Hai korang,
Love,
Siapa peminat kismis kat sini? Kismis sebenarnya merupakan makanan snek yang sihat untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Saya terutamanya memang peminat kismis dari California Raisins. Kismis California ini dikeringkan dibawah matahari di California.
Siapa sangka, buah kering yang sekecil kismis ini mempunyai banyak kelebihan yang unik. Selain daripada boleh dijadikan snek, kismis ini juga sesuai dijadikan bahan didalam menu masakan kita. Antara menu yang selalu saya buat adalah Yogurt Kismis California.
Kismis California sangat sesuai untuk dijadikan juadah ketika bersahur dan berbuka puasa kerana bukan sahaja sedia untuk dimakan, malah sedap dan sihat. Sebab packaging dia yang kecil, kismis ini sesuai diletakkan didalam beg dan mudah dibawa kemana saja.
Teringat saya tahun lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Perak, sebab kesesakan lalu lintas, maka suami dan saya tak sempat nak berbuka di kedai. Nasib baik memang dah standby California Raisins dalam beg.
Pada majlis pelancaran "Puas-Puas Puasa" di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur tempoh hari, pihak California Raisins telah melancarkan beberapa idea resepi yang mudah menggunakan kismis California untuk hidangan semasa berbuka dan bersahur.
Bayangkan, resepi ni pun digunakan oleh personaliti TV yang juga merupakan seorang ibu, Nur Affizza Azmi yang membuat demo masakan menggunakan kismis California. Tengok dia masak 3 menu ini, mudah je rupanya.
3 menu masakan menggunakan California Raisins adalah:
1. Donut Manis & Masam Kismis California,
2. Smoothies Puas Puas Kismis California,
3. Tom Yum Ayam Kismis California.
Donut Manis & Masam Kismis California |
Smoothies Puas Puas Kismis California |
Tom Yum Ayam Kismis California |
Antara kelebihan Kismis California termasuk:
- Asli dan semula jadi,
- Manis semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan,
- Tidak mengandungi lemak dan kolesterol,
- Sumber asli kalium (penting untuk fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf),
- Sumber serat dan nutrient,
- Mengandungi fitnutrient yang menyekat pertumbukan bakteria dalam mulut.
Sempat juga blogger yang hadir diberikan cabaran untuk membuat dekorasi cupcake dengan menggunakan bahan yang diberikan termasuklah Kismis California. Bukan mudah nak jadi kreatif dengan masa yang singkat dan bahan yang limited.
Ada banyak dekorasi yang lelawa dan menarik. Ramai rupanya blogger yang kreatif belaka. Tapi hanya 3 pemenang sahaja yang dipilih berdasarkan yang paling unik dan kena dengan tema California Raisins. Congrats korang!
Pemenang tempat 1: Rachael dari www.foodilifecious.com
Tempat ke 2: Miera dari livelifelah.com
Tempat ke 3: Mar dari www.puterymemory.com
Love,
19 Comments
Kismis memang fav sis, tapi la ni dah jarang beli n makan