Hai korang,
Till then,
Haritu masa jenjalan di Mid Valley, ternampak kedai makan Pancake House. Dah lama rasanya nak lepak makan tengah hari kat sini, baru kali ni ada peluang untuk lunch kat sini sebab tertarik dengan menu terbaru deorang, Nasi Lemak Pancake.
Popular juga rupanya Pancake House ni di luar Malaysia sebab dah memang wujud sejak dari tahun 1974 lagi. Kat Malaysia, deorang ada 3 outlet: IOI City Mall, Mid Valley dan Quill City Mall. Memang susah sikit nak jumpa kedai ni, tapi seriously korang kena cuba menu limited edition ni.
Di Mid Valley, memang senang nak jumpa Pancake House sebab berada di Tingkat 1, Centre Court. Port best punya nak lepak-lepak makan tengah hari, makan malam ataupun nak minum ringan nak lepaskan penat berjalan.
Lepas tu, siap ada port tempat duduk luar kedai macam ni. Saya jenis suka duduk luar macam ni sebab tak suka dengan suasana yang macam sempit dan dekat dengan orang meja sebelah. Barulah macam private sikit nak berborak.
Dah alang-alang ada promosi edisi terhad Nasi Lemak Pancake pada 6 Ogos hingga 7 Oktober 2018, rugi pula tak cuba menu pilihan ramai pada tahun lepas. Dengar cerita, tahun lepas, walaupun dah habis waktu promo, ramai orang masih minta lagi.
Nasi Lemak Pancake RM19.90
Selalunya kita makan nasi lemak dengan nasi kan? Apa kata, korang cuba makan dengan pancake pulak. Makan macam biasa, cuma nasi tu ganti dengan pancake.
Menu ini, saya suka sebab pancake dia sedap. Pancake dia ada rasa pandan, siap dengan kuah sambal dan timun lagi. Bila campurkan pancake, telur, ayam, sambal dan ikan bilik dan kacang semua rasa sedap je dalam mulut.
Ayam goreng pun sedap, jadi masa makan tu takde lah rasa muak. Tapi betul ni, makan pancake dengan sambal saja pun dah sedap. Boleh repeat lagi sementara ada next time.
Menu ini, saya suka sebab pancake dia sedap. Pancake dia ada rasa pandan, siap dengan kuah sambal dan timun lagi. Bila campurkan pancake, telur, ayam, sambal dan ikan bilik dan kacang semua rasa sedap je dalam mulut.
Ayam goreng pun sedap, jadi masa makan tu takde lah rasa muak. Tapi betul ni, makan pancake dengan sambal saja pun dah sedap. Boleh repeat lagi sementara ada next time.
Nasi Lemak Shake RM12.90
Amacam, macam pelik ajekan nama dia Nasi Lemak Shake? Memang exotik pun minuman ni sebab korang bayangkan lah, air ni merupakan campuran santan, pandan, serbuk cili, ikan bilis dan kacang yang telah dikisar hancur.
Cara minum, hanya perlu kacau sampai bawahdan rata, then enjoy. Rasa dia, takde lak pelik macam yang korang baca. Rasa memang pelik, tapi pelik yang sedap. Ada pedas-pedas sikit, manis dan berlemak tapi sedap dan boleh telan.
Rugi lah kalau tak cuba. Peminat tegar nasi lemak sure suka.
Set Nasi Lemak Pancake & Nasi Lemak Shake RM27.90
Prawn Aglio Olio RM19.85
Ini menu terbaru daripada Pancake House. Menu ni takde lah limited edition pun, tapi nak juga tulis sebab sedap. Dalam gambar nampak macam sikit, tapi sebenarnya portion dia banyak. Kenyang makan sorang-sorang siap tapau bawak balik lagi.
Aglio Olio ni sedap sebab tak banyak minyak dan rasa powder rempah dia. Then, ada rasa pedas-pedas sikit. Dahla deorang tak kedekut udang, besar-besar pulak tu. Puas hati makan.
Aglio Olio ni sedap sebab tak banyak minyak dan rasa powder rempah dia. Then, ada rasa pedas-pedas sikit. Dahla deorang tak kedekut udang, besar-besar pulak tu. Puas hati makan.
Berbaloi datang Pancake House makan tengah hari haritu. Ingatkan deorang jual pancake je, rupanya ada banyak lagi menu lain macam nasi dan pasta. Banyak pilihan ada dan harga pun berbaloi. Lepas tu ada set dengan air percuma la apa semua.
Nak lagi best, pergi masa ada promo bulanan. Kanak-kanak makan percuma pada setiap Ahad minggu pertama dan ada promo beli 1 percuma 1 pada setiap hari Rabu. Boleh tengok website atau Facebook Pancake House untuk banyak lagi promo best.
Jangan lupa cuba menu limited edition Nasi Lemak Pancake & Nasi Lemak Shake. Saya recommend dan ajak korang untuk makan sebab cakap memang sedap dan berbaloi untuk cuba!
Pancake House
Website: pancakehouseinternational.com.my
Facebook: www.facebook.com/pancakehousemalaysia
Instagram: www.instagram.com/pancakehousemy
Outlet:
Mid Valley
Lot F-046, First Floor, Mid Valley
Contact: 03-2283 3933
IOI City Mall
Lot No. L1-73A, First Floor, IOI City Mall,
Contact: 03-8328 0175
Quill City Mall
Unit No G-05 & Al-Fresco 3A, Ground Floor, Quill City Mall
Contact: 03-2856 0635
Contact: 03-2283 3933
IOI City Mall
Lot No. L1-73A, First Floor, IOI City Mall,
Contact: 03-8328 0175
Quill City Mall
Unit No G-05 & Al-Fresco 3A, Ground Floor, Quill City Mall
Contact: 03-2856 0635
Till then,
19 Comments
Tak sangka memang pancake dalam menu nasi lemak dia ya..
Jap.. Nasi Lemak Shake tuu belum ada keberanian nak cuba walau di kata sedap boleh telan. Huhuuu... Tapi macam rugi lak tak cuba kannn
Tips Dan Panduan Untuk Mulakan Bisnes Homestay
Maklumlah, tak biasa makan gitu kan.
Hehehe
Unik betul ada nasi lemak Pan Cake..nanti kalau ke sana bolehlah sis cuba