Weekend Hi Tea @ Minum Petang di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

Hello dan Assalamualaikum korang!

Seronoknya bila perintah kawalan pergerakan dilonggarkan untuk kita. Jadi apabila dah masuk fasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), marilah kita sama-sama jaga diri dan sentiasa patuh SOP PKP Pemulihan.

Masa inilah ramai orang mengambil kesempatan untuk keluar makan di luar termasuklah saya. Lama tak dating makan buffet di hotel, maka saya pun ajak suami untuk dine-in di Tiki Weekend Hi-Tea di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur.


Terfikir juga, macam mana keadaan di dalam restoran hotel nak buat semua mengikut SOP PKPP, tapi dah nampak di Kontiki, The Federal Kuala Lumpur macam mana mereka handle barulah saya rasa tenang sikit nak makan dan recommend restoran ni kepada korang.

Mereka terima sejumlah pelanggan sahaja pada satu-satu masa. Jadi lebih baik korang buat booking sebelum datang lagipun sebab hari Sabtu dan Ahad, so memang akan ramai orang daripada hari biasa.

Saya puas hati betul dengan penjarakan sosial yang dilakukan disini. Meja antara sesama sendiri diletakkan lebih daripada 1 meter dan jarak antara orang yang duduk di meja pun memang jauh dan terjaga supaya mengikut SOP PKPP.



Bukan sahaja penjarakan sosial dalam menjarakkan meja dan tempat duduk di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur malah kebersihan dan proses mengambil makanan dari buffet pun turut terjaga kebersihannya.

Buffet makanan memang dihidangkan seperti biasa, korang boleh nampak lebih 100 pilihan makanan yang dihidangkan dibelakang cermin kaca, tapi korang tak boleh ambil sendiri macam biasa. Ada pelayan yang akan ambil makanan apa yang korang nak dan pass kat korang.



Bukan itu sahaja, untuk menu makanan utama, akan ada pelayan yang akan datang dari meja ke meja untuk hidangkan makanan untuk korang. Ini bagi memastikan penjarakan sosial dan kebersihan makanan itu terjaga daripada tercemar.

Satu je la, jenuh juga nak menunggu turn makanan tu sampai ke meja korang. Kalau korang dah lapar sangat, boleh pergi ambil makanan ringan yang lain dahulu sementara nak tunggu main dish sampai di meja korang.


Suka betul saya dengan pilihan Salad & Appetizers yang ada disini. Antaranya ialah seperti: pelbagai daging potongan sejuk, Chinese salad, pelbagai jenis campuran salad dan dressing, rojak buah bersama dengan sos rojak, gado-gado, kerabu, ulam dan pelbagai aneka jeruk.

Selain tu, ada juga aneka sandwich yang korang boleh makan. Semua ni korang boleh ambil sendiri di kaunter hidangan, dengan bantuan pelayan lah of course. Oh ya! Wajib cuba rojak buah dia sebab sos sedap betul. Saya approved!




Kalau korang jenis yang tak lalu sangat dengan makanan manis yang dihidangkan di Hi-Tea atau nak makanan yang ringan sikit, korang boleh cuba aneka Sushi yang ada disini. Rasa dia not bad, dahla tak kedekut inti. Puas makan dalam 1 gigitan.

Selain itu korang boleh juga makan Seafood On Ice yang diletakkan di atas ais. Seafood yang dihidangkan tu dah dimasak tau. Tips nak makan seafood ni, kena makan cicah dengan sos dia baru rasa sedap. Seafood dia pun fresh juga.



Kalau korang berjalan dibahagian luar restoran, yang dekat sebelah kolam renang, korang boleh memilih pelbagai menu yang best. Kat luar ni macam menu tradisi gerai sebab ada hidangkan satay, tauhu bakar, pisang goreng, yong tau foo, aneka pilihan dim sum dan pau, dan bubur.

Ada makanan bergoreng macam ni barulah rasa macam betul-betul minum petang. Sambil order teh tarik, sambil makan dengan pisang goreng. Bestnyaaa <3




Specialnya Hi-Tea di Kontiki, The Federal Kuala Lumpur sebab ada Roasted Lamb Leg (kaki kambing panggang). Dihidangkan sekali dengan pilihan sos Mustard Dijon dan Mustard Cream untuk korang yang suka dengan kambing panggang.


Tak dilupakan juga menu desserts. Tak lengkap lah nama Hi-Tea tapi tak ada aneka kek dan kuih muih. Jangan risau sebab di Weekend Hi Tea Kontiki, The Federal Kuala Lumpur ada banyak pilihan kek dan kuih untuk korang pilih dan makan.

Bukan setakat kek dan kuih muih saja ada, tetapi mini tartlets, pastri Perancis, agar-agar dan kek mousse pun ada. Jujur cakap di booth inilah yang saya paling banyak repeat sebab saya suka kek dan kuih!



Walaupun kami duduk serumah pun masih lagi kena duduk jauh antara sesama sendiri. Bila fikir balik, best juga duduk jauh sebab ada banyak lagi space kosong yang boleh letak pinggan makanan atas meja. Takde lah nak berebut dengan orang yang satu meja sekali. Haha


Antara menu makanan utama yang pelayan akan datang hidangkan dari meja ke meja adalah seperti: Nasi goreng seafood, Chicken Varuval, Stew kambing bersama sayur, Ikan Masak Kicap Berempah dan banyak lagi menu utama yang sedap.

Weekend Hi Tea di Kontiki, The Federal Kuala Lumpur juga ada menghidangkan menu  vegetarian dan sesuai untuk mereka yang vegetarian. Antara menu vegeratian yang mereka boleh pilih ialah: Chick peas with potato, Vegetarian dumpling with capsicum dan vegetable ratatouille.



Menu makanan yang dihidangkan adalah berdasarkan sistem rotation antara 5 MENU yang akan ditukar setiap minggu. Jadi tak adalah korang bosan makan menu yang sama kalau lepak kat sini setiap minggu. Menu yang ditulis di blog ini merupakan MENU 1.



Harga Tiki Weekend Hi-Tea
Dewasa: RM86.00
Kanak-kanak: RM33.00
Warga Emas: RM43.00

Kontiki @ The Federal Kuala Lumpur
Mezzanine Level, The Federal Kuala Lumpur,
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Contact: 03-21489166 ext. 2239

Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS