Program Berbuka Puasa PICC Bersama Anak- Anak Yatim

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak- Anak Yatim di Restoran Pot&Pan yang berlokasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis meraikan ini memang dan macam tradisi yang diadakan  pada setiap tahun.

Program ini dianjurkan oleh pihak pengurusan PICC dan Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X) yang merupakan salah satu usaha syarikat dalam menyambut kedatangan Ramadan dengan bersedekah kepada orang yang kurang bernasib baik. 


Majlis ini bagi meraikan 100 orang anak yatim yang dijemput dari 3 buah rumah anak yatim iaitu Rumah Amal Suci Rohani di Bandar Utama, Rumah Kasih Sayang di Subang Murni dan Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di Cheras.



Objektif mereka pada tahun ini adalah bagi berkongsi erti keriangan Ramadan dengan anak- anak yatim ini. Antara menu khas majlis adalah: Kambing Bakaq Golek, Kuey Teow Tomya, Laksa Thai, Pulut Mangga, Laksa Kedah, Ayam Percik Golek, Kuih Keria PICC, Nasi Arab Khabsa dan Mandy.




Banyak jenis rendang: Rendang ayam, rendang kambing, rendang daging dan rendang itik.

 

Lagi best, majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh anak-anak yatim. Memang comel-comel je adik kecil buat gaya mengikut lagu nasyid. Mereka juga turut menerima sumbangan duit raya serta cenderahati.



Mengenai Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd.

Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X) dikenali sebagai Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd (PICC) yang telah ditubuhkan pada Ogos 2013. Co-X merupakan satu anak syarikat kepada Putrajaya Leisure & Services Group Sdn Bhd (PULSE Group).

Ada 3 komponen utama dalam perniagaan Co-X, iaitu (1) Menguruskan PICC terhadap konvensyen dan pameran, (2) Operasi Putrajaya Catering Services untuk perkhidmatan katering dan (3) Pengurusan hotel mereka, Hotel PULSE Grande.


Love,

Post a Comment

13 Comments

Bella Jamal said…
Baguslah di bulan mulia ni pihak2 berkenaan meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Jarang sekali dapat lihat persembahan dari pihak yg diraikan. Btw, PICC ni ada bufet Ramadhan juga ke?
Ezna Khalili said…
Bagus PICC berbuka puasa dengan anak2 yatim. Happy nampaknya anak2 ini. Banyak juga hidangan yang ditawarkan ni. Rendang itik tu sangat rare. Selalu rendang ayam atau daging je.
Emi said…
Last year emi ada join program buka puasa kat PICC ni bersama anak2 yatim. This year tak join pun, jauh pulak rasa nak ke shah alam hehe
mama tisya said…
sambil berbuka puasa sambil merai juga Anak Yatim sgt la digalakkan di bulan ramadhan yg mulia ini...pasti Anak Yatim gembira dpt menikmati buffet ramadhan dgn pelbagai juadah..sedap nmpk ayam golek percik tu
Cik Lily Putih said…
tak sempat pi hari tuh, tengok menu cam menarik je ek. siap ada persembahan sekali
cre8tone said…
Such a lovely act to berbuka puasa together with anak anak yatim... Selamat hari raya soon ya~~
Suria Amanda said…
Setiap kali akak tengok anak- anak yatim ni semua hati akak sure tersentuh..lebih kurang baya anak akak dan anak- anak buah akak je..ditakdirkan nasib diorang kan...semoga lebih ramai insan2 prihatin meraikan anak- anak ini selalu..x tertakluk bulan ramadhan sahaja tetapi dilanjutkan ke bulan2 yang seterusnya...
Pamela Yeoh said…
Ini masakan nya sedap sedap belaka. Sudah tengok sudah lapar la
iam.umifuzy said…
Alhamdulillah memang bila tiba bulan puasa ni ramai orang dan banyak organisasi membantu dan berusaha untuk bagi anak-anak yatim dan kurang kemampuan untuk sama2 merasa kemeriahan Aidil Fitri ni kan
Hanny Abdullh said…
Bagus ada event berbuka panggil anak2 yatim..berkongsi rezeki dwngan yang memerlukan. Harap2 anak2 ini gembira bila diraikan..dan harap2 byk syarikat buat pekara yg sama bukan semata bulan puasa atau raya aje
Mahamahu said…
Bestnya dapat buka puasa dengan anak yatim kita teringin juga tak berkesempatan lagi puasa tahun ni hehehe.. Mereka pun untung dapat penghargaan waktu sebeginikan...
Bro Framestone said…
Bulan puasa nie, banyak majlis diadakan untuk meraikan golongan ini.. Diharapkan 11 bulan yang lain, mereka tidak diabaikan...

Tengok rumah anak yatim dekat taman sini, boleh dikatakan setiap minggu mreka diraikan... alhamdulillah
Nadia Johari said…
Comelnya adik-adik buat persembahan..hehee..Bagusla program macam ni, anak-anak yatim ni terasa disayangi dan gembira sebab dapat diraikan seperti ini. Walaupun dalam hati mesti diaorang sedih..

FOLLOWERS