Assalamualaikum dan hai korang.
Till then,
Terima kasih kepada M Boutique Hotel & Residences dan M Roof Hotel, Ipoh melalui Gaya Travel kerana sudi menaja penginapan saya selama 3 malam di Perak sempena dengan trip Perak WonderFood FAM Trip pada 6-9 Mac yang lepas.
M Boutique Hotel & Residences dan M Roof Hotel merupakan satu syarikat anak Malaysia yang menyediakan perkhidmatan servis perhotelan bertaraf antarabangsa. Kesemua hotel di bawah M Boutique dan M Roof ada konsep mereka yang tersendiri.
Saya suka dengan konsep hotel mereka sebab konsep dia sangat unik dan berlainan antara satu sama lain. Ada yang berkonsepkan moden, urban vintage dan yang paling unik sekali, siap ada tema pada setiap tingkat lagi.
M Roof Hotel & Residences
Jalan Dato Lau Pak Kuan, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
Contact: 05-547 1777
Contact: 05-547 1777
Website: mroof.mboutiquehotels.com
M Roof Hotel & Residences merupakan salah satu hotel yang wajib korang check-in kalau korang berada di Ipoh, Perak. Hotel ini bagi saya sangat unik sebab set-up dia dan lokasi yang strategik dengan stadium hoki, stadium bola dan stadium olahraga.
Saya ada tanya pasal SUKMA, memang dah penuh tempahan masa tu. Bukan senang nak dapat hotel harga berbaloi dengan selesa dan siap sarapan diberikan macam ni kat tengah bandar Ipoh, siap dekat dengan lokasi hot pula tu.
Saya ada tanya pasal SUKMA, memang dah penuh tempahan masa tu. Bukan senang nak dapat hotel harga berbaloi dengan selesa dan siap sarapan diberikan macam ni kat tengah bandar Ipoh, siap dekat dengan lokasi hot pula tu.
Bilik dia memang luas, puas hati nak bergolek pun boleh. Bantal dia jangan cakap ah, memang best. Letak je kepala malam tu, terus terlelap. Pagi tu pula rasa macam takmau bangun daripada katil sebab bantal dia ya Allah lembutnya.
Ada juga meja dan kerusi kusyen untuk korang yang datang bercuti sambil bekerja. Paling awesome, siap ada internet juga. Jadi tak payah bising-bising kalau duduk kat tingkat 20 tapi takde line sebab internet dah disediakan.
Ada juga meja dan kerusi kusyen untuk korang yang datang bercuti sambil bekerja. Paling awesome, siap ada internet juga. Jadi tak payah bising-bising kalau duduk kat tingkat 20 tapi takde line sebab internet dah disediakan.
Segala keperluas asas memang disediakan. Daripada air minum, set teh-kopi, cerek air panas sampai kepada seterika dan alatan mandi semua dah ada. Datang sini memang bawak diri sebab tak perlu nak bawak barang yang lain dah.
Antara kemudahan yang paling saya suka dalam bilik ini adalah jam NFC Bluetooth Speaker Charging Dock Station. Pertama kali juga jumpa hotel yang siap sediakan benda ni. So, kalau korang terlupa nak bawa charger telefon, dah tak payah risau. Semua telefon boleh.
Bestnya bangun pagi nampak suasana hijau dengan bukit dan gunung hijau kat belakang tu. Kalau pagi lagi, siap berkabus. Memang sesuai sangat kalau katakan korang nak minum air sambil lepak tengok permandangan. Rasa tenang je.
Rating Tripadvisor: ★★★★
Personal rating: ★★★½
Personal rating: ★★★½
Sebab saya bagi rating ★★★½ adalah kerana saya rasa pihak hotel masih boleh berusaha lagi dalam menjaga kebersihan bilik. Bilik memang bersih ya, cuma masa masuk tu, tandas dia agak berbau sikit. Tak tahu lah bau kimia ke apa.
M Boutique Hotel, Ipoh
2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak
Contact: 05-255 5566
Contact: 05-255 5566
Website: www.mboutiquehotels.com
Satu lagi hotel yang korang kena at least sekali tidur ada;ah M Boutique Hotel yang juga terletak di Ipoh. Hotel ni tak jauh dengan hotel tadi, hanya dalam 10 minit perjalanan. Jujurnya, saya lebih suka kan hotel ni berbanding yang tadi sebab hotel ni memang lawa habis.
Masuk je pintu utama hotel, rasa macam kat negara lain dengan dekorasi konsep dia. Konsep vintage mewah yang simple membuatkan saya rasa macam masuk kat dalam hotel 5 bintang. Setiap penjuru kawasan hotel merupakan port wajib ambil gambar.
Macam M Hotel yang lain, kat sini pun ada beberapa jenis bilik. Ada yang single dan ada yang queen. Dekorasi bilik pun da-bomb, sesuai sangat bawak orang zaman dulu untuk mengimbau kenangan. Siap ada muruku sebagai kunyahan lagi.
Tilam dan bantal jangan cakap lah, lembut jugak macam M Roof Hotel & Residences. Tandas pun cantik dan bersih. Tapi satu je yang aku tak beberapa berkenan, sebab bilik dia kecil, jadi macam sempit sikit. Mungkin boleh ubah posisi perabot.
Paling suka, alang-alang dah hari ke 3 saya kat trip, banyak baju tak basuh. Maka, terima kasihlah tetiba ada mesin basuh dah dryer ni. Kering baju saya yang dah 3 hari tak basuh tu. Ni kalau korang pergi mana-mana aktiviti basah dan kotor, sure suka.
Lepas tu, ada satu bahagian tu yang deorang letak banyak permainan tradisional dan board game. Kalau nak melepak dengan kawan-kawan ke, boleh lepak situ sambil main game. Gimnasium dengan kemudahan lengkap pun ada juga.
Rating Tripadvisor: ★★★★
Personal rating: ★★★★
Personal rating: ★★★★
Sebab saya bagi ★★★★ kerana ruang bilik dia kecil. Kalau katakan datang dengan keluarga, ada anak semua, memang agak sempit bilik standard. Lagi satu, sebab di hotel ni deorang pakai lantai kayu ala-ala rustik, jadi kalau ada orang berlari diluar bilik, memang dengar sampai ke dalam bilik.
M Roof Hotel & Residences | M Boutique Hotel, Ipoh
Check in: 3 PM
Check out: 12 PM
Bergambar kenangan dengan En Nuar, CEO Gaya Travel dan Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pera.
Sempat juga berjumpa dan berborak dengan Dato' Nolee untuk sedikit perbincangan mengenai sektor pelancongan dan persiapan Perak sempena dengan SUKMA 2018 yang akan datang.
Till then,
20 Comments
Best kalau stay hotel yg interior dia lain dr lain ni...
Member2 ada gak check in sni...
Kita ni ntah bila ntah nak check in sini