Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan:
1. Layari laman web PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my;
2. Terus ke Kaunter Zakat PPZ-MAIWP;
3. Hubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP: 1-300-88-5757;
4. Ke Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
4. Ke mana-mana 11 Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP;
5. Hantar borang Skim Thohir melalui majikan anda dan emelkan salinan borang Skim Thohir ke skimthohir@zakat.com.my
Lepas dah siap hantar borang apa nak buat?
Dah ada Skim Thohir, kan mudah. Sekali isi borang sahaja.
Till then,
Tahu tak korang, orang yang mempunyai pendapatan dan bekerja bsebenarnya perlu membuat zakat gaji sebanyak 2.5% daripada hasil gaji dan harta korang.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pusat Pungutan Zakat- MAIWP (PPZ-MAIWP) sekali lagi telah melancarkan kempen pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang akan berlangsung selama 4 bulan bermula pada 1 Julai hingga 31 Oktober 2018.
Menariknya tahun ini, individu yang menyertai Skim Thohir 2018 berpeluang untuk memenangi 10 hadiah percutian yang berupa pakej menunaikan umrah, percutian ke Beijing, Bangkok, Jakarta dan Pekan Baru hasil tajaan daripada Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.
Apa itu Skim Thohir?
Skim Thohir merupakan kemudahan cara pembayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji secara bulanan atau tahunan. Dengan adanya skim ini, dapat menjimatkan masasi pembayar zakat dan tak adalah alasan terlupa lagi sebab auto potong.
Manusia ni bukan boleh ingat sangat bab macam ni. Zakat tu wajib dibayar, itukan hak orang yang layak menerima zakat. Banyak hikmah bayar zakat gaji, salah satunya adalah untuk keberkatan. Selain keberkatan, bila dah auto tolak, kan lagi mudah nak merancang kewangan.
Tahun ini, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan
seramai 4000 orang yang akan membuat potongan zakat sepanjang tempoh
kempen berlangsung. Untuk info, tahun lepas saja, seramai hampir 7000
orang yang sertai Skim Thohir.
Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Sepanjang masa kempen ini, PPZ-MAIWP
akan menganjurkan beberapa aktiviti turun padang ke beberapa syarikat
swasta dan badan kerajaan untuk menerangkan mengenai skim ini selain
daripada menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP.
Tahniah
juga diucapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan Malakoff Corporation Berhad kerana menjadi
badan yang paling banyak mengutip zakat potongan gaji pada tahun lepas.
Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan:
1. Layari laman web PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my;
2. Terus ke Kaunter Zakat PPZ-MAIWP;
3. Hubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP: 1-300-88-5757;
4. Ke Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
Cara-cara mengertai daftar Skim Thohir dan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) 2018:
1. Layari laman web PPZ-MAIWP dan isi borang Skim Thohir secara online di www.zakat.com.my
2. Terus ke Kaunter Zakat PPZ-MAIWP dan isi borang Skim Thohir;
3. Hubungi talian zakat di 1-300-88-5757;4. Ke mana-mana 11 Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP;
5. Hantar borang Skim Thohir melalui majikan anda dan emelkan salinan borang Skim Thohir ke skimthohir@zakat.com.my
Lepas dah siap hantar borang apa nak buat?
Duduk chill saja sebab setiap bulan, majikan korang yang akan buat semua tu untuk urusan potongan gaji. Penyata Potongan Gaji pula akan dihantar terus kepada korang 2 kali setahun.
Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat |
Dah ada Skim Thohir, kan mudah. Sekali isi borang sahaja.
Till then,
2 Comments