Tourism Thailand Lancar Promosi Produk Pelancongan ke Thailand Tahun 2018

Hai korang,

Saya memang suka melancong. Buat pula kalau dekat dengan lokasi yang lebih kepada alam semula jadi, macam pantai, hutan-hutan dan sungai. Bonus lah kalau masuk ke kampung dah dapat lihat cara pembuatan produk tradisi sesuatu tempat tu.

Bercakap tentang negara jiran kita, Thailand. Siapa yang tak tahu dan tak suka dengan negara Thailand yang terkenal dengan makanannya, seni & kraftangan, alam semula jadi & pantainya dan cara hidup di sana.



Tahun ini saja, Thailand telah mencecah 36 juta pelancong dan Malaysia merupakan negara kedua yang menyumbang kepada ekonomi ni selepas China. Ramai orang Malaysia sanggup melancong ke Thailand samada dengan menggunakan jalan darat mahupun dengan kapal terbang. 

Bayangkan, ibu bapa saya pun sedang plan nak beraya di Hatyai dan Krabi tahun ni. Nampak tak betapa sukanya orang kita nak kesana sebab nak lihat kecantikan alam semula jadi dan semestinya membeli belah barangan murah dari Thailand.

 

 

 

 

Fokus mereka pada tahun ini adalah, untuk mengadakan beberapa pakej baru dan idea baru dalam mengembangkan segmen pelancongan khususnya kepada pelancong solo, wanita, pelancong mewah, perkahwinan dan berbulan madu, dan keluarga.

Tahu tak korang, selain daripada lokasi popular di Thailand seperti Bangkok, Pattaya dan Phuket, Thailand juga menawarkan banyak lokasi kawasan sekitar yang menarik seperti Mae Hong Son dan Yala (Betong).

Bagi korang yang sukakan kelainan dan nak tahu lebih lanjut tentang budaya masyarakat asli Thailand,  boleh teroka lokasi seperti Ko Klang di Krabi, Ko Kret di Bangkok, Thale Noi di Phatthalung dan Ban Bang Phlap di Samut Songkhram.


Malam Gala Amazing Thailand: "Open to the New Shades".

Malam gala turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional Thailand, demo Thai boxing oleh Muay Thai Superstar Buakaw Bunchamek bersama dengan beberapa boxer professional dan juga persembahan oleh Thai Saxophonist yang popular, Mr. Koh Saxman.

 

Sempat merasa 4 jenis popular Thai-street food ni. Sedap!

Ada sesi merasa makanan original masakan dari selebriti chef Chumpol Chaengprai yang menghidangkan makanan popular berdasarkan 4 bahagian kawasan di Thailand: Utara, Selatan, Timur Laut dan Central Thailand.

Kalau betul-betul tengok hidangan makanan ni lain ikut kawasan disana. Cuaca dan perubahan angin banyak mempengaruhi cara penyediaan makanan kat sana. Lebih kurang macam Malaysia jugak lah.

Northern Region Thai food

Southern Region Thai food

Northern-east Region (Isan) Thai food.

Makanan yang paling asli dari sana adalah hidangan makanan dikawasan "central" Thai. Makanan ni cara makan pun unik tau, bukan makan macam tu saja. Cara makan dia, memula amik nasi, dan lauk tu, then minum dengan air Jasmin tu.

Cara makan ni dipengaruhi sebab orang kawasan tu tak banyak masa nak makan sebab bekerja. Kalau perasan, penyediaan makanan pun kecik-kecik supaya senang kunyah, dan air Jasmin yang direndam semalaman digunakan untuk menaikkan selera makan.

Central Region Thai food.

Amacam, nak melancong ke Thailand tak tahun ni? Teringin juga nak lihat cara hidup masyarakat asli Thai. Nak tengok keunikan tradisi dan kreativiti mereka kat sana.

Till then,

Post a Comment

14 Comments

Hasif Hamsyari said…
Seriously, I rasa Tourism Thailand antara yang paling genius bab mempromosikan industri pelancongan mereka. Nampak sangat trendy dan attractive sangat kempen diorang ni! Memang teringin sangat nak explore Thailand lagi lepas ni!
Seronok baca pelbagai adat dan budaya dari negeri lain. Thailand memang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Unikkan kebiasaan minum air Jasmin tu.
apekinahdotcom said…
Bestnya awak. Teringin juga nak ke sana. Kinah aritu masuk dekat pintu sempadan je area sadao. Teringin jugak nak explore jauh lagi. Nak tengok keindahan alam semula jadi dengan budaya kat sana. Makanan diorang pun nampak sedap. Haritu try makan tomyam dia memang terangkat la.
LizzaBella said…
Bella pun suka melancong dan Thailand adalah destinasi yang kerap Bella lawati - sebab dekat dan rate exchange pun tak berapa mahal. Bella belum pernah lagi ke tempat2 masyarakat asli Thailand. Lain kali kalau Bella kesana, Bella pasti akan ke tempat2 yang Zayani cadangkan tu. Mesti unik kraftangan mereka semua kan..
Atikah Norbaki said…
Perkara pertama yang bila orang sebut thailand je mesti akan ingat makanan! Mostly nye la...kan?
Mahamahu said…
Bestnya dah lama kita tak pergi sana last kita pergi Krabi jer hehehe banyak lagi tempat menarik kat Thai dan banyak makanan kita nak cuba kat sana
nurmisnan said…
Thailand is lovely and awesome foods
tapi tengok yg satu hidangan tu tetiba terbantut plak.. kekeke..

Tapi suka dihidangkan dgn kuali tembaga. unik dan tradisi
Illya LeYa said…
Pelancongan Thailand memang best. Hidangan makanan tradisional yang ada juga boleh kena dengan selera LeYa ketika menikmatinya. Macam dah rindu juga nak ke sana lagi ni. Hehe..
Zharif Azis said…
nak !!!!!!!!!!! Lepas baca entri nie, makin membuak-buak rasanya nak melancong ke sana. terima kasih di atas sharing ini. Owhh setiap bahagian di negeri thailand mempunyai signature dish dia yg tersendiri yer ? and makanan yg bentuk seolah-olah seperti selonggok N***S itu, ya Allah. Tak tahu nak rasa apa. hahahaha
Ruby said…
Thailand ni less effort utk pelancong dari Malaysia. Sebab kita memang suka pergi sana. Bangkok, Krabi, Phuket dan Hatyai mudah sangat utk travel. Kalau ada pesta makanan Thai di KL. Ruby laju ke ke sana mencari kerabu somtam dan tom yam. Yummy
Sunshine Kelly said…
Wow! I love Thailand I wish to be part of it also. Their food, places and people are so welcoming.
sebenarnya akk tak pernah pegi tahi...org kata thai yang popular selain budaya dia adalah makanan dia...tgk posting ni makin membar anak pergi..tapi beg rotan tu cantikla
Nadia Johari said…
tak pernah pergi Thailand. Tengok kawan-kawan pergi travel, memnag teringin nak pergi. Kena kumpul duitla kalau nak travel luar negara. Nak kena angkut anak sekali ni..haha
Ainyy Zain said…
tak dinafikan thailand antara negara yang ainy plan nak explore this year. tapi nak mula yang dekat2 dulu - hatyai-songhkla-phuket-krabi. dah beli tiket dah. tak sabar nak pergi. actually ainy suka thailand sebab makan dia so nak pergi sana sebab nak try pelbagai jenis makanan thailand.

FOLLOWERS