Baru-baru ini teringin sangat nak makan steamboat. Since saya suka juga dengan masakan makanan Cina, maka suami bawa saya makan tengah hari di Kungfu Steam Seafood. Restoran masakan Cina ini menghidangkan seleksi makanan masakan Cina dan steamboat!
Pertama kali juga jumpa restoran dengan konsep macam ni. Dan, kat sini steamboat dia bukan macam steamboat yang biasa kita makan dan sup dia pun bukan jenis normal sup ayam dan sup tom yam. Nak tahu apa yang lainnya?
Meh jemput baca.
Restoran Kungfu Steam Seafood yang terletak di Bandar Puteri, Puchong memang di satu lokasi yang agak strategik. Kawasan yang mempunyai parking yang luas ini sudah tentu menjadi satu lokasi untuk orang macam saya nak datang makan.
Jangan risau, walaupun restoran ini merupakan restoran makanan Cina dan nama pun Cina, tapi mereka menghidangkan makanan yang Halal. Kat mana lagi nak jumpa kedai steamboat Halal dan seafood fresh dari tangki kan.
Jangan risau, walaupun restoran ini merupakan restoran makanan Cina dan nama pun Cina, tapi mereka menghidangkan makanan yang Halal. Kat mana lagi nak jumpa kedai steamboat Halal dan seafood fresh dari tangki kan.
Dengan perut yang lapar, maka kami suami isteri ingat nak merasa menu makan tengah hari deorang saja. Tak sangka, set makan tengah hari, siap dengan air, nasi dan sup bermula dengan harga RM12.80 sahaja. Steamboat hanya ada pada sebelah petang sampai malam sahaja.
Superior Soup Clam with Mee Hoon: RM40.80
Selalunya kalau restoran makan Cina typicalnya yang paling popular
adalah shark fin soup. Menariknya di Kungfu Steam Seafood, korang boleh
customized sup korang. Contoh macam haritu, kami rasa sup campur dengan
bihun dan lala.
Deorang masak depan mata kita. Memula panaskan sup, then masukkan bihun supaya lembut. Lepas dah mendidih sikit, baru deorang masukkan fresh lala tadi tu. Barulah masa rasa sup tu terasa manis dan segar dia. Lala pun tak overcoocked.
Deorang masak depan mata kita. Memula panaskan sup, then masukkan bihun supaya lembut. Lepas dah mendidih sikit, baru deorang masukkan fresh lala tadi tu. Barulah masa rasa sup tu terasa manis dan segar dia. Lala pun tak overcoocked.
Lepas tu, ikan steam ni pun memang deorang masak depan mata kami. Cara dia, diletakkan kat atas sup lala tadi dah tutup. Unik sangat cara tu. Bila tengok macam ni, baru terfikir boleh je nak cuba masak kat rumah.
Ikan dia jangan cakap lah, dahla manis, segar pulak tu. Berebut-rebut kami makan ni.
Sebelum steam |
Selepas steam (Masak) |
Premium Mud Crab in Butter Milk Sauce (Min. 2pcs): Harga ikut musim
Alang-alang bulan April 2018 ada promosi beli 1 percuma 1 ketam nipah ni. Macam rugi pulak tak cuba. Harga dia actually ikut musim, kalau macam musim hujan tu mahal la sikit. Tapi since dah ada promosi, baik cuba. Promosi sampai 30 April 2018.
Dah order ketam, semestinya akan request masakan kegemaran saya, butter milk sauce. Butter milk dia kat sini macam laik sikit daripada kedai lain saya rasa, kat sini kuah dia lebih berkari dan pekat. Tapi makan dengan ketam dan nasi panas, pergh.
Deep-fried Fish Fillet with Thai Chili Sauce: RM28.80
Disebabkan saya jenis suka apa jenis makanan yang berisi, maka fish fillet ini yang paling saya suka di Kungfu Steam Seafood. Menu dia macam simple je, ikan goreng dengan sos Thai, tapi kalau tengah lapar serious sedap.
Antara menu yang saya recommend korang untuk cuba kalau singgah sini. Kalau amik set makan tengah hari dengan air, sup dan nasi baru RM16.80. Berbaloi sangat.
Live Clam with Ginger Spring Onion: RM34.80
Haaa, kalau selalu pergi restoran makanan Thai, selalu juga pesan ayam masak halia. Bila tengok menu lala masak halia, teringin pula nak rasa dia macam mana. Rupanya sedap juga. Dia tak rasa macam ayam halia selalu sbb rasa lebih manis.
Deep-fried Oatmeal Prawn with Salad: RM47.80
Menariknya hidangan udang ni, cara makan dia korang kena balutkan dia dalam daun salad tu. Ada ala-ala Korea pula kan. Sebab udang ni dia goreng dengan oat, maka masa kunyah tu dia rangup dan sesuai sangat untuk korang yang tak suka makan nasi tu.
Recommended! Oh, harga udang bergantung berapa gram korang order.
Live Tiger Prawn in Kam Heong Sauce: RM 47.80
Sweet & Sour Chicken: RM29.80
Memang nama restoran Kungfu Steam Seafood, tapi ada je menu ayam. Antara menu ayam yang saya recommend adalah ayam sweet & sour. Suka sebab porsi dia tak kedekut dan ada semua bahagian ayam. Ada isi, tulang sikit dan kulit.
Minced Chicken with Egg Tofu: RM14.80
Kalau dah singgah restoran masakan Cina, takkan tak rasa tofu kan. Orang cakap nak tahu restoran masakan Cina yang sedap, sila rasa masakan tofu dia. sedap ke masam. Itu yang cuba juga menu rare tofu telur dengan ayam kisar.
Memula macam pelik juga rupa dia, nampak macam kacang, tapi bila dah rasa tofu dengan ayam tu, siap ratah macam tu je. Ayam tu macam ayam sambal, sebab tu sedap. Set makan tengah hari yang ni RM12.80, berbaloi lah kan.
Waktu operasi:
Makan tengah hari: 11.30AM- 2.30PM
Steam steamboat seafood: 11.30AM- 11.00PM
Kungfu Steam Seafood
No 13A, Jalan Puteri 7/13A,
The Cube, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.
Contact: 016-2132828
Till then,
20 Comments
Masakan pon nampak sedap. Boleh masuk list jjcm ni