Salam sejahtera korang,
Till then,
Di Malaysia, kalau kita cakap pasal "Smart City" atau "Bandar Pintar", semestinya bandar seperti Cyberjaya yang terlintas di fikiran kan? Tapi, apa kata kalau kita boleh buat lebih banyak bandar pintar di Malaysia?
Bandar pintar yang lengkap dengan sistem keselamatan yang merangkumi keselamatan lalu lintas, jalan-raya, CCTV dengan teknologi yang terkini serta, sistem teknologi maklumat yang terkini yang menghubungkan penduduk di Smart City dengan pantas.
Bandar pintar yang saya maksudkan ini hasil projek daripada Victory Bench Hyperledger (VB Hyperledger), yang merupakan sebuah syarikat yang terlibat didalam industri blockchain dan IT di China sejak 13 tahun dahulu.
23 September 2019, saya dijemput untuk ke majlis pelancaran sistem yang akan digunapakai di Bandar Pintar, Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology, Smart City Technology, Social Network Monitoring Technology dan Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System.
Projek yang menelan belanja Sistem pintar ini akan dibangunkan di Malaysia, bermula dari Labuan oleh Syarikat Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology dalam masa terdekat dengan pantauan daripada Teknologi Perkasa.
Ramai wakil dari pihak Zhejiang dan orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuklah media tempatan hadir pada majlis pelancaran haritu.
Turut diadakan adalah perbentangan dan perkongsian pengalaman membangunkan Smart City/ Bandar Pintar di sekitar negara Cina oleh wakil dari Zhejiang Victory
Bench. Rupanya bukan di Cina sahaja dah ada teknologi ini, malah di negara seperti Myanmar pun dah ada.
Lokasi pertama yang terpilih dalam projek yang menelan belanja sebanyak RM410 juta ini adalah di Labuan, Malaysia. Projek ini dijangka siap pada tahun 2020.
Zhejiang memilih untuk
melancarkan Projek Bandar Pintar di Labuan adalah kerana lokasi Labuan
yang menjadikannya satu lokasi yang strategik, dan senang diakses dari
mana-mana lokasi. Selain itu, Labuan pun dah ada kemudahan infrastruktur dan fasiliti asas untuk projek ini.
Menurut ucapan daripada Group CEO Victory Hyperledger, Encik Muhammad Alif Iskandar bin Abdullah projek ini bakal dijadukan hub teknologi baru seperti Smart and Safe City International Hub, Artificial Intelligent Technology Research & Development International Hub serta Digital Economy Solution Technology & Alternative Finance International Hub.
Mengikut statistik dari projek mereka yang sudah sedia-ada, sistem keselamatan di Projek Smart City bakal membantu mengurangkan kadar jenayah yang ada di bandar ini.
Victory Bench Hyperledger (VB Hyperledger)
Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology Co. Ltd.
Website: www.vbhledger.com
Till then,
0 Comments