Nescafé M-Junction: Kuala Lumpur 1st Drive-In Cinema

Hello dan selamat sejahtera korang!

Musim 2020 penuh dengan khabar yang tak seronok. Ingatkan dah masuk bulan Ogos dah boleh sambut Hari Merdeka ke-63 dan Merdeka daripada Covid, tapi nampaknya ada beberapa tempat di Malaysia kes semakin naik pula

Selari dengan Slogan "Malaysia Prihatin", jom kita sama-sama memerangi Pandemik Covid-19. Salah satu caranya dengan mengamalkan penjarakan sosial. Tapi kadang-kadang mestilah teringin nak tengok movie, tapi takut kan?

Makanya saya nak ajak korang untuk date-night dengan yang tersayang ataupun dengan kawan korang ke Pawagam Pandu Lalu yang pertama di Kuala Lumpur (Kuala Lumpur's First Drive-In Cinema), Nescafé M-Junction.


Nescafé M-Junction dianjurkan oleh TwoSpicy Entertainment Live Sdn Bhd dengan kerjasama bersama MD Events Asia! Untuk pengetahuan korang, M-Junction setakat ini merupakan tarikan yang akan beroperasi selama 3 bulan sahaja untuk korang.

Tayangan pawagam pandu lalu yang pertama di Kuala Lumpur ini dibuka kepada orang ramai (yang ada kereta of course) di Malaysia Tourism Center (MATIC) yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memang strategik lokasi ni, sambil tengok movie, nampak Menara KL.



Sebelum korang nak datang, korang perlu beli dahulu tiket secara dalam talian di laman web mjunction: mjunction.my. Di situ korang boleh pilih nak tengok cerita apa yang ditayangkan dan pilih masa serta tarikh korang nak tonton.

Jangan lupa untuk pilih makanan apa yang korang nak sebab makanan dan minuman memang termasuk didalam pakej. Harga promosi sekarang hanyalah RM70 sahaja untuk sebuah kereta. Harga biasa RM99 untuk sebuah kereta.

Nescafe merupakan penaja utama kepada NESCAFÉ® M-Junction drive-in cinema, manakala Maggi merupakan penaja makanan rasmi dan KITKAT merupakan penaja snek rasmi untuk event ini.



Dah register, maka korang pun boleh terus datang ke lokasi wayang ini di Matic 30 minit sebelum waktu tayangan. Nak masuk memang ikut SOP, hanya duduk dalam kereta staff akan daftar dan ambil suhu badan korang. 

Lepas tu deorang akan bagi 'car seating number' dan akan guide korang ke tempat yang betul untuk korang parking kereta.

'Panggung wayang' ini mampu memuatkan sebanyak 50 buah kereta dalam satu-satu masa. Bilangan maksima penumpang di dalam 1 kereta hanyalah 2 orang sahaja tau. So memang tak sesuai nak bawa family anak kecik datang tengok.

 


Skrin yang mereka pakai adalah LED Screen yang sebesar 4meter x 9 meter. Dalam gambar nampak macam jauh, tapi sebenarnya okay je skrin tu. Cuma kalau yang rabun tu better pakai cermin mata, kalau tak memang tak nampak subtitle. Orang tak rabun macam saya, okay je.

Dalam setiap kereta, akan diberikan (dipinjamkan, bukan kasi free XD) sekali dengan kipas portable dan Bluetooth speaker supaya korang boleh tutup enjin dan enjoy cerita secara maksima.Dua-dua ni pakai bateri, memang laju and jelas. Jangan bagi rosak sudah la ye.



Makanan memang akan sampai sendiri sebelum mula cerita. Tapi kalau korang nak order extra makanan pun boleh. Senang je, pakai QR Code yang ada didalam satu kertas yang staff bagi. Jadi nak tengok menu, order makanan dan bayar semua kat situ sahaja.

Macam kami haritu pesan pizza dan nachos. Sedap wei, sebab perut pun dah lapar sangat. Paling penting harga dia tak mahal, boleh cakap standard. Jangan lupa cuma menu air Nescafe yang ada, banyak juga yang rare dan sedap-sedap.


 

Oh, lupa nak cakap, kalau korang datang sini, jangan risau la kalau takut tempat korang tu tak boleh nampak sebab terhalang dengan kereta kat depan ke apa sebab deorang memang dah susun seat mengikut kereta dan basisan.

Contohnya kalau kereta kecil macam kami (Myvi) atau sedan, memang akan diberikan seat yang kat depan, dan kalau pacuan 4 roda (4 whee) atau SUV memang kena duduk dibarisan belakang sekali. So tak jadi isu lah kalau tak nampak.

Tapi apa-apa hal contohnya bateri kipas atau speaker habis ke, nak balik awal ke, atau apa-apa lah masalah korang boleh panggil bantuan staff dengan cara buka sahaja lampu kecemasan (hazard light), nanti akan ada staff yang datang.


Filem yang kami tengok haritu, Legacies of Lies, sebuha filem aksi. Filem ini baru keluar awal bulan Ogos 2020 dan masa tanyanagn lebih kurang 1 jam 40 minit. Filem lakonan Scott Adkins, Honor Kneafsey, Yuliia Sobol dan ramai lagi.

Pendapat saya, seronok juga dapat pengalaman baru tengok movie didalam kereta. Rasa macam berapa di luar negara pula. Selama ni tengok di internet sahaja orang tengok movie dalam kereta, kalini dapat rasa sendiri.

Kuat juga speaker yang dia bagi. Puas hati nak tengok movie, memang feeling habis. Jujur cakap, ada juga rasa panas bontot sebab duduk lama, lagipun kipas kan belah depan je. So kami on kejap enjin, dalam 5 minit sebab nak aircond, then off balik :D




Deorang cakap kalau katakan hujan ke apa, tayangan akan delay sedikit, maksima 1 jam delay. Tapi kalau hujan lebat sangat dan delay pun dah lama maka tayangan akan dibatalkan dan ditunda. Korang takkan dapat refund tapi korang boleh reschedule ke tarikh lain.


Kat atas tu ada skrin special untuk pasangan yang nak buat ucapan special untuk orang tersayang. Nak order pun melalui QR Code masa pesan makanan. Tak silap dalam RM40 lebih juga. Nak ambil gambar kenang-kenangan pun ada, RM10 sekeping sahaja!

Ingat nanti kami nak repeat tengok cerita hantu pulak, kot lah lagi feeling dengan bunyi-bunyi menyeramkan pulak kan. Haha. Sementara drive-in cinema ni masih ada, jom lah support tengok movie kat sini. Lebih privasi gitu. Hewhew


Waktu tayangan/ Movie showtime: 
Isnin- Ahad jam 7PM, 9.40PM, 9.55PM, 10PM, 10.30PM)

Nescafé M-Junction Kuala Lumpur 
First Drive-In Cinema
MaTiC, Tourism Malaysia, 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Booking: mjunction.my
Facebook: www.facebook.com/mjunctionmalaysia
Instagram: www.instagram.com/mjunction2020


Till then,

Post a Comment

21 Comments

el said…
Wahhh best dapat tengok movie tru drive in..pengalaman berbeza..selalu drive in ni sis biasa lihat kat oversea sana..
serius la menarik kalau dapat tengok wayang mcm ni. kalau keluar pakai baju tidur pun no hal sbb dok dalam kereta je.hehe
Not bad ya. Kalau pasang enjin sentiasa panas enjin kan, ini satu kelainan di musim pkpp ini hehe
Atie Zieya said…
atie tgk vlog someone about this! interesting... klu tak,tgk cita omputih ja mcm ni..tgk2 ada kat malaysia.. so excited
Fadima Mooneira said…
Yay!!!!!! Drive in cinema dah ada Di Malaysia. Boley lah tengok movie pasnie. I also pray that there will be another drive in cinema in Putrajaya. Spy dekat sikit dgn rumah. Hehehe.
Farhana Jafri said…
hahahaha comel je buat ucapan dekat skrin besar tu. Not bad lah. Risau jugak kalau ada masalah tak nampak skrin ataupun tak jelas.
saidila said…
ooo patutlah masa lalu kat matic ada nampak dan tertanya tempat apa tu, baca entry ni baru tahu...kalau ada midnight show kan mesti lagi besttt ....
Zharif Azis said…
idea tu menarik untukapply macam cinema luar negara tu tp weather malaysia xsesuai utk buat mcm nie. luar negara matikan enjin pon boleh dapatkan kesejukan dari luar. kita matikan enjin kereta, perghhh panasssss. hahahaa
Sis Lin said…
Dah macam dolu-dolu kann nengok wayang macam ni... best juga ni layan reramai..tapi tu lerr, kompom berpeluh ek..
Pengalaman menarik ni tgk movie dalam kereta. Lebih selesakan.. makan apapun boleh
Sunshine Kelly said…
Wah best juga, dah lama tak dating macam ni, dulu pernah time i kat uni tapi lepas kahwin dah tak de romatik macam ni dah.
Nescafé M-Junction seems so enjoyable experience hehe. Nak pergi watch with hubby also one day
Marina Bashah said…
Best suasana dia. Tak pernah lagi tengok movie dalam kereta. Nanti nak pergi la
iena eliena said…
wah menarik drive in cinema. Tak pernah lagi tengok cinema dalam kereta ni. kalau ada masa nanti boleh cuba
Mahamahu said…
Ohhhh ini ker pawagam drive true kat Maju Junction yang peratama di Malaysia hehehehe menarik lah best lak duduk dalam kereta dan juga dapat menonton movie bersama hehehehehe..
Slumber Lady said…
Bestnya tengok! selama ni tengok dalam movie mat saleh je. hehe. wah, bolehlah nak ajak suami dating macam ni. yelah sekarang nak pergi panggung agak scary.
Illya LeYa said…
Macam zaman dulu.. Bersusun duduk tengok wayang.. Tapi ni canggih sikit duduk dalam kereta. But, lama-lama sgt mcm panas je.. Haha..
mrspuex said…
wahhhh feeling oversea tgk movie dalam kete.. new norma .. bagus jugak kann..
Izaramli said…
Menariknya tengok wayang macam ni! bawak anak pun tak risau ni. Kalau anak menangis pun kita je dengar sebab dalam kete. Best la buat macam. Boleh la try nanti.
precious cla said…
aha, kalau macam ni tak perlu nak berlawa sangat sebab hanya berada dalam kereta kot. hehe ^^ terbaiklah.
dr-Life said…
best kan boleh tengok movie kat dalam kereta... what if raining time.. will continue too?

FOLLOWERS