Hello dan salam sejahtera korang,
Siapa kat sini suka travel dan suka ambil gambar semasa travel? Saya memang suka ambil gambar semasa travel sebab nak tunjuk kepada keluarga dan sebagai kenangan pada masa depan. Bukan senang nak travel, kena kumpul duit semua.
Next plan saya nak travel ke Kota London yang terletak di United Kingdom. Sebab saya dah study tentang lokasi menarik di sana, saya nak kongsikan dengan korang antara 5 tempat wajib bergambar di Kota London. Jangan lupa untuk bawa kamera untuk bergambar ya!
Untuk ke London, korang boleh cuba guna Qatar Airways online booking. Puas hati dan selesa juga pakai servis dia. Harga dia mungkin mahal sikit, tapi berbaloi. Boleh juga guna servis dalam talian dari Traveloka untuk flights to London ticket booking kerana deorang selalu buat promosi dan diskaun untuk penerbangan antarabangsa.

Harga yang ditawarkan oleh Traveloka pun sangat berbaloi sebab dah termasuk makan dan luggage. Ada juga airlines yang menawarkan harga murah tetapi luggage dan meal kena tambah asing. Kadang tu bila kira balik, harga jadi lebih mahal daripada airline yang dah include kesemuanya.
5 Tempat Wajib Bergambar di Kota London
London merupakan tempat yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Keunikan struktur bangunannya yang kaya dengan sejarah yang tersendiri sentiasa memukau hati orang yang berkunjung ke Ibu Negara England ini.
Mesti korang rasa pelik sebab saya sarankan untuk ambil gambar di pondon telefon. Tahu tak korang, pondok telefon di London ada sejarah dia yang tersendiri dan pondok ni pun lawa. Kalau ambil gambar kat sini, orang sure tahu yang tu kat London.
Nak cari pondok telefon ni pun mudah sebab berwarna merah dan ada banyak juga di sekitar Kota London. Jangan lupa ambil sekurang-kurangnya satu gambar dengan pondok telefon ni tau!
Korang jangan confuse antara Tower Bridge dan London Bridge sebab dua jambatan tak sama. Tower Bridge merupakan antara jambatan yang terkenal di dunia. Jambatan yang merentasi Sungai Themes ini menghubungkan dua bangunan di kiri dan kanan jambatan, sebab tu nama dia tower bridge, sebab ada 2 tower di situ.
Memang selalunya ramia orang bergambar disini. Ada yang sanggup naik ke jambatan, dan ada juga yang hanya ambil gambar berlatarbelakangkan Tower Bridge. Tips saya; Ambil gambar kat sini waktu malam, memang sangat cantik dan unik.
Peminat Harry Potter mesti wajib datang sini. Kings Cross Station merupakan tempat berlakunya babak Harry masuk menerusi dinding untuk ke sekolahnya. Di sini terdapat satu replica troli yang boleh kita bergambar seolah-olah kita ni macam Harry lah juga untuk ke Hogwarts.
4. Big Ben dan Bangunan Parlimen
Rugi sangat kalau dah sampai kat London, korang tak pergi sini. Big Ben ni boleh diumpamakan sebagai mercu tanda Kota London ni. Macam tak lengkaplah kalau travel ke London tetapi tak singgah bergambar di Big Ben ni.
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Big Ben tu bukan nama bangunan jam tu, tetapi merupakan nama loceng besar yang ada dalam jam tersebut. Loceng Big Ben!
Siapa tak kenal Istana Buckingham atau Buckingham Palace ni? Istana ini terkenal sebagai tempat kediaman rasmi Ratu Elizabeth dan kerabat diraja Britain, yang juga merupakan pusat pentadibiran United Kingdom yang terkenal di seluruh dunia.
Jadi, kalau sampai di London, jangan lupa untuk datang ke sini dan bergambar di luar istana sebagai kenangan. Yelah bukan senang untuk ke sini lagi kan. Kalau korang bernasib baik, dapatlah korang tengok kereta kuda di kawasan tu.
Banyak lagi sebenarnya port nak bergambar di London, tapi yang saya tulis kat atas merupakan yang korang kena ambil kalau ada kesempatan travel ke Kota London.
Till then,
0 Comments