Saya memang suka melancong. Buat pula kalau dekat dengan lokasi yang lebih kepada alam semula jadi, macam pantai, hutan-hutan dan sungai. Bonus lah kalau masuk ke kampung dah dapat lihat cara pembuatan produk tradisi sesuatu tempat tu.
Bercakap tentang negara jiran kita, Thailand. Siapa yang tak tahu dan tak suka dengan negara Thailand yang terkenal dengan makanannya, seni & kraftangan, alam semula jadi & pantainya dan cara hidup di sana.
Tahun ini saja, Thailand telah mencecah 36 juta pelancong dan Malaysia merupakan negara kedua yang menyumbang kepada ekonomi ni selepas China. Ramai orang Malaysia sanggup melancong ke Thailand samada dengan menggunakan jalan darat mahupun dengan kapal terbang.
Bayangkan, ibu bapa saya pun sedang plan nak beraya di Hatyai dan Krabi tahun ni. Nampak tak betapa sukanya orang kita nak kesana sebab nak lihat kecantikan alam semula jadi dan semestinya membeli belah barangan murah dari Thailand.
Fokus mereka pada tahun ini adalah, untuk mengadakan beberapa pakej baru
dan idea baru dalam mengembangkan segmen pelancongan khususnya kepada
pelancong solo, wanita, pelancong mewah, perkahwinan dan berbulan madu,
dan keluarga.
Tahu
tak korang, selain daripada lokasi popular di Thailand seperti Bangkok,
Pattaya dan Phuket, Thailand juga menawarkan banyak lokasi kawasan
sekitar yang menarik seperti Mae Hong Son dan Yala (Betong).
Bagi
korang yang sukakan kelainan dan nak tahu lebih lanjut tentang budaya
masyarakat asli Thailand, boleh teroka lokasi seperti Ko Klang di
Krabi, Ko Kret di Bangkok, Thale Noi di Phatthalung dan Ban Bang Phlap
di Samut Songkhram.
Malam Gala Amazing Thailand: "Open to the New Shades".
Malam
gala turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional Thailand,
demo Thai boxing oleh Muay Thai Superstar Buakaw Bunchamek bersama
dengan beberapa boxer professional dan juga persembahan oleh Thai
Saxophonist yang popular, Mr. Koh Saxman.
Sempat merasa 4 jenis popular Thai-street food ni. Sedap! |
Ada sesi merasa makanan original masakan dari selebriti chef Chumpol Chaengprai yang menghidangkan makanan popular berdasarkan 4 bahagian kawasan di Thailand: Utara, Selatan, Timur Laut dan Central Thailand.
Kalau betul-betul tengok hidangan makanan ni lain ikut kawasan disana. Cuaca dan perubahan angin banyak mempengaruhi cara penyediaan makanan kat sana. Lebih kurang macam Malaysia jugak lah.
Kalau betul-betul tengok hidangan makanan ni lain ikut kawasan disana. Cuaca dan perubahan angin banyak mempengaruhi cara penyediaan makanan kat sana. Lebih kurang macam Malaysia jugak lah.
Northern Region Thai food |
Southern Region Thai food |
Northern-east Region (Isan) Thai food. |
Makanan yang paling asli dari sana adalah hidangan makanan dikawasan
"central" Thai. Makanan ni cara makan pun unik tau, bukan makan macam tu saja. Cara makan dia, memula amik nasi, dan lauk tu, then minum dengan air Jasmin tu.
Cara makan ni dipengaruhi sebab orang kawasan tu tak banyak masa nak makan sebab bekerja. Kalau perasan, penyediaan makanan pun kecik-kecik supaya senang kunyah, dan air Jasmin yang direndam semalaman digunakan untuk menaikkan selera makan.
Central Region Thai food. |
Amacam, nak melancong ke Thailand tak tahun ni? Teringin juga nak lihat cara hidup masyarakat asli Thai. Nak tengok keunikan tradisi dan kreativiti mereka kat sana.
Till then,
14 Comments
tapi tengok yg satu hidangan tu tetiba terbantut plak.. kekeke..
Tapi suka dihidangkan dgn kuali tembaga. unik dan tradisi