Pertandingan Futsal Antara MTC Media & Holiday Villa Langkawi

 Hai dan salam sejahtera korang,

Program Road to Agro Tourism Siri 4 (RTAT4) - Edisi Utara yang lepas telah dilancarkan di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi. Terima kasih atas tajaan lokasi perasmian untuk program ini.

Untuk korang yang pertama kali dengan mengenai RTAT, program ini merupakan satu program yang diperkenalkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) untuk mempromosikan destinasi agro pelancongan yang menarik di Malaysia.




Memetik daripada ucapan presiden MTC En Uzaidi,  objektif program ini adalah untuk mempromosi destinasi pelancongan agro domestik yang menarik selain daripada mempromosi kebudayaan dan kesenian, sejarah dan warisan tempatan.

Road to Agro Tourism merupakan program berkonsep dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di dalam sektor pelancongan. MTC percaya dan yakin dengan kerjasama macam ni dapat memberikan impak yang besar kepada industri pelancongan negara.



 Perlawanan Persabahatan Futsal Antara MTC Media dan Staff Holiday Villa Langkawi

Semasa penginapan kami di Langkawi bersempena dengan program RTAT4, kami telha dijemput untuk menyertai perlawanan futsal yang dianjurkan oleh pihak Holiday Villa. Memang tak sangka pun dapat jemputan tu, tapi kami penuhi juga.

Pasukan kami disertai oleh 6 peserta iaitu En Ariff (staff MADA), Lukman (Santai), Muhsin, Basyir, Azlan (Blogger) dan Otomen (Blogger). Siapa sangka, pasukan media kami kuat juga, terutamanya Lukman yang sampai deorang terkejut budak tu power.



Masa kami pergi ke sini, tak adalah berharap nak menang, siap rasa macam mungkin kena tapau, tapi lepas main je, pasukan media MTC semua terus bertukar menjadi orang yang bukan kaki bangku. Tak sangka kami tak kalah.

Dengan total perlawanan 2 game, kami menang satu game dan kalah satu game. Makanya keputusan adalah seri. Yes! Takde lah malu kan. Haha




Terima kasih kepada Holiday Villa Langkawi terutamanya En Phillips, kerana sudi menjemput kami untuk berlawan futsal. Lain kali jangan ingat kerja pegang kamera tak reti main bola ya. Nampak je muka macam takde semangat, tapi bila masuk gelanggang, terus bertukar.




 Sedikit Info tentang Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi
Alamat: 07000 Langkawi, Kedah.

Hotel ini terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Pantai Tengah, Langkawi. Holiday Villa menawarkan perkhidmatan bilik hotel, restoran, spa dan kolam renang khas untuk pelanggan mereka. Kalau check in di sini, boleh minta bilik dengan balkoni peribadi  pemandangan menghadap laut.

Dikelilingi dengan taman tropika, Restoran Lagenda 24 jam menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Sunset Bar pula mempunyai pelbagai makanan ringan, salad dan pencuci mulut, manakala Matahari Lounge menawarkan muzik live. 

Antara perkhidmatan dan tarikan lain yang ada di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi adalah kolam renang infinity dan permainan catur gergasi. Hot permainan catur tu, seronok bermain bersama keluarga dan kawan-kawan.





Entry kali ini diterbitkan sempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri 4 -  Zon Utara anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Till then,

Post a Comment

18 Comments

irrayyan said…
Wah hebat kakak kameraman seri futsal. Banyak kalori terbakar tu. Bagus untuk kesihatan. Lama tak ke langkawi. Gambar kakak semua cantik😍
amirnawawi said…
Wah menarik juga hotel ini. Mungkin lepas ini kalau ke Langkawi boleh la aku singgah kat sini menginap.
Lagipun tak jauh juga dari pantai Chenang yang terkenal tu kan?
Mudah la boleh jalan sahaja
seronok tengok bila ada friendly match mcm ni. kat hotel ni macam2 aktiviti riadah boleh lakukan ya...cantik juga bila tengok pemandangan dr luar hotel ni..nmpk esklusif gituuu
Ezna Khalili said…
Cantiknya hotel holiday villa langkawi tu. Lama dah tak berkunjung ke sini. Besarnya chess board tu. Saya kalau chess tu saya main dam haji je...Hehe
Shafyqah Azahar said…
wah, nampak power power semua pemain futsal tu. cantiknya tempat penginapan, dekat pulak tu dengan pantai. banyak kemudahan/restoran pulak tu disekitar hotel. boleh stay situ kalau dapat ke langkawi lg nanti
khai artzfar said…
kenapa macam sedih je tu ? hehehe tapi best la jalan - jalan luas pandangan
Emi said…
Holiday villa ni dah memang dikenali ramai. Salah satu penginapan yang trusted bila pergi bercuti.
Rawlins GLAM said…
Rawlins memang sangat kaki bangku so futsal memang bukan dalam senarai sukan Rawlins. Tapi semua nampak gembira dan ceria ye
cindyrina said…
Best ye...Seumur hidup tak pernah main futsal.Tenguk futsal pun tak pernah. Huhuh...teruk betul saya ni.Yang best team media handal. Seronok baca travelog agro tourism you.
Lia Hasty said…
Lama betul tak main futsal adalah dulu time study. Bestnya dapat jalan-jalan Langkawi bersama blogger yang lain.
Ruby said…
Wah x sangka ramai media yang power main bola speak. Salute pada you all semua dan suasana yang cantik di hotel Villa, boleh cuti 2 Malaysia kat sini nanti
Dikbee said…
Tahniah team media.. yeaayy, walaupun seri yang penting semangat kesukanan tu ada. Macam best je nampak holiday villa beach resort & spa langkawi ni. So far x pernah stay sini lagi
Abby Onety said…
Mantaps... Perlawanan Persabahatan Futsal Antara MTC Media dan Staff Holiday Villa Langkawi ya? Menang pula. Selamat baginyang menang petandingan futsalnya
Betty's Journey said…
Wow friendly match. Such a good activities organise by both party. But I like the Hotel villa view. Natural and clean hotel.
Ainyy Zain said…
ainy pernah stay sini tau dulu. best jugak! fasiliti pun banyak.
Fiza Rahman said…
Dah lama tak main futsal. Last main masa anak sorang dulu. Handal juga team media yer. Cantik hotel holiday villa langkawi ni ye. Tak pernah sampai langkawi lagi.. Huhu..
Mahamahu said…
Ingat ada perlawanan futsal untuk wanita tadi hehehe bagus aktiviti macam ni dapat mengeratkan silatulrahim dan hubungi media dan pihak hotel..
dr-Life said…
Interesting friendly match the during the trip. So fun and exciting there wei...

FOLLOWERS