Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Till then,
Siapa kat sini kaki travel dan kaki bersukan? Macam saya sendiri, setiap kali nak travel akan pastikan saya bawa fon telinga atau earphone. Sebenarnya susah juga untuk orang yang pakai tudung macam saya nak jumpa earphone yang selesa.
Berita baik untuk peminat gajet, Plantronics telah melancarkkan 5 produk awesome yang terdiri daripada 1 earphone tanpa wayar dan kalis air yang pertama di dunia, 2 model untuk kaki aktif dan 2 headphone pembatalan bunyi (noise cancelling) untuk kaki melancong.
5 model earphone/ headphone Plantronics didatangkan dalam koleksi BackBeat FIT dan BackBeat GO yang sesuai digunakan dalam semua situasi dan keadaan.
Company jenama Plantronics pun memang dah terkenal dengan hasil produk yang bagus-bagus dan menjadi pilihan pengguna mereka. Saya sendiri dah cuba menggunakan earphone Plantronics dah memang puas hati sangat.
Lagi
best, semua earphone koleksi Plantronics adalah tanpa wayar (wireless).
Korang boleh sambungkan earphone ni ke mana-mana peranti dan devices
korang yang ada Bluetooth. Lepas tu boleh la dengar lagu ke, tengok
movie atau bercakap dalam telefon.
BackBeat FIT 350
Warna: Black/Grey, Grey/Bone dan Grey/Blu
Harga:RM 399
Warna: Black/Grey, Grey/Bone dan Grey/Blu
Harga:RM 399
BackBeat FIT 350 sesuai untuk mereka yang mencari earphone yang jenis tanpa wayar yang dalam harga bajet tapi masih lagi berkualiti. Dengan ketahanan 6 jam dalam sekali cas, sesuai sangat digunakan untuk ke mana-mana.
BackBeat FIT 3100
Warna: Black dan Grey
Harga: RM799
Sangat sesuai untuk mereka yang suka buat aktiviti lasak atau berlari sebeb earphone ini memberikan keselesaan dan grip kepada pemakai dia. Dilengkapi dengan kualiti audio dan ciri-ciri Always
Aware™ yang selalunya ada didalam koleksi Plantronics yang lama.
Dengan harga yang ditawarkan dan kualiti yang diberikan, earphone ini juga kalis air dan senang dicas dengan kotak yang diberikan. Senang jaga.
BackBeat FIT 2100
Warna: Black, Grey, Blue dan Lava Black
Harga: RM499
BackBeat FIT 2100 merupakan model terbaru untuk koleksi BackBeat FIT. Juga kalis air dan sesuai sangat untuk mereka yang aktif melakukan aktiviti. Seronok kalau pakai ni dan hiking bukit atau buat aktiviti lasak.
BackBeat GO 410
Warna: Graphite dan Bone
Harga: RM649
Untuk kaki travel yang jenis tak suka dengan banyak bunyi bising boleh cuba model BackBeat GO 410. Dengan teknologi Active Noise Cancelling (ANC) yang ada dalam earphone kecik ni, memang sangat sesuai.
BackBeat GO 410 memberikan ketahanan bateri sehingga 10 jam sesuai sangat untuk mereka yang selalu travel jauh dan tak ada masa dan tempat yang sesuai untuk cas. Earphone ini juga boleh di-pasangkan dengan sebarang peranti yang ada Bluetooth.
BackBeat GO 810
Warna: Graphite Black, Navy Blue dan Bone White
Harga: RM799
Ada orang jenis tak suka pakai earphone sebab tak suka feeling ada benda dalam telinga, maka saya suggest untuk mereka cuba headphone ni. BackBeat GO 810 adalah wireless dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 28 jam.
Teknologi pengasingan bunyi dia sangat awesome sampaikan bila pakai biasa pun dah kurang banyak bunyi bising. Sesuai digunakan untuk kaki travel supaya mereka boleh fokus daripada kekecohan disekeliling.
Seronok boleh dengar secara HD sebab fungsi teknologi Active Noise Cancelling (ANC) yang akan menyekat sebarang suara luar yang kuat. Jadi, tak ada masalah nak dengar lagu walaupun dalam suasana yang bising.
Tips untuk yang kaki travel, nak elakkan daripada dengar orang lain
dalam bas tu berdengkur. Powernya earphone ni, walaupun kita tak buka
lagu atau tengok apa-apa, pakai macam tu saja pun dah tak dengar sangat
suara di sekeliling.
Korang boleh dapatkan koleksi terbaru BackBeat FIT 3100, BackBeat FIT 350, BackBeat GO 810 di kedai alat gajet besar seperti Gadget Zone SDN BHD, Charlie
Cellular Sdn Bhd, i-study Penang. Manakala, The BackBeat FIT 2100 dan BackBeat GO
410 boleh didapati bermula November 2018.
Till then,
13 Comments
p/s : untunglah ada model utk gayakan produk =P hahaha