Hello korang!
Saya nak tanya, korang ada kawan yang vegetarian? Kalau ada sure pernah ada masalah nak lepak makan dengan kawan tu, tapi masalahnya susah sangat nak jumpa restoran yang menghidangkan makanan yang vegetarian.
Saya dulu zaman study, ada seorang kawan India ni, dia memang vegetarian so kalau nak keluar je pening juga nak cari kedai makan yang vegetarian. Kadang-kadang kalau tak jumpa, kesian pulak dekat dia sebab tengok kami makan ataupun dia makan roti je.
Senang kata, tak mudah nak jumpa kedai makan yang betul-betul hidangkan makanan vegetarian. Kalau ada pun kebanyakannya di kawasan yang masyarakat mostly vegetarian. Kalau dekat shopping mall pun, ada la beberapa restoran tapi susah nak jumpa.
Untuk korang yang tak tahu, "Apa itu Makanan Vegetarian", makanan vegetarian merupakan makanan yang 100% berasaskan daripada tumbuhan dan bukan berasaskan daripada daging haiwan. Ada jenis yang tak makan madu atau susu sebab itu produk daripada haiwan, tapi ada yang ok je makan.
Senang kata, korang bayangkan, contohnya kalau kita masak kari ayam pakai ayam yang kita beli di pasar, tapi kalau orang yang vegetarian dia akan pakai "vegetarian chicken" atau ayam yang diperbuat daripada tumbuhan.
Selalunya ayam atau daging vegetarian ni diperbuat daripada bahan yang berasaskan daripada tumbuhan yang kaya dengan kandungan protein, selalunya cendawan atau tauhu sebagai alternatif menggantikan produk berasaskan daging haiwan.
Daging yang berasaskan tumbuhan ini merupakan makanan yang lengkap sebab juga selalunya dicampur dengan protein, karbohidrat, lemak sihat, pewarna dan perasa yang berasal daripada sumber tumbuhan. Mengikut pengalaman saya, rasa dan bau dia pun memang sama dengan daging yang real.
Revolusi Protein
Tahu tak korang, daging lembu yang berasaskan tumbuhan ini boleh didapati di pasaran dan dikenali sebagai produk inovatif dan alternatif kepada protein yang wujud sejak dari 1970 lagi. Zaman dulu pun dan ada tahu orang vegetarian ni.
Kalau di Amerika Syarikat, ada beberapa syarikat yang menghasilkan daging lembu berasaskan tumbuhan seperti syarikat Beyond Meat yang mendapat sokongan ramai pengguna mereka apabila pertama kali dijual di restoran dan kafe-kafe disana.
Daging lembu berasaskan tumbuhan yang dibungkus dan dijual di kebanyakan pasaraya di Amerika bermula dari tahun 2006 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Sekarang, daging lembu vegetarian ini bukan sahaja dimakan oleh orang yang vegetarian, malah orang yang makan daging macam kita.
Phuture Daging
Di Malaysia pun ada satu syarikat teknologi makanan yang semakin meningkat naik dan menawarkan daging lembu yang berasaskan tumbuhan sebagai alternatif pemakanan yang sihat untuk pengguna dan kaki makan di Malaysia, Phuture Daging.
Bahan yang dipakai di dalam Phuture Daging merupakan bahan yang berasaskan tumbuhan protein yang diperbuat dengan kombinasi daripada nasi, kacang soya, kacang peas dan kacang buncis (chickpeas).
Sumber karbohidrat pula dapat daripada tambahan kanji kentang dan lemak tumbuhan yang sihat daripada minyak zaitun dan minyak kelapa. Untuk bagi 'daging imitasi' ini nampak macam real daging, maka mereka juga campurkan dengan pewarna merah yang didapati daripada tomato atau beetroot.
Paling best, daging lembu berasaskan tumbuhan dari Phuture Daging diperbuat daripada sumber dan bahan yang disahkan Halal dan terjaga kualiti sumber, kebersihan dan dijaga keselamatan makanan tu. So memang berkualiti tinggi lah.
Proses pengkajian dan pembanggunan daging lembu berasaskan tumbuhan di Phuture Daging masih lagi dalam proses pengkajian, pembanggunan dan percubaan oleh saintis dan penyelidik makanan dari seluruh dunia.
Mereka berharap untuk menghasilkan produk makanan yang sesuai dengan selera orang Malaysia. Selain itu, Phuture Daging juga sedang mencari restoran dan cafe untuk produk mereka supaya syarikat SME dan restoran tempatan boleh mula menghidangkan makanan daging lembu berasaskan tumbuhan didalam menu mereka.
Phuture Daging boleh membantu mengusaha makanan ini dalam mengkaji makanan dan menu yang sesuai dengan daging lembu yang berasaskan tumbuhan. Mereka percaya bahawa daging lembu berasaskan tumbuhan dapat memberi kesan positif kepada iklim dunia.
Zaman sekarang, banyak sangat makanan yang tak sihat. Kalau korang nak jaga diri dan jaga pemakanan yang sihat, boleh tukar je Phuture Daging. Syarikat Phuture Daging juga berharap dapat menghasilkan lebih banyak lagi produk berasaskan tumbuhan untuk semua pasaran tempatan dan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut tentang Phuture Daging:
Email: enquiry@phuturedaging.com
Website: https://phuturedaging.com
Till then,
2 Comments
tapi x penah ada kesempatan nak cuba. skrng ni canggih teknologi ada =)