran fotografi;
4.
Beberapa acara Art de Vivre dengan penganjuran acara yang hot seperti
acara merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan banyak lagi.
Le French Festival 2018
Lebih besar, lebih berani, lebih baik!
Dengan kerjasama daripada Alliance Francaise (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia, LFF menyasarkan lebih ramai warga Malaysia akan lebih mengetahui betapa bagusnya filem Perancis. Saya sendiri dah tonton beberapa filem dan memang bagus.
Selain tu, acara LFF tahun ini disadarkan untuk golongan yang lebih besar seperti orang dewasa dan kanak-kanak. Bagus juga, ada aktiviti dan acara untuk semua golongan umur.
Festival Filem Perancis dengan Golden Screens Cinemas (GSC) terpilih.
Ada total 16 filem terbaik Perancis yang telah dipilih sempena dengan festival ini. Filem ini semua ada sari kata bahasa English.Tiket untuk filem ni semua boleh didapat bermula 5 April 2018 di GSC terpilih dan secara dalam talian.
Pawagan GCS terlibat:
Pavillion, Mid Valley, 1Utama Shopping Centre: 12- 29 April 2018
Gurney Plaza, Pulau Pinang: 3- 13 Mei 2018
Paradigm Mall Johor Bahru: 10-13 Mei 2018
Suria Sabal Mall: 17-20 Mei 2018
Teater "Amok"
Peminat teater boleh tonton teater khas "Amok". Nama dia macam bahasa Melayu kan? sebab dia macam ada relate sikit lah tajuk dia tu. Teater ni pasal masa tahun 1912 dulu, ada satu kapal ni. Dalam kapal tu ada seorang lelaki yang macam stress sangat dengan hidup dia.
Teater ini diadaptasikan daripada novel dari penulis Perancis, Stefan Zweig.
Tarikh: 4 & 5 Mei 2018 (Jumaat & Sabtu)
Lokasi: Damansara PErforming Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya
Masa: 8.30PM
Tiket: RM50.00 (Beli di DPAC box office atau di website dpac.com.my
Saya recommend 2 filem yang saya dah tonton ni sebab memang best sangat.
Walaupun tak kenal dengan pelakon ni, tapi pelakon semua berbakat
habis. Kalau sedih, sampai bolehg menitik air mata, malah kalau ketawa
pun sampai sakit perut.
1. Back To Burgundy (Ce qui nous lie)
Cerita
pasal adik-beradik yang kematian ayah deorang yang ada ladang anggur.
Selalu anggur ni deorang buat wain, tapi masa ayah deorang meninggal,
ayah dia tinggalkan semua harta atas 3 nama deorang. Jadi macam share
punya harta.
Best
sebab banyak nilai kekeluargaan, tengok macam mana gaduh pun deorang
tahu nak balik kepada keluarga. Susah macam mana hidup deorang lepas
dapat harta tu, macma mana jatuh bangun deorang. Ada sikit konflik
dengan keluarga mertua. Memang best dan emosi habis movie ni.
2. Return of the Hero (le retour hu Heros)
Festival Filem Perancis 2018
Website: www.lefrenchfestival.com.my
Facebook: www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Website: www.lefrenchfestival.com.my
Facebook: www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Till then,
1 Comments