Promosi Pembukaan Cawangan The Chicken Rice Shop yang ke-100

Hai dan Assamulaikum korang,

Haritu, saja kami suami isteri bawa ayah dan mak mertua jenjalan ke IOI City Mall Putrajaya. Deorang pun memang dah lama tak jenjalan sampai kesana. Rezeki pula kami lapar tak makan tengah hari lagi, sekali nampak promosi dari The Chicken Rice Shop.

Rupa-rupanya mereka sedang ada promosi sempena dengan pembukaan cawangan mereka yang ke 100. Alang-alang memang kami suka makan nasi ayam kat sini, maka kami pun makan kat sini. Yang bestnya, walaupun orang ramai, servis tetap laju.

Sempena dengan pembukaan outlet The Chicken Rice Shop (TCRS) yang ke 100, TCRS mengadakan promosi #JomSamaSamaMakan di 10 cawangan TCRS yang terpilih pada 1-5 Julai 2019. Tahniah saya ucapkan kepada TCRS atas pembukaan cawangan ke 100!


Promosi #JomSamaSamaMakan TCRS hanya berlangsung pada 2- 5 Julai 2019 pada jam 12.30PM-1.30PM di 10 cawangan yang terpilih sahaja.

10 cawangan TCRS yang terpilih adalah:
1. IOI City Mall,
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central i-City
5. Aeon Mall Shah Alam
6. KL Gateway,
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. Subang Parade
10. Sunway Putra Mall.

1 Julai 2019: 100 Freebies TCRS!
Khas untuk 100 meja yang pertama pada jam 12.30Pm-1.30PM di 10 outlet yang terlibat, mereka akan menerima barangan eksklusif TCRS bila korang makan di TCRS pada masa tu.

Barang eksklusif TCRS yang saya dapat pada 1 Julai haritu adalah: 
The Chicken Rice Shop’s Cooler Bag, T-shirt The Chicken Rice Shop’s Special 100 Outlets dan Baucar The Chicken Rice Shop’s Single Combo Meal.


2 - 5 July 2019: RM10 untuk 2 Set Single Combo Meal!
Kalau korang datang dan makan di TCRS dengan minima 2 orang dimana-mana antara 10 cawangan yang terlibat pada jam 12.30PM- 1.30PM, korang layak untuk dapatkan promosi 2 (DUA) set Nasi Ayam dan minuman ringan dengan harga RM10 sahaja!

Dalam promo ni, korang akan dapat 2 Set Single Combo Meal, yang terdiri daripada 2 nasi, 2 sup, 2 plihan ayam dan 2 minuman ringan. Ayam tu boleh pilih samada nak ayam Steamed, Roasted atau Soy Sauce Chicken. Boleh la belanja kengkawan makan tengah hari kat sini.


The Chicken Rice Shop Malaysia
Website: www.thechickenriceshop.com
Facebook: www.facebook.com/thechickenriceshop


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS