Pengalaman Mencuba Rawatan Sulam Bedak Korea

Hai dan Assalamualaikum beautiful!

Zaman sekarang ni banyak sangat rawatan kecantikan yang ada. Dah 26 tahun ni baru saya tahu, betapa pentingnya untuk menjaga kulit muka sejak dari awal. Kalau tak jaga, nanti masa tua baru nampak kesan dia. 

Saya nak share dengan korang tentang rawatan facial yang baru saya buat haritu di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Antara sebab saya memilih spa ini adalah sebab spa ni terletak di Alam Damai Cheras, dah dekat sangat dengan kawasan rumah saya.

 Pengalaman Mencuba Rawatan Sulam Bedak Korea di The Beauty Expert Academy Spa Cheras.


Spa ini khas untuk muslimah, tak campur dengan lelaki. So, yang mencari spa muslimah di kawasan Cheras atau spa muslimah di kawasan Kajang, The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah pilihan yang tepat sebab mereka menawarkan servis spa terbaik di Alam Damai Cheras.

Bukan senang tau nak jumpa spa area Cheras ni, buat pula nak jumpa spa yang buat facial murah di Alam Damai Cheras. Nasib baik The Beauty Expert Academy Spa Cheras ada menawarkan rawatan sulam bedak di Cheras.

Tak keterlaluan saya nak cakap The Beauty Expert Academy Spa Cheras merupakan spa paling best di Cheras sebab bukan sahaja menawarkan banyak pilihan rawatan, malah staff pun mesra dan sangat informatif, sesuai dengan harga yang mereka tawarkan.



Nak mencari The Beauty Expert Academy Spa Cheras tak susah pun, hanya Waze sahaja dah jumpa. Lokasi parking pun banyak walaupun kawasan ni macam sesak sikit. Paling penting nak parkir percuma dan tak perlu kupon.

Yang datang dengan pasangan, suami ke, boyfriend ke, atau kawan yang tak buat, deorang boleh tunggu dekat kawasan ruang tamu. Memang ada disediakan tempat menunggu. Atau kalau tidak pun, kat bawah ada banyak kedai makan.

Sebelum datang, saya ada buat temu janji untuk mencuba Rawatan Sulam Bedak/ Korean BB Glow. Sampai je, saya disambut dengan layanan mesra staff kat sini. Semasa mengisi borang pendaftaran, staff ada terangkan serba sedikit mengenai rawatan yang saya pilih tu.

 

Rawatan Korean BB Crystal Treatment/ Sulam Bedak

Rawatan Korean BB Crystal Treatment atau dikenali dengan nama Sulam Bedak ini merupakan satu rawatan kecantikan wajah yang sedang trending di Korea. Rawatan Sulam Bedak ini mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan.

Kesan Sulam Bedak yang sesi-kekal ini mampu bertahan selama 2-3 bulan. Kira okay la tu kan, sekali pergi facial tahan beberapa bulan. Rawatan ini pun menggunakan produk dari bahan yang organik dan Halal dan InshaAllah sah wuduk.

Selalunya, mereka yang mengalami masalah seperti pigmentasi, kulit muka kusam, parut yang tidak sekata, pori muka yang terbuka, sunburn, bekas jerawat, garis halus atau kulit muka yang tak tegang boleh cuba rawatan sulam bedak ni.


Antara sebab kenapa saya pilih The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk buat rawatan Sulam Bedak (BB Glow) adalah kerana:

1) Harga yang sangat berpatutan. Harga rawatan Sulam Bedak bermula serendah RM99 sahaja!
2) Kesan rawatan yang serta-merta. Lepas habis rawatan je boleh terus nampak kesan glowing dia.
3) Mereka menggunakan produk yang berkualiti, organik, selamat dan mesra wuduk.


Sebelum rawatan dimulakan, korang perlu tukar baju kepada pakaian yang disediakan. Pakai je pakaian yang diberikan tu sebab rawatan Sulam Bedak ni siap ada dengan urut leher dan bahu. Lagipun senang dan takut baju kotor terkena mask atau krim.

Step 1: Membersihkan muka dengan Cleansing Milk

Dah selesai tukar baju, sesi dimulakan dengan membersihkan muka dengan cleansing milk. Masa ni beautician tu akan bersihkan muka korang daripada semua solekan yang ada pada muka. Kena cuci bersih barulah semua serum tu senang meresap.

Tips saya: Sebelum pergi lebih baik tak payah makeup. Seeloknya datang muka bersih supaya mudah. Lepas siap rawatan, then makeup. Senang.


Step 2: Diamond Scrub

Selesai membersihkan muka, staff beautician akan scrubkan muka kita. Proses ini dilakukan untuk membuang sisa makeup, kulit mati pada muka. Lagi bersih, lagi bagus. Dah skrub barulah senang nanti nak buang white/ black-head.

Suka dengan proses ini sebab mereka menggunakan skrub yang tak kasar pada muka. Siapa kulit muka yang sensitif pun boleh buat sebab tak sakit, gentle dan wangi pulak tu. Bila ditanya, handmade rupanya skrub ni.



 Step 3: Extraction whitehead & blackkhead

Kalau pergi memana facial, ini step yang paling saya suka. Kadang-kadang kita tak nampak whitehead dengan blackhead ni kat muka, tapi bila deorang picit je, punyalah banyak yang keluar.

Masa datang haritu, muka saya memang tengah ada masalah. Penat travel, makan tak betul, tidur tak betul dan cuci muka tak betul, maka meriah jerawat naik. Walaupun perit nak tahan jerawat kena picit, tapi puas hati tengok muka bersih.


Tengok merah-merah dan berdarah muka saya kena picit. Tapi yang bestnya, selesai je rawatan, muka langsung tak merah. Malah nampak lebih bersih dan elok je. Cara mereka picit pun bukan pakai kuku macam sesetengah beautician buat, sini deorang gentle.

Recommended la. Saya sure akan datang untuk buat extraction kat sini lagi.


Optional: Lifting LED Detox

Okay, disebabkan haritu muka saya macam banyak sangat toksin (Baca: Tidur tak betul, makan tak betul, tak bersihkan muka dengan betul, hormon tak betul), maka beautician tu sarankan untuk saya mencuba rawatan Lifting LED Detox sebelum sulam bedak.

Lifting LED Detox merupakan satu rawatan menggunakan lampu LED Unggu dan Merah. Warna lampu LED ini ada fungsi yang tersendiri. Adalah mereka menggunakan serum khas, LED Sport Plus Essence Diamond untuk proses ni.

LED Unggu untuk memulihkan dan mengimbangkan kandungan air di muka dan membantu memutihkan kulit. Manakala LED Merah pula adalah untuk fungsi menegangkan kulit.


Masa proses ini, staff tu buat sebelah muka dulu untuk tunjukkan kepada saya perbezaan. Memang nampak ketara beza dia. Tak sangka muka boleh nampak sembap dan bengkak sebab kandungan air yang tak stabil. Ingatkan sebab lemak banyak kat muka. Haha

Lepas puas hati, mereka teruskan rawatan ni. Yang best lagi, bukan sahaja dia buat kat kawasan muka je, leher pun dia buat sekali. Bagus betul staff kat The Beauty Expert Academy Spa Cheras.



Step 4: Sulam Bedak

Antara kelebihan rawatan sulam bedak ini adalah: Meneutralkan radikal bebas pada kulit, memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat, mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata dan banyak lagi.

Seperti nama dia, 'Sulam Bedak', proses dia lebih kurang macam mereka sulamkan bedak/ serum tu kedalam kulit korang. Semasa rawatan, mereka menggunakan Micro Needle untuk membantu memasukkan organic skin colour ampoules kedalam kulit kita.

Sulam Bedak tidak akan menutup pori-pori muka macam kita pakai foundation ya.


Proses dia rasa macam ada jarum kecil mencucuk-cucuk kedalam kulit muka. Nak kata tak sakit tu, tipu lah, memang agak sakit sebab tajam walaupun jarum halus. Tapi kesakitan tu masih boleh tahan lagi dan proses dia pun tak lama pun.

Walaupun proses Sulam Bedak ni pakai jarum halus tu, tapi selepas rawatan siap tak ada pun kesan luka atau kemerahan kat muka saya. Maksudnya, jarum yang dipakai tu memang halus dan hanyalah dipermukaan kulit wajah sahaja.


Step 5: Pearl Mask Cream, Eye Mask, Lip Mask & Hot Stone

Proses terakhir ni paling best dan sedap. Haha. Lepas pedih muka kena sulam bedak, mereka sejukkan dengan homemade cooling mask. Rawatan yang saya pilih ni siap percuma dengan mask mata dan mulut juga.

Lagi seronok, siap ada urutan kepala, leher dan bahu lagi. Habis urut masa nak tunggu mask kering tu, mereka siap letak hot stone untuk tenangkan dan hilangkan ketegangan di bahu. Best sangat.



Mereka di The Beauty Expert Academy Spa Cheras menggunakan produk yang mengandungi bahan yang Halal dan organik. Antara kandungan dalam serum/ Skin Colour Ampoules yang disapu pada wajah adalah: 

Bahan dalam Sulam Bedak/ Dermadics Mesowhite:

Hyaluronic Acid, Vitamin C, Micro encapulated Diacetyl Boldine, Manganese Titanium Dioxide (TiO2), Narcissus Organic Extract, Brassica napus seedcake extract, Hyaluronic Acid 50 kDa.


Nah dibawah, saya sertakan juga gambar muka saya selepas 2 minggu rawatan sulam bedak di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Walaupun saya pergi ke trip yang kena terik matahari dan trip di tempat sejuk, kulit masih maintain je.

Cuma sekarang kulit tengah mengelupas sikit, tapi masih lagi nampak elok dan bersih. Satu benda yang saya suka selepas buat rawatan sulam bedak ni, saya dah tak payah makeup sangat masa nak keluar sebab kulit dah nampak berseri dan sihat :D


Spa muslimah terbaik di Alam Damai Cheras ini juga turut menyediakan rawatan kecantikan lain selain daripada rawatan Sulam Bedak, seperti:

- Rawatan muka
- Rawatan badan
- Urutan dan mandian
- Rawatan BB Glow
- Rawatan 'Lady Boss'
- Pakej ibu bersalin
- Pakej spa untuk bakal pegantin
- Pakej eksklusif untuk pegantin   

Waktu operasi: 
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM), Sabtu & Ahad (10AM-6PM)


The Beauty Expert Academy Spa Cheras
 No 14B, Jalan Suadamai 1/2, 
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.

Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Instagram: www.instagram.com/thebeautyexpertcheras


Psst! Dengar cerita The Beauty Expert Academy Spa Cheras tengah buat promosi sempena dengan bulan Ramadhan dan Syawal nanti, siapa nak cuma tu boleh pergi usha FB atau IG deorang untuk tahu promosi terkini.


UPDATE TENTANG HUKUM SULAM BEDAK

Saya refer daripada Instagram PU Azman tentang hukum sulam bedak:
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/

Sulam bedak tidak sama dengan tatoo kerana ia tidak kekal. Soal penggunaan jarum mikro yang menyakitkan hal ini tidak menjadikan haram secara keseluruhan kerana teknik boleh berubah.

Berdasarkan syarat-syarat yang Cik Man nyatakan di atas, yang juga menjadi isi perbincangan sebahagian ilmuan di atas meja mufti, maka sulam bedak adalah HARUS.




With love,

Post a Comment

34 Comments

Fiza Aizzawa said…
Macam tu rupanya proses sulam bedak. Mmg nampak kesan lepas buat treatment..
Ai nee said…
Halal ke? Sbb ramai yg kata haram sulam bedak ni
Bahan ampule yang deorang gunakan inshaAllah Halal, dan rawatan 'sulam' tu sendiri tak haram sebab dia bukan masukkan jauh ke dalam kulit, hanya di epidermis sahaja. Kalau rawatan vampire facial, itu haram.
Aa, memang nampak instant kesan pemutihan tu.
umminani said…
Kalau kak dengar ustazah asma harun cakap ianya haram. semoga ada pandangan yg jelas untuk kita sama2 ke syurga Allah
Julie22 said…
Sulam bedak ni tutup pori2 muka kan? Amcm air wuduk nak lalu? Sah ke solat kalo wuduk x lalu pori2 muka?
Julie22 said…
Sulam bedak ni tutup pori2 muka kan? Amcm air wuduk nak lalu? Sah ke solat kalo wuduk x lalu pori2 muka?
Unknown said…
Salam dik..sila baca bloger tangan gebu perihal sulam bedak ni..adik sendiri ada terangkan dia guna microneedle..org buat tatoo pun guna cara yg sama..hati2 dik
Unknown said…
Salam dik..sila baca bloger tangan gebu perihal sulam bedak ni..adik sendiri ada terangkan dia guna microneedle..org buat tatoo pun guna cara yg sama..hati2 dik
Sha said…
Serum tu tak menutup pori2 pon .bukan foundation. Sy sendiri pernah buat dan tak rase pon air wuduk tu tak menyerap ke kulit. Kalau sulam bedak ni haram, mesti rawatan dermapen tu haram jugak kan.
Wallahualam.. Klu menggunakan dermapen nano x haram sbb x menyakitkan.. Lg satu bahan dlm serum/ampoule ke kna cek ada bahan terlarang atau x.. Besa guna organic lg selamat.. Haram ada laa kerana bahan² nya Dan dermapen menggunakan microneedle kerana menyakitkan kan Dan menembusi kulit.. Ni dah kna pgil semi permanent make up.. Lain kali sila pastikan mna² spa menggunakan dermapen nano round.. Sekian~
Narnia said…
Boleh pm saya tak, nak tanya berkenaan sulam bedak.
Hamba Allah said…
HARAM..adoi..nk cantik pun pk la halal ke haram..wuduk tak sah..mandi hadas pun tak sah...sbb bahan tu masuk dlm kulit camne air nk kena kulit kita sebenarnya..
Unknown said…
Ade pnah sembang dgn org yg btul2 pegi kursus sulam bedak ni aritu..dorg ajar sebenarnye ad 2 method yg digunakan dlm sulam bedak ni..ade yg water base dgn oil base..yg oil base tu yg haram sbb xsah wudhu or mandi wajib..selalu nye spa akn bgtau..Wallahualam..
Hamba Allah said…
Salam dik. Sebelum buat apa2 kene refer pakar. Bukan sahaja pakar estetik, pakar agama juga. Sulam bedak dikira 'semi-permanent' mekap. Haram dik. Jangan menghalalkan cara. Tiada benda diolah yg organic.
Fatin said…
Saya rasa sulam bedak ini haram kerana apabila saya Google berkenaan sulam bedak tiada siapa yang berkata ianya dah digunakan untk solat. Lagipula isi kandungan BB itu tidak pernah diiktiraf selamat oleh badan tertentu di luar negara mahu pun Malaysia mengikut satu sumber. Semoga kita semua mendapat hidayah Allah.
Unknown said…
Boleh pakai skincare x lepas buat rawatan sulam bedak?
Unknown said…
nak tahu hukum sila rujuk yang pakar hukum hakam senang kata yang mengaji la.. contohnya ustazah asma harun pandangan beliau tentang hal ni.jangan kita rujuk orang yang buka spa sbb hukum hakam tu bukan bidang kepakaran diorang.
Mira Nazir said…
https://tangangebu27.blogspot.com/2019/04/fakta-sulam-bedak.html?m=1

Bagi siapa2 yg teringin nak buat bendalah ni, mohon sgt2 baca artikel ni dulu terutama yg Muslim.
Travel lover said…
PU Azman ckp tak haram
Travel lover said…
https://contentmedia23.com/cik-man-bukan-nak-pr0mote-orang-buat-sulam-bedak/
Travel lover said…
Link tu penerangan lengkap dari PU Azman
terima kasih :)
Ni link PU Azman cakao kan: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/
Salam sis. Saya dah cari refer dari pakar Agama.
Ni link PU Azman dengan sokongan mufti sahkan tentang hukum sulam bedak.
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/
Saya dah refer ke pakar Agama.
Ni link PU Azman dengan sokongan mufti sahkan tentang hukum sulam bedak.
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/

Saya ada juga update tentang hukum dia pada blogpost. Terima kasih.
Lepas buat better jangan pakai apa2 lagi. Biar dalam 2-3 hari free, then baru pakai balik skincare.
Saya dah cari refer dari pakar Agama.
Ni link PU Azman dengan sokongan mufti sahkan tentang hukum sulam bedak.
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/
Saya dah cari refer dari pakar Agama.
Ni link PU Azman dengan sokongan mufti sahkan tentang hukum sulam bedak.
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/

Tentang ingredient pula, spa ni pakai kolagen/ serum ikan. Bahan terkandung boleh refer yang saya tulis dan boleh buat kajian sendiri. Terima kasih.
Saya ada tulis pasal ingreditn kat bawah tu. Boleh refer ya.
Ni link PU Azman dengan sokongan mufti sahkan tentang hukum sulam bedak.
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/
Salam.

Saya dah refer ke pakar Agama.
Ni link PU Azman dengan sokongan mufti sahkan tentang hukum sulam bedak.
Link: www.instagram.com/p/B5cyDL0prCM/
Unknown said…
Tidak menutup Pori Pori kulit
Anonymous said…
Netizen lagi bijak agama dari para ilmuan Islam. 🤣🤣🤣
Unknown said…
lpas sulam,boleh basuh muka ka?

FOLLOWERS