Sedapnya Susu Original Dari New Zealand Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Pernah tak terfikir, zaman era 2018 ni bukan senang nak jumpa ladang lembu, apatah lagi nak cari susu lembu yang asli, fresh dan sedap. Kalau ada pun, kebanyakannya tak sedap dan rasa macam minum susu tepung je. 

Meh saya recommend korang untuk cuba susu Fernleaf UHT.

Jemput baca kat bawah kenapa saya recomemnd susu Fernleaf. Dan extra untuk korang, saya ada sediakan tips hidangan pantas dan mudah untuk korang pasangkan dengan susu Fernleaf. Special untuk korang yang selalu rushing dan tak sempat makan.


Di Fernleaf, mereka yang sudah berpengalan hampir 140 tahun dalam industri perladangan tenusu, dan boleh panggil pakar tenusu, sudah semestinya Fernleaf tahu macam mana nak dapatkan susu yang berkualiti tinggi. Dah berapa lama mereka buat R&D.

Kalau korang pernah rasa susu deorang, mesti tahu beza dia macam mana dengan yang lain. Banyak beza tau. Buat pulak susu ni semua asli dan original dari New Zealand. Ha, tak dapat kesana, minum susu sana pun jadi lah kan.


Lembu di ladang Fernleaf dijaga macam VVIP. Deorang dilepaskan meragut rumput secara bebas, minum air bersih, makan rumput segar yang berkualiti, hidup dalam kehidupan yang kurang stress dan dalam cuaca yang just nice untuk lembu menghasilkan susu yang berkualiti.

New Zealand pula memang diketahui dengan tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang best. Bila kurang stress lembu ni, barulah deorang dapat hasilkan susu segar yang banyak untuk kita.

 

Di rumah, memang saya gunakan banyak susu UHT daripada susu pekat. Nak buat air teh dan kopi pun saya pakai susu UHT sebab lebih kurang gula dan sihat. Selain tu, selalu juga saya buat milkshare menggunakan susu UHT Fernleaf dan kisarkan dengan pisang atau Strawberry.

Menu ni senang je nak buat dan memang akan mengenyangkan. Kira tahanlah perut sampai ke makan tengah hari. Sebab kalau kisar, memang pekat shake tu. Suka sebab menu ni semua simple- simple dan tak makan banyak masa.

Ye lah, kadang-kadang kita terlajak tidur, dan suami pun nak pergi kerja dah. Alhamdullilah suami pun suka. Antara menu lain yang selalu saya buat adalah:

1. Susu UHT Coklat Fernleaf dan buah-buahan. 

 

2. Susu UHT Coklat Fernleaf dengan telur dadar/ omelette.

3. Susu UHT Fernleaf dengan telur separuh masak.

4. Susu UHT Fernleaf dengan roti bakar/ sapu jem.

5. Susu UHT Coklat Fernleaf bersama granola, yogurt, madu dan buahan.

  

Tips keluar rumah:

Bawa susu UHT Fernleaf dalam beg. Selalunya memang saya bawa sebab tak tahu mood lapar tu datang masa bila. Kadang-kadang takde pulak kedai nak makan. Disebabkan susu Fernleaf ni kaya dengan pelbagai nutrient maka, dia boleh bagi tenaga yang pantas dalam satu kotak.

Sebab banyak kandungan nutrient dalam susu Fernleaf, saya panggil susu kotak ini sebagai makanan tambahan untuk saya. Satu kitak kecil 200ml ini kaya dengan kalsium, protein, vitamin A dan vitamin D untuk badan kita. Power kan.

Bawak susu dalam beg pergi gimnasium

 

Banyak kali juga Susu UHT Fernleaf ni selamatkan saya. Ye lah, kadang-kadang kita nak cepat dan tak ada masa nak prepare makanan nak keluar rumah. Ataupun, takut lapar di tengah jalan, jadi saya memang akan bekalkan 2 kotal susu dalam beg untuk suami dan saya.

Tips untuk korang yang selalu redah jem semasa pergi atau balik kerja, tapau je sekali dengan susu Fernleaf. Boleh alas perut yang tengah lapar sementara sampai ke destinasi. Saya selalu buat macam ni, kang lapar sangat hilang mood nak bekerja.

Jalan jam, sedap alas perut sambil minum susu Fernleaf


Dah rasa susu UHT Fernleaf? Kalau belum pegi lah rasa dah beza sendiri dengan susu lain macam mana rasa dia. Rasa pekat dan tak muak dia tu, 100% Mmmmm.

Oh, macam yang korang baca, fav saya mestilah susu coklat. Selain tu, Fernleaf juga ada variasi susu lemak berkrim, susu rendah lemak dan susu coklat. Korang boleh dapatkan susu ini dalam saiz kotak 1litre atau 200ml.


Fernleaf Malaysia
Website: www.fonterra.com/my/ 
Facebook: www.facebook.com/fernleafmalaysia
Instagram: www.instagram.com/fonterra.my



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS