Terengganu Part 2: Pulau Redang

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Dah lama sebenarnya saya nak ke Pulau Redang, Alhamdullilah baru ada rezeki nak ke sini. Pulau Redang terletak lebih kurang 45Km jauh dari Kuala Terengganu sememangnya antara pulau yang tercantik di dunia.

Pulau Redang telah diiktiraf sebagai Taman Laut Malaysia pada tahun 1985 dan terdapat lebih daripada 55 jenis terumbu karang dan 100 spesis ikan disini.  Pulau ini juga merupakan antara pulau yang terbesar di Malaysia.

Terdapat beberapa gugusan pulau disekeliling Pulau Redang antaranya: Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kechil, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kechil and Pulau Lima.

 


Perjalanan ke Pulau Redang.

Nak datang ke Pulau Redang, korang kena rancang betul-betul. Senang kata sebelum datang kena pastikan korang dah tempah hotel dan bot nak pergi sebab Pulau Redang bukan macam Langkawi yang senang jumpa hotel.

Selalunya kebanyakan resorts akan tawarkan pakej untuk korang datang. Macam saya, prefer pakej daripada Laguna Redang Island Resort sebab ambil pakej dari mereka memudahkan banyak benda. Tak payah fikir bilik, aktiviti dan bot macam mana.

Harga tiket belum termasuk RM5 seorang untuk masuk ke taman laut.



Ada beberapa jeti yang sediakan bot untuk ke Pulau Redang, tapi yang paling hot adalah di Jeti Shahbandar. Korang boleh telefon agen atau walk in disini untuk dapatkan tawaran terkini. Macam saya dah tempah direct dari Laguna Redang Island Resort, semua dah siap.

Kalau korang datang sendiri, harga tiket untuk ke Pulau Redang adalah RM35.00 sehala untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak. Boat boleh dapat setiap hari bermula dari jam 8 pagi.



Perjalanan ke Pulau Redang dengan menaiki bot dari Jeti Shahbandar mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Duduk je kat mana yang kosong, macam saya suka duduk di luar sebab dapat tengok kecantikan laut di Terengganu.

Nak duduk di luar, wajib pakai jaket keselamatan. Tips: Jangan lupa ambil gambar di tingkat atas. Kat situ boleh ambil gambar di hadapan boat. Boleh nampak Pulau Redang dari jauh.

Dalam gambar dibawah, boleh nampak Pulau Redang.



 Sampai di Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang.

Untuk pengetahuan korang, semua pakej di Laguna Redang Island Resort adalah termasuk bot pergi-balik, bilik penginapan, trip snorkeling, sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Pakej yang paling hot adalah 2 hari 1 malam, dan 3 hari 2 malam.

Tapi, yang jenis nak datang dah rileks di sekeliling resorts, boleh saja amik pakej yang sediakan bilik dan sarapan je. Ikut la korang nak yang mana. Lagipun, di resort ni banyak aktiviti menarik yang ditawarkan. Sure takkan boring.


Selepas sampai di jeti persendirian Laguna Redang Island Resort, korang akan disambut dengan paluan kompang atau dengan senyuman mesra staff kat sini. Deorang memang sangat mesra dan membantu kalau kita tanya apa-apa.

Lepas tu, akan ada briefing tentang apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat di Pulau Redang. Kira macam taklimat lah, sebelum korang naik kenderaan yang akan bawa korang je lobi resort. Beg semua akan ada kat lobi.




Check in bilik Deluxe Garden di Laguna Redang Island Resort.

Sampai je di lobi, setelah check in, kami diberikan kunci bilik. Kunci dapat satu je, tapi boleh minta lebih, tanpa cas tambahan. Pakej yang saya ambil dah senang. Tak payah nak fikir pasal makanan kerana semua disediakan, 3 kali makan untuk pakej 2 hari 1 malam macam saya.

Sampai je di bilik, saya hampir menjerit excited sebab bilik lawa!



Walaupun pakej yang paling murah, tapi bilik ni besar, cantik dan bersih. Paling penting, tak ada pasir pun dalam ni. Dah tu, siap ada katil extra kalau korang datang 3 orang. Katil tu pun besar, jadi tak payah nak stress kalau membe tidur ganas.

Paling saya suka sebab semua kemudahan asas dah ada dalam bilik. Senang tak payah nak bawa banyak barang. Seterika, pengering rambut, ubat gigi, sabun dan syampu mandi, tuala, peti sejuk, set teh dan kopi, dan air mineral.



Masa ambil pakej, saya dah diberikan bilik Deluxe Garden. Bilik ini walaupun dapat permandangan garden, tapi dekat saja dengan pantai. Jalan kaki tak sampai 5 minit. Suka saya berjalan kat resort sebab semua cantik.

Malam-malam duduk minum teh di beranda sini pun layan. Lagi seronok sebab saya dapat roomate yang sangat sporting. Senang nak melepak dan berborak.




Menarik di sekitar Laguna Redang Island Resort

Siapa yang rancang untuk datang ke Pulau Redang, disini sesuai untuk mereka yang nak datang dan rileks. Saya suka lokasi Laguna Redang Island Resort yang tak terlalu ramai orang dan lebih jauh daripada resorts lain.

Lepas tu, resorts ni pun besar dan banyak aktiviti yang ada. Senang kata, akan jarang lah korang untuk duduk dalam bilik je. Kalau datang dengan suami saya, mesti dia nak tidur di tepi pantai je.

Waktu malam di Laguna Redang Island Resort pun tak bising sangat walaupun ada aktiviti malam seperti makan malam BBQ, kareoke di bilik yang disediakan dan bar (untuk non-Muslim). Malam kat sana, selepas makan saya berjalan di pantai sebelum balik tidur.



Resort 4 bintang ini boleh tahan menarik fasiliti yang ada. Saya ingatkan kalau resort di atau pulau tiada kolam renang, tapi kat sini bukan sahaja ada kolam renang, malah jakuzi pun ada. Selain itu, ada juga bilik kareoke, bilik perubatan, ruang internet dan kedai cenderamata.

Tengah hari saya sampai kesini, memang rehat di kafe sambil makan keropok lekor. Rasa rileks sangat sampai nak terlelap, sedap dengan angin laut lagi. Petang sikit baru turun ke laut.



Kalau datang ke Pulau Redang memang takkan bosan. Bukan sahaja korang dapat menikmati keindahan laut yang cantik disini, malah korang juga boleh mencuba aktiviti darat dan laut yang Laguna Redang Island Resort sediakan.

Ada memanah, jungle trekking, telematch, volleyball, bola sepak pantai, sunset cruise, trip memancing, trip mencandat sotong, snorkeling dan sewa bot untuk ke mana-mana pulau. Pergi je ke Recreation Centre untuk usha pakej dan harga yang ada.



Mandi & Rendam Kaki di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.

Rugi sangat kalau menginap di Pulau Redang tapi tak berjalan disekeliling pulau ni. Korang tahu tak, korang boleh berjalan dipersisiran pantai untuk cover seluruh Pulau Redang. Memang besar, tapi kalau berjalan sambil tengok permandangan cantik, tak terasa jauh.

Jangan lupa juga untuk mandi dan ambil di pantai ni sebab pantai ni cantik dan bersih. Tak tipu bila saya cakap air tu jernih sampai boleh nampak ke pasir. Pasir pun halus dan putih. Itu sebab penyu suka bertelur kat sini.



Snorkeling di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu.

Untuk ikut aktiviti snorkeling, korang kena daftarkan diri di pusat rekreasi. Snorkeling trip ke Marine Park adalah pada jam 9.30AM dan 3PM setiap hari (tertakluk kepada keadaan laut). Satu kali trip snorkeling adalah RM40.00, harga belum termasuk alat snorkeling.

Selain tu, ada juga trip snorkeling di pulau kecil di sekeliling Pulau Redang. Korang kena sewa bot untuk kesana. Harga boleh semak di pusat rekreasi. Kalau datang dalam kumpulan dengan keluarga atau kawan-kawan make sure buat ni tau.

Mask +Snorkel: RM15.00
Life jacket: RM15.00


 

In case korang taknak pegi snorkeling di Marine Park, boleh je sewa alat snorkeling tu untuk pergi mandi dipantai sekeliling resorts. Cantik juga. Cuma rugi lah sebab di Taman Laut ni banyak ikan dan terumbu karang.

Ikan pun jinak kemain. Nampak je kami bawa roti, kerumun sekeliling orang sebab mereka tahu boleh makan percuma. Ikan kecil dan ikan besar semua ada. Suka tengok warna dan spesis ikan disini sebab cantik-cantik. Baby shark takde ok.





Pulang ke Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu.

Lepas dah check out dan makan tengah hari semua, dalam pukul 1PM, kami pun bergerak pulang daru Pulau Redang ke Jeti Shahbandar, Terengganu. Itu yang saya suka bila duduk kat Laguna Redang Island Resort sebab deorang ada boat private.

Untuk bot pulang ke tanah besar, ada 2 kali pada satu hari. Trip pertama adalah pada jam 9AM dan Trip kedua adalah pada jam 11.30AM. Kalau korang datang dalam kumpulan besar, boleh je arrange dengan pihak resort pasal bot.

 

Dah sampai tanah besar, kami memang rancang untuk cari kedai yang menjual hasil makanan laut seperti keropok lekor, keropok ikan, satar, otak-otak dan banyak lagi. Kedai macam ni banyak je kat area Kemaman. Cuma kena ikut jalan dalam.

Siapa sangka, untuk trip ke Terengganu, saya habis dekat RM200 untuk makanan sahaja. Haha



Pakej 2 hari 1 malam: Harga bermula dari RM350.00++/ seorang.
Pakej 3 hari 2 malam: Harga bermula dari RM550.00++/ seorang.

Nota: Pulau Redang ditutup bermula akhir Oktober sehingga Mac pada setiap tahun kerana musim monsun. Jangan lupa plan betul-betul ya.

Laguna Redang Island Resort
 Pasir Panjang, Redang Island, Malaysia.
Contact: 09-6307888
Website: www.lagunaredang.com.my

Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Contact: 012-9888907



Lastly, terima kasih kepada pihak Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) kerana menjemput saya untuk sertai program MITA Tourism Productivity Day & Showcasing Tourism Products di bawah projek Tourism Productivity Nexus.

Baca juga tentang: Terengganu Part 1:Kuala Terengganu.

Till then,

Post a Comment

18 Comments

Ezna Khalili said…
Teringin nak melancong ke Pulau Redang ni tapi kena pergi bukan musim laut bergelora la kan. Cantik sangat tepi pantai dia. Nampak bersih sangat. Nak jugak gi snorkeling dengan ikan2.
Lin Liena said…
Bila baca baca entry ni teringin plk nak ke pulau redang...bestnyer lahai..tw awak share pengalaman kat sana..bolehlah jadi panduan nnt
Emi said…
Lama gila dah tak pergi pulau redang ni. Last pergi rasanya masa darjah 6, hehe. nanti nak plan trip ke sana la dgn member2.
cre8tone said…
wow! makes me feels like wanna go pulau redang and get some vitamin sea.. looks great the vacation..
wa such a nice trip babe! I miss Pulau Redang a lot. but I scared the boat ride too haha. maybe I need to plan to visit there again one day
Wahhh bestnyerr, kalau saya nak datang dengan kawan2 dulu sebab nak nikmati aktivi yg banyak2 tu tanpa gangguan..next trip br dgn family hahaha
sitirohaida said…
Teringin sangat nak gi pulau redang. Pemandangan pulau yang cantik, boleh hilangkan stress kan..
Mimie said…
Teringin juga nak pergi Pulau Redang sebab pantainya yang cantik. Boleh berennag dengan ikan. Banyak juga aktiviti kita boleh buat kat Pulau Redang. Nanti nak juga bercuti kat sini.
Mahamahu said…
Bestnya rindu lah lama kita tak pergi duduk kat pulau maacm ni heheheh kalau dapat pergi lagi nak tengok ombak dan juga nak rasa ketenangan hehehehe...
Cantiknya Pulau Redang. Laguna Resort pun cantik dan nampak selesa. Thanks awak sebab kongsikan apa yang menarik kat sana.
AlongMurni said…
Wahh!! Menariknya program anjuran Mita nie.. best dapat jenjelan di tepi pantai.. mendamaikan dan memberikan seribu inspirasi dan ilham utk berkarya..
Cik Min said…
Bestnya..rindu pulau redang heheh..kak min sejenis suka pulau2 n laut2
Syamimi Saad said…
Wow.. Bestnya.. Patut la orang suka ke sana. Pulaunya memang cantik. Teruja juga tengok bilik yang cantik macam tu. 2hari 1malam rasanya macam tak puas.
Faries said…
Cantiknya pulau redang.Belum ada rezeki lagi nak kesini.Tenang je tengok laut biru. Cantik juga btw laguna resort tu.Harap ada rezeki nak kesini.
nikkhazami said…
best la pulau redang. dapat tengok gambar di internet je.. belum pernah jejak kaki ke sana. macam2 boleh buat kat sana
cindy said…
i miss redang...dah bertahun tak visit..nampaknya still cantek...
Alia Farhan said…
Wowwww..cantiknyaaa..seriously kita tak pernah jejak lagi Pulau Redang..teringinnya nak pi...ingat nanti nak ajak husband ke sini la...resort tu pun cantik jugak
Lia Hasty said…
Tak pernah sampai lagi Pulau Redang. Tapi teringin juga nak datang sini nak tengok sendiri pulau dan laut dia kan.

FOLLOWERS