Park Bo-Gum Duta Samsung Galaxy S9/ S9+ Malaysia

Hai korang,

Baru semalam saya berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran telefon pintar keluaran Samsung yang terbaru iaitu Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+. Lebih menarik lagi, pada pelancaran kali ini, Samsung Malaysia telah menerbangkan seorang 'oppa' untuk majlis tu.

Samsung, bukan nama baru dalam industri mobile sebelum ini pernah memenangi lebih daripada 30 anugerah pada Mobile World Congress 2018 termasuklah anugerah "Best New Connected Device" dan "Best Mobile VR or AR".



Samsung Galaxy S9 dan S9+ kali ini didatangkan dengan 3 warna menarik, iaitu Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple. Harga jualan Galaxy S9 (64GB) adalah RM3299 manakala Galaxy S9+ bermula dari RM3799.

Untuk spesifikasi penuh telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+, boleh klik ke link sini: www.samsung.com/global/galaxy/galaxy-s9/specs



Samsung Galaxy S9 dan S9+ kini didatangi dengan 3 ciri terkini iaitu AR Emoji, Super Slow-mo dan Super Low-light. Sesuai sangat dengan korang yang suka benda aplikasi macam ni.



Sempat juga saya cuba yang AR Emoji. Memang daebak habis. Style dan gempak. Kalau tengok gambar sebelah-sebelah nampak real jugak. Siap boleh detect warna kulit, mata and eyebag semua. Tapi boleh je nak edit kasi lelawa, tapi tak real la macam tu kan.
 

 Ada total 16 emoji format gif. yang korang boleh dapat.


 Majlis turut diserikan oleh penampilan istimewa oleh ikon sensasi JinnyboyTV dan Reuben yang menunjukkan demo 3 ciri khas Galaxy S9 dan S9+. Paling best, ada kejutan istimewa dimana deorang ada buat videa opening menari lagu Bombastic macam Park Go Bum tu.


Park Bo Gum Dancing Bombastic dari Jin dan Reuben.

Khas untuk peminat Park Bo Gum!

Peminat Samsung yang berada di Pavillion semalam turut dikejutkan dengan kehadiran selebriti dan pelakon yang berumur 25 tahun dari Korea yang popular dengan kdrama 'Love in the Moonlight', Park Bo Gum.



Park Bo Gum tengok kamera saya lah!


Jangan lupa untuk datang ke roadshow mereka di PAvillion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang dan AEON Bandar Dato Onn Johor dari 16-18 Mac 2018. Pelanggan bertuah yang membelu Samsung Galaxy S9 dan S9+ berpeluang untuk menikmati:

1. Percuma Samsung Wireless Charger Stand bernilai RM279,
2. Diskaun sehingga 30% untuk Samsung Gear Sport,
3. Diskaun RM50 untuk LED View Cover, Standing Clear View atau Alcantara Cover,
4. Program Trade Up untuk tukar device terpilih dan jimat sehingga RM400,
5. Pelan 12 bulan tanpa wang pendahuluan.


Till then,

Post a Comment

1 Comments

Faeez Azmi said…
Harga yg munasabah ngn features yg ada.. Compare dengan epal.. :D

FOLLOWERS