Hai korang semua,
Till then,
Siapa kat sini peminat sarkas? Teringat masa zaman saya sekolah rendah dulu, abah dan mama selalu bawak tengok sarkas, tapi sekarang dah jarang sangat nak ada sampai lah wujudnya satu kumpulan pertunjukan sarkas yang terbesar di Asia.
Siapa yang tak pernah dengan nama "Cre" atau Cre Arts Asia. Nama ni besar tau dalam seni sarkas di Asia sebab mereka dah banyak buat persembahan di seluruh Asia dan untuk kali kedua, mereka akan mengadakan pertunjukan sarkas terbesar di Malaysia.
Cre Arts Asia
Tarikh: 30 November - 2 Disember 2018
Lokasi: Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)
Durasi persebahan: 2 jam
Durasi persebahan: 2 jam
Apa yang seronoknya tentang persembahan daripada Cre adalah, elemen penceritaan yang mereka pakai. Setiap persembahan ada menggunakan 4 elemen daripada udara, air, tanah dan api. Dari elemen ini, maka wujudlah cerita disebalik persembahan mereka.
Selain daripada menggabungkan elemen seperti tarian, visual dan aksi stunt, persembahan kali ini bakal membawa korang ke sebuah planet yang lebih jauh yang dimana mampu membuatkan minda korang terpukau.
Kalau korang pernah datang ke persembahan mereka pada tahun lepas, jangan risau kalau takut boring sebab 80% daripada persebahan adalah lain dari yang tahun lepas. Jadi, yang dah datang tengok persembahan mereka tahun lepas, mesti kena datang lagi tahun ni.
Walaupun zaman dulu terkenal dengan penggunaan haiwan didalam persembahan sarkas, namun tiada binatang yang akan digunakan dalam persembahan kali ini sebab mereka hanya menggunakan bakat semulajadi 100% rakyat Malaysia dalam persembahan ini.
Perasmian Cre Arts Asia Restage oleh Nana Liew, Afique Khaikhal, Yiki Chan & Chris Lo |
Cre Arts Asia dipersembahkan oleh studio seni Viva Circus yang dah banyak memenangi anugerah. Persembahan sarkas Cre Arts tahun ini di uruskan oleh Pengarah Kreatif: Nana Liew, Koreografi tarian: Afique Khaikhal, Produser: Yiki Chan dan Pengarah Produksi: Chris Lo.
Lagi best, tahun ni mereka tambah satu
lagi waktu persembahan daripada tahun lepas. So ada 5 waktu persembahan
tahun ni, maksudnya lebih banyak tiket yang dijual. Ha, beli awal jangan
menangis kalau tak sempat nanti.
5 Waktu tayangan:
30 November 2018 (Jumaat): 8.30PM
1 Disember 2018 (Sabtu): 3PM, 8.30PM
2 Disember 2018 (Ahad): 11AM, 3PM
Sesuai sangat lah nak bawak keluarga terutamanya kanak-kanak sebab masa tu cuti sekolah pun dah mula. Alang-alang ada promo kalau beli lebih 4 tiket, dapat harga yang lagi murah. Boleh beli secara berkumpulan dengan kawan-kawan jugak.
Harga tiket:
Earth zone: RM198.00 (Dewasa), RM119.00 (*)
Water zone: RM158.00 (Dewasa), RM95.00 (*)
Fire zone: RM118.00 (Dewasa), RM70.00 (*)
*Kanak-kanak, warga emas & OKU.
Boleh beli tiket disini: proticket.com.my/klpac-cre
Cre Arts Asia
Website: www.creartsasia.com
Facebook: www.facebook.com/creartsasia
Till then,
1 Comments