Laman Web Pusat Pungutan Zakat Lebih Interaktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Zaman sekarang dah serba moden. Banyak teknologi yang dicipta untuk membantu memudahkan urusan manusia. Dalam Islam pun menyokong benda yang memudahkan urusan manusia. Malah, kewajipan berzakat pun mudah sebab boleh bayar secara dalam talian.

Khas untuk warga Wilayah Persekutuan, mereka kini boleh membayar zakat melalui laman sesawang Pusat Pungutan Zakat (zakat2u.com.my) pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tak payah nak bersesak pergi bayar di pusat zakat.


Apa itu Zakat dan pengertiannya:

Zakat dari segi bahasa beerti bersih, subur dan berkembang. Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Kadar Zakat

2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat. Nak kira mudah saja dengan menggunakan fungsi kalkulator zakat di laman web zakat2u.com.my

Pelancaran lawam web zakat2u v4 disempurkanoleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, selari dengan moto mereka, "PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat", maka tercetusnya idea untuk mewujudkan saluran ini sejak dari Ramadhan tahun 2011 lagi.

Baguslah mereka ada usaha macam ni, selari dengan kemajuan di dunia sekarang. Tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh bayar zakat secara online je dan laman web zakat2u 4.0 adalah merupakan versi yang telah dinaiktaraf fungsi dan sistemnya.


Saya dah tengok laman web zakat2u versi 4.0 ni. Lebih menarik, interaktif, mudah dan maju daripada sebelumnya. Paling best, nak bayar zakat pun mengambil masa dan proses yang sekejap saja. Sesuai sangat dengan orang zaman sekaranag yang keje sibuk je.

Cara nak membayar zakat di laman web zakat2u.com.my adalah sangat mudah:

1) Buka laman web zakat2u.com.my,
2) Niat dalam hati atau secara lafaz,
3) Bayar jumlah yang telah dikira,
4) Dah siap!

Prose pun tak sampai 10 minit sebab sistem dah dinaiktaraf. Takde lah slow macam memula dulu nak pakai. Paling suka dengan fungsi kalkulator zakat sebab saya selalu lupa nak kira zakat macam mana.


Laman web Zakat2u versi 4 menawarkan beberapa update terkini yang memudahkan pengguna mereka untuk membayar zakat. Antaranya:

1) Pengiraan kalkulator zakat secara automatik,
2) Membayar zakat lebih dari satu transaksi dengan Troli Zakat,
3) Penggunaan resit rasmi melalui bayaran online sepenuhnya,
4) Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai membayar zakat,
5) Integrasi pembayaran zakat melalui interaksi chatbox FB Messenger,
6) Video tutorial panduan mengira zakat.


Hukum zakat adalah wajib ya bagi yang mampu. Banyak hikmah kita bayar zakat ni. Selain daripada mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah, boleh juga membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam hidup mereka.

Dengan cara ini boleh memupuk sifat syukur dan nikmat dan juga mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan orang kurang berada.


 Untuk maklumat lanjut:
Talian Zakat: 1-300-88-5757
Laman wwb: zakat2u.com.my

Till then,

Post a Comment

3 Comments

Sally Samsaiman said…
senang je terus boleh print resit! nak attach tax pun senang! yeay! Tahniah PPZ-MAIWP!
Wahhh penjelasan sangat jelas. Semoga semua kita ni ada kesedaran Bayar zakat kannn
linda sempoi said…
da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

FOLLOWERS