Aspiro Business Service Centre Buka HQ di Malaysia


Salam sejahtera korang,

Tahniah saya ucapkan kepada Aspiro Sdn Bhd kerana berjaya melancarkan pusat perkhidmatan perniagaan global yang pertama di dunia dengan memilih Malaysia sebagai ibu pejabat mereka di Shah Alam, Selangor.

Aspiro merupakan sebuah syarikat berstatus MSC yang melatih dan menyediakan tenaga kerja mahir dalam servis Sumber Manusia (human resource), Teknologi Maklumat (Information Technology) dan Kewangan & Perakaunan (Finance & Accounting).


Sebelum ini Aspiro telah menyediakan lebih daripada 80,000 tenaga kerja terlatih kepada syarikat di Indonesia dan China dan dengan wujudnya HQ ini, mereka menyasarkan untuk meningkatkan kadar pekerjaan sebanyak 1500 di Malaysia pada tahun 2019.



HQ Aspiro di Shah Alam, Malaysia berkonsepkan inovasi kerana bukan sahaja mereka melatih tenaga kerja untuk mahir dan berkemampuan, malah mendedahkan dan memastikan mereka bersedia dengan apa juga suasana pekerjaan nanti.


Lee Teck Seng, CEO Aspiro berkata, memilih Malaysia sebagai HQ Aspiro adalah keputusan yang bagus. Ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dengan pelbagai kumpulan yang berbakat.

Selain daripada menyediakan tenaga kerja mahir kepada syarikat-syarikat, Aspiro turut menyediakan peluang pekerjaan kepada individu yang berlatih di bawah mereka dengan misi supaya individu tersebut dapat kembangkan kerjaya deorang.



Untuk individu yang berminat untuk menyertai Aspiro, mereka menawarkan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan baru. Pekerja akan diberikan latihan supaya mereka ada pengalaman dan bersedia di dalam alam pekerjaan nanti.

Pusat sehenti HQ Aspiro yang menekankan prinsip "One Team" ini dipercayai akan memberikan pelanggan mereka tenaga kerja yang terlatih, mahir dan bersedia.

Kedudukan pejabat ni pun dilokasi yang strategik. Sebelah dengan stesen LRT Subang Jaya dan KTM Subang Jaya. Dengan keadaa pejabat yang nampak cool dan menenangkan, kerja kat sini mesti tak se-stress kerja lain.



Aspiro Sdn Bhd
Unit 13-1, Level 13, Tower 9, UOA Business Park,
No. 1, Jalan Pengatucara U1/51A, Seksyen 1,
40150 Shah Alam, Selangor.
Contact: 03-22620800



Till then,

Post a Comment

18 Comments

Syafiera Yamin said…
Oh macam menarik sangat rekomen pada lepasan graduan untuk pergi Aspiro ni belajar dan menjdi mahir. Memang strategik kedudukannya jadi tak pening la orang nak bawa kereta ke sana
Wawa Ashihara said…
Ok tak berapa paham aspiro ni mungkin baru lg.. Tp yg bagusnya dia ada tawarkan pekerjaan pd org lain... Mungkin dgn cre ni makin berkembang maju bersama ..
Betty's Journey said…
Is a good sign as graduate and unemployed will have opportunity to apply for a job. Aspiro apply open concept office whereby everyone is visible in the office. I like the concept.
Cik Puan Ena said…
Wahhh bertuahnye malaysia terpilih. Semoga byk peluang terbuka buat belia. Jdi dpt majukan n tingkatkn taraf hidup.
Del Asyraf said…
Harap syarikat ni dapat membantu kita rakyat Malaysia yang nak berkerja,terutama graduan yg baru keluar untuk mencari pekerjaan. Suasana yang tak stress pun membantu nak buat kerja..
Bella Enveeus said…
80,000 tenaga pekerja tu, maknanya mereka train orang Malaysia dan hantar ke Indonesia dan China - atau sebaliknya? Office tu best, cantik pemandangan luar.
Suria Amanda said…
Menarik ni pada sesiapa yang masih mencari kerja..boleh pilih Aspiro..mana nak dpt tempat kerja yang memberi latihan sepenuhnya kepada pekerja kan..dah tentu mereka inginkan yang terbaik...
adianiez AIDA said…
bagus wujudnya syarikat gini sekarang.
terutama utk fresh graduates. pendedahan tentang alam pekerjaan amat perlu.
agar tak la diorang ada kejutan budaya. ada masalah di tempat kerja...
Mimie said…
Bagus aspiro nih memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai terutamanya graduan baru. Sekurang kurangnya mereka boleh menimba ilmu dan pengalaman di aspiro nih.
AZ said…
Bestnya office diorang...
Colourful..Bagus jugak bila ada company macam ni, provide training dekat new graduates. so, at least diorang boleh marketkan diri bila masuk kerja nanti =D
Lia Hasty said…
Bagus juga Aspiro memilih Malaysia, sekurang-kurangnya dapat memantu graduan dan penggangur dalam pekerjaan. Membantu mereka menjana pendapatan dan mengurangkan pengganguran.
Ana Suhana said…
Sekarang dah banyak yang buat konsep freestyle working environment. So pekerja tak stress dan enjoy je masa bekerja.
Lepas ni para graduan boleh lah apply dekat Aspiro ni. Sambil training sambik mantapkan diri. Baru lah boleh pasarkan diri di luar nanti. Tahniah Aspiro atas pembukaan HQ pertama di Malaysia.
Ruby said…
Bagus ada syarikat latihan mcm ni. Biasanya kalau servis Sumber Manusia (human resource), Teknologi Maklumat (Information Technology) dan Kewangan & Perakaunan (Finance & Accounting) akan di hantar kursus internal aje. Belajar dengan senior yang acuh tak acuh nak berkongsi ilmu. Moga ada pemilik syarikat menggunakan khidmat Aspiro.
Bagus ni. Kalau nak cari keje mohon kat sini dan akan bagi diberi latihan mengikut kelayakan dan kecenderungan kita
Tengkubutang said…
wah.. melihatkan keadaan pejabat dan suasana bekerja kat pejabat tu terasa macam TB pun nak kerja situ.. haha.. sib baik dah tamat tempoh nak kerja.. dok umah jaga anak je la.. hahaha.. Aspiro ni bagus sebab sediakan peluang pekerjaan siap bagi latihan lagi tu.. graduan-graduan yang baru keluar tu elok la kerja sini timba pengalaman dulu kan
Absolute Yana said…
I wouldn't mind working in that environment too...but I am pretty sure the newly grads will be able to achieve and gain more from this. Since, they are lacking working experience and usually they wouldn't know where exactly to apply jobs from either. And since this is a one-stop for everything, I really hope newly grads will know about this too!
Nadia Johari said…
wah tahniah, bagus buka dekat Malaysia ni beri peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang cari pekerjaa. Office pun nampak cantik je. Haishh rasa nak cuba pulak..hehee..lama tak keje office
JMR said…
tAHNIAH Aspiro..peluang juga utk rakyat Malaysia senang mendapat pekerjaan kan

FOLLOWERS