Hai korang,
Cannis App
Website: www.cannis.app
Instagram: www.instagram.com/CannisApp
Facebook: www.facebook.com/CannisApp
With love,
Ingat lagi tak dalam 2 bulan lepas kecoh pasal aplikasi terbaru, Cannis App. Saya pun pernah tulis tentang Cannis Apps di: Download Aplikasi 7-in-1: Cannis App .
Punyalah bagusnya aplikasi ini, walaupun tak sampai 2 bulan dilancarkan, Cannis App dah menjadi satu aplikasi yang hebat sebab berjaya menjadi satu aplikasi yang paling ramai orang muat turun dan dijangka akan menjadi aplikasi yang paling hot di Nasdaq, Amerika Syarikat.
Untuk korang yang tak familiar pasal NASDAQ (National Association of Securities Dealers Automated Quotation),
ia merupakan bursa saham Amerika Syarikat. Senang kata NASDAQ menjaga
pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik yang terbesar di
AS.
Bangga juga dengan Cannis sebab merupakan sebuah syarikat kelahiran Malaysia yang kini sudah mempunyai hampir 100 orang jurutera yang membantu untuk menjaga dan membaikpulih aplikasi baru ini dari masa kesemasa.
Tetapi dengan kehebatan meningkat naik aplikasi Cannis App, mereka menjangkakan aplikasi ini boleh menembus masuk ke pasaran NASDAQ menjelang tahun 2021 nanti.
Boleh nampak macam mana pasukan Cannis App berusaha untuk menaikkan populariti aplikasi ni. Pengerusi Cannis Group, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah
Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Naib Pengerusi Cannis Group, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Azman Chin.
Mana pada 21 Oktober 2018 yang lepas, telah berlangsungnya perjanjian kesefahaman (MOU) di antara LongTV Sdn Bhd, Da Motion Production House dan Weber PDT Cancer Treatment Health Centre untuk projek yang akan datang.
Selain daripada mendapat sokongan dari banyak pihak, Cannis App juga berjaya mengambil hati para pengguna mereka dengan menawarkan kemudahan dalam penggunaan aplikasi Cannis. Siapa yang taknak senang dengan menggunakan aplikasi macam ni.
Cannis App merangkumi 7 ciri-ciri/ aplikasi termasuk: Online live broadcast, e-dagang, permainan dalam talian, video kreatif, media sosial, diskaun membeli-belah dan Cannis payment.
Dalam masa yang akan datang, Cannis App dijangka akan digunakan sebagai satu aplikasi untuk membantu pengasas syarikat yang lain untuk merancang, idea teknologi, promosi dan visual data tentang pengguna mereka.
Lebih menarik lagi, Cannis juga kini sedang dalam perancangan dan persetujuan untuk memasuki pasaran teknologi digital, pangkalan data, teknologi artificial intelligence (AI), perfileman, perubatan dan industri kecantikan.
Malah, mereka sudah ada filem dan alat teknologi perubatan yang sedang menunggu untuk dilancarkan. Awesome sangat sebab dan ada banyak idea macam ni.
Menarik betul mereka panggil 'sand artist' untuk buat persembahan
sempena dengan majlis perjanjian MOU haritu. Sebab menggunakan pasir di skrin besar menarik, maka ramai orang tengok persembahan tu.
Persembahan pasir itu adalah menceritakan tentang apa itu Cannis App, kejayaan dan perancangan misi dan visi yang akan mereka capai di masa hadapan.
Unik juga sebab Puteri
Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Datuk Dr. Azman Chin
pun celup tangan dalam pasir untuk merestui majlis tu.
Saya berharap Cannis juga dapat menjadi antara syarikat Malaysia yang berjaya di dalam dunia. Cannis dah terkenal di negara Asia yang lain seperti di China, Taiwan dan Indonesia. Tak lama lagi, orang Malaysia sendiri pun akan kenal dengan aplikasi macam ni.
Tunggu tau projek besar daripada Cannis untuk orang Malaysia nanti.
Korang yang berminat untuk mencuba aplikasi Cannis App 7-dalam-1 ni boleh dapatkan secara percuma di Google Play Store atau App Store. Jom explore aplikasi hot ni.
Cannis App
Website: www.cannis.app
Instagram: www.instagram.com/CannisApp
Facebook: www.facebook.com/CannisApp
With love,
1 Comments