Makan Steamboat & Shellout di D Aura Cafe

Assalamualaikum dan hai korang,

Finally, dapat juga makan makan steamboat dan shellout di D Aura Cafe di Seri Kembangan. Dah lama sebenarnya plan nak makan kat sini, tetiba haritu jadi pulak nak double date dengan pasangan blogger Leya dan Otomen.

Saya memang suka makan steamboat, terutamanya grill. Susah nak jumpa restoran yang hidang set steamboat dengan grill yang harga dia murah macam ni. Kalau ada pun, mesti deorang hidangkan asing-asing, tak dalam set.


Kafe D Aura yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan terkenal dengan menu masakan yang sedap-sedap. Suka dengan dekorasi dalaman kafe ni, sebab nampak ceria dengan pilihan warna dia dan deko yang menarik.

Deko dinding dia comel-comel, jadi nak ambil gambar pun tak nampak kosong. Lepas tu, kafe pun  bertutup dan berhawa dingin, nak lepak lama pun tak kisah sebab tak akan ada orang merokok macam kat mamak.



Baru-baru ini, D Aura Kafe telah memperkenalkan 3 menu hidangan terbaru disini. 3 menu itu adalah Steamboat, Grill dan Shellout. Amacam? Terliur tak dengar kombinasi 3 menu hidangan ni?

Dan yang paling syok sekali, harga dia memang murah sangat dan dengan portion makanan yang banyak, satu hidangan boleh kongsi dalam 2-3 orang, tergantung kepada banyak mana korang makan. Sesuai sangat nak dating dengan pasangan atau bawa kumpulan.



Steamboat RM18
Steamboat & Grill RM28.00

Jenis yang nak makan steamboat je, boleh order steamboat je. Tapi sebab beza RM10 je, baik ambil sekali dengan grill. Macam haritu kami ambil dua-dua sebab harga berbaloi, makan satu set 2 orang pun banyak juga.

Steamboat dia sedap sebab kuah dia key. Kami pilih kuah tom yam sebab memang fav yang itu. Kuah ini dimasak khas oleh chef D Aura Cafe, home-cooked punya. Campak mee dalam tu, memang berebut-rebut nak makan sebab sedap.


Untuk seleksi makanan untuk steamboat dan grill, ada banyak tau. Ada banyak makanan laut macam ikan, udang, ketam, sotong, kupang, kerang dan juga makanan lain seperti kek ikan, sosej, telur, kepingan ikan kering dan sayuran.

Grill pula, boleh je campak menu tadi tu dalam grill. Ikut selera korang lah suka makanan dalam steamboat atau grill. Ada ikan, ayam dan daging yang boleh korang grill. Jujur cakap, daging dia nipis dan sedap gila dengan marinate dia.

Recommended untuk korang cuba grill ni. Didatangkan dengan sos istimewa untuk makan dengan makanan yang dah masak, pedas tapi memang sedap. Layan betul makan kat sini.





Shellout RM18.00

Menu yang wajib cuba adalah shellout. Walaupun jharga dia tak sampai 20 ringgit, tapi postion dia memang banyak dan tak kedekut. Olah kah dalam tu ada paling kurang 2 ekor ketam dengan banyak kerangnya lagi.

Shellout yang tak kedekut dengan banyak 'inti', ada: Ketam, udang, sotong, lala, kerang hijau, kerang buluh, remis, kerang bulu dan beberapa lagi jenis kerang, jagung, brokoli siap dengan sos shellout yang dimasak sendiri oleh chef kat sini. Wajib cuba.

Sos dia key dalam hidangan ini sebab paling rare yang pernah saya rasa. Rasa macam kari sikit, pedas tapi masih sedap makan dengan hidangan laut ni. Nak terangkan dalam perkataan sisah, jadi baik korang datang kesini dan cuba sendiri.



Overall, puas hati dengan servis dan menu makanan di D Aura Cafe. Satu lokasi yang sesuai untuk diadakan macam-macam. Sesuai nak buat majlis besar, ataupun perjumpaan kecil. Nak bawa keluarga datang makan pun sesuai sebab space besar dan harga pun tak mahal.

Berbaloi lah datang sini.


Waktu operasi: Setiap hari jam 1PM-11PM (Isnin tutup)

D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, Taman Pinggiran Putra,
Seksyen 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor 
Contact: 01110923832



With love,

Post a Comment

20 Comments

Rawlins GLAM said…
Wow. RM18 untuk shellout? Memang menarik nie. Lokasi pun agak dekat dengan rumah Rawlins. Macam nak kena pergi nie hehehe
great place to dine and this cafe looks nice. Looks like you enjoy the meal, love the food you snap!
Mahamahu said…
Hehehe kita dah makan sini juga memang murah gilerr dan banyak makanan lautnya semua sedap-sedap cuma sos mereka tak banyak pilihan kalau shell out tu boleh buat banyak jenis sos lagi mengancam hehehehe apa pun boleh datang cuba makan sini murah..
Syaza Redzuu said…
Waaaa bestnya makan-makan. SR nanti pergi makan-makan dekat Pak John 20 Oktobee ni. Steamboat jugak. hehe. Dekat area Bangi/Seri Kembangan memang banyak tempat makan yang best2 eh? Jarang pergi area sana :(

Salam kenal taw. Meh follow blog SR:
www.syazaredzuu.com
Faries said…
Kite dah pernah makan kt sini. Memang suasana santai dan best tapi tak pernah rasa lagi steambot dgn shellout lagi. Macam best je. Nk kene dtg sini ceritanya....
Kak Su said…
Akak tak pernah lagi merasai nikmatnya ber shellout ni tau. Baca blog entri, nengok pic macam teringin sangat. Lain kali kalau nak shellout lagi, jangan tinggal daku huhu

Macam Mana Nak Dapat Duit Dari Blog Tanpa Perlu Menjual
cre8tone said…
I pun nak makan steamboat.. so nice aura cafe ni.. enjoy steamboat to the maximum..fresh fresh and nice nice..
Ibu Pantang said…
sedapnya yani.harga pun murah tu.berbaloi2 kalau pergi ni.memang sesuai sangat bawak family datang sini.nanti nak g cuba lah kat sini.
Ibu Syurga said…
Baru je lepas makan menu shell out di kedai yang sedap. Lepas ni boleh cuba pula kedai yang sis nurul cadangkan ni
Mama Hakim said…
Sedap jugak makan shell out hari ni kan. dah lah hujan lebat ni sejuk sampai tulang sum sum. makan menu berkuah panas macam ni boleh panaskan badan
kedai aura ni nampak kecik tapi tengok steamboat shellout nampak sedap dan menarik. Harga pun x mahal so memang berbaloi kalau nak belanja famili atau kengkawan datang makan-makan kat sini
cindyrina said…
I pernah try Shell out sekali tapi bad experience. But now look like I can try shell out kat sini. Nampak wort it and sedap.
Huda Halid said…
murah yer harga makan kat sini, dah la kedai cantik dan selesa. Memang berbaloi sangat bawa family makan-makan kat sini. Nanti nak try jugak la shell out tu, nampak mengancam
Nadia Johari said…
Dah lama tak makan steamboat..bayar murah boleh makan banyak-banayk..tapi ni makan steamboat shelloit..menarik..kita dah la suka seafodd..alahai bestnyaa
Hanny Abdullh said…
Lama dh x bershellout..teringin balik. Tgok cam sedap je makanan kat sini..nanti leh le cuba
Zharif Azis said…
Namak sedap betul ye menu shell out tu. pekat kuahnya. Portion besar pulak. Nak cuba jugaklah nanti. Nasib baik ckp kuah steamboat tu sedap. Sbb majority tmpt2 yg menawarkn steamboat nie, kuah dia sedihhh
Dikbee said…
eh, murah la harga dia.. susah nak cari steamboat & grill bawah RM30 dah skang ni. Shellout pun murah dan nampak sedap je. nak kena pi try ni.
Ooo dah ada grill juga ye sekarang. Dulu saya pergi hanya ada steamboat sahaja.
Illya LeYa said…
Kenyang hingga menjilat jari... Jom buat birthday event di sini.. Oppsss..😁😁
Sunshine Kelly said…
Memang best! I love both steamboat and shell out too. I have not visit this restaurant yet, their food and price look attractive too.

FOLLOWERS