Assalamualaikum dan hello korang!
Lamanya tak berjalan sejak PKP di Malaysia ni. So kalini saya nak bawa korang explore apa yang ada di Kuantan yang terletak di Pahang. Boleh lah bookmark entry ini atau save untuk rujukan korang kalau korang nak travel ke Kuantan nanti ye.
Kuantan merupakan bandar raya dan ibu negeri Pahang, Malaysia. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Dari segi keluasan, Pahang juga negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia dengan keluasan 35,960 kilometer persegi.
**Masa kami pergi ni, tarikan terbaru di Kuantan, Menara Kuantan 188 baru sahaja siap dibina dan menjadikan Menara Kuantan 188 kedua tertinggi dalam Malaysia. Sayang tak bukak lagi, tapi next time boleh la pergi, boleh tengok panorama Kuantan.
Main card game: WEREWOLF
Perjalanan darat mengikuti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) E8 mengambil masa dalam 3 jam lebih dari Kuala Lumpur. Alhamdullilah, walaupun trip yang saya sertai kalini ramai yang saya tak kenal, tapi semua sangat sporting dan ramah sangat.
Sebab nak patuh SOP, trip kalini lebih kecil sizenya jadi kami gerak ke Kuantan dengan menaiki van. Group kecil, jadi boleh la kami dalam van main game kad Werewolf. Bestnya, semua 9-10 orang join untuk main dalam van masa perjalanan tu. Memang meriah.
Sampai sahaja di Bandar Kuantan, kami check in dulu sebelum bersihkan diri untuk sambung explore Kuantan petang tu. Kami check in di Hotel Seri Malaysia Kuantan disebabkan lokasi hotel yang sangat strategik dan mudah nak explore ke bandar.
Check-in di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang
Hotel Seri Malaysia Kuantan
Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.
Contact: 09-5136666
Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.
Contact: 09-5136666
Korang boleh baca entry lebih lengkap tentang pengalaman saya bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kuantan disini.
Hotel
Seri Malaysia (HSM) merupakan rangkaian hotel tempatan yang berkelas
2-3 bintang yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 2000 buah
bilik di 21 buah hotel. Harga yang ditawarkan untuk 1 malam pun tak
mahal, sesuai untuk semua golongan.
Lokasi
Hotel Seri Malaysia Kuantan yang terletak hanya 20 minit dari pekan
Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, 10 minit dari Pantai
Teluk Cempedak dan Berjaya Megamall, Kuantan menjadikan lokasi ni sangat
bagus untuk mereka yang nak explore sekitar Kuantan.
Lepas dah fresh up, kami sambung explore. Disebabkan trip ini 2hari 1 malam sahaja, maka jadual harini packed sikit, tapi packed bukan sebab aktiviti, packed sebab makan-makan. Rugilah kalau datang ke Kuantan tapi tak explore kafe yang ada kat sini.
Kuantan memang banyak kafe hipster dengan banyak pilihan menu yang deorang tawarkan. Tinggal nak pilih je kafe western food ke, makanan Melayu ke atau desert cafe. Kami pun sebenarnya agak kenyang sebab dah makan kat hotel sebelum tu, maka kami pilih untuk ke desert cafe.
Masa jalan-jalan kat Kuantan, rasa tertarik sangat dengan papan tanda deretan kedai yang masih magi menggunakan format lama, dengan ada tulisan Jawi, Rumi Melayu lama dan Cina. Memang feeling bandar lama Kuantan yang wujud sejak 1 Ogos 1913.
Cafe Hopping di sekitar Kuantan
Kat Kuantan ni banyak sangat kafe yang lawa dan hipster yang korang kena singgah. Bandar Kuantan memang terkenal dengan lambakan cafe hipster. Kat mana-mana je mesti ada kafe, tinggal nak pilih je yang mana korang nak. Kat bawah merupakan antara kafe di Kuantan yang saya singgah:
⑴ Lena Cafe By Kayuwoods
Lena Cafe By Kayuwoods
No 36, Jalan Besar 25000 Kuantan, Pahang.
Contact: 013-477 8232
Waktu operasi: Setiap hari (10.00AM - 11.00PM) - Tutup: Isnin.
Dekorasi: ★★★★★
Makanan: ★★★★★
Harga: ★★★☆☆
Harga: ★★★☆☆
Kafe yang baru sahaja dibuka pada tahun 2020 ini merupakan kafe dengan konsep kafe dan tanaman. Sesuai lah dengan tagline di Facebook mereka: Lena Plant Cafe | Cafe | Plants | Beautiful Things sebab dalam kafe ni memang kemain lawa.
Dekorasi dalam Lena Cafe bagi saya unik sebab memakai konsep old school/ retro dengan sentuhan pokok dan tumbuhan untuk menaikkan seri kafe. Kan sebab kalau there retro dan old school macam gelap, jadi pokok ni la yang akan naikkan seri kafe ni balik. Banyak juga koleksi barang lama yang ada di sini
Jangan lupa untuk jenguk kat kawasan belakang kafe ni, pun ada tempat duduk open dan lebih private. Kat sini bagi saya port paling lawa nak bergambar. Duduk sini memang rasa taknak balik sebab lawa. Cuma Lena Cafe ni memang ramai orang.
Makanan memang sedap! Terkesima saya masa makan desert yang saya pesan. Air pun sedap, kira okay la untuk kafe yang hidangkan banyak jenis makanan dan bukan focus kepada makanan barat sahaja. Yang nak makanan tempatan pun ada tau, dengar cerita nasi kerabu dan nasi dagang sedap.
⑵ Kopi & Teh
Kopi & Teh
No 52, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.
Contact: 011-6290 0369
Dekorasi: ★★★☆☆
Makanan: ★★★★☆
Harga: ★★★★☆
Masa sampai kat kafe ni, perut sebenarnya dah agak kenyang. Jadi saya tak pesan banyak makanan, tapi untuk melengkapkan teh yang mestiwa jajib order kan, maka saya tambah dengan cuba makan kek kat sini. Teh dia sedap, pekai ala-ala Vietnam dan Thai tea sikit.
Konsep kafe ni macam style banggunan yang tak siap, sorry saya tak ingat terminology dia, tapi lawa dan unik lah. Kecik je kafe ni, tapi bila masuk, ada tempat duduk open berkipas kat belakang. Port bergambar lawa pun kat belakang tu la, cuma masa ni panas sangat, jadi gambar pun tak banyak.
Kat belakang ni, style dekorasi dia ala-ala Boho/ Bohemian theme. Ada buaian untuk bergambar dengan simple design. Saya suka design macam ni, tak heavy sangat. Kalau next time saya nak datang lepak, saya suka kafe style Kopi & Teh sebab chill dan tak crowded.
Lepak di Pantai Teluk Cempedak
Macam tak sah pulak kalau ke Kuantan tapi tak lepak di pantai Teluk Cempedak. Pantai Teluk Cempedak atau orang sini panggil "TC" selalu ramai orang sebab ada macam-macak tarikan yang ada disini. Ada berlambak restoran dan gerai makanan, ada mini pasar malam dan of course, ada pantai!
Sengaja kami singgah sini masa dekat nak Maghrib sebab nak tengok sunset (matahari terbenam). View kat pantai ni pun lawa sebab ada banyak panorama semula jadi seperti longgokan batuan, ada view hutam hijau kat tepi pantai, dan pasit pantai yang putih. Memang lawa dalam gambar.
Kerajaan pun bagus, sebab lokasi ini merupakan tarikan utama penduduk setempak dan pengunjung, deorang siap bina kemudahan asas seperti surau dan tandas untu kegunaan kita. Banyak juga nampak orang picnic dan main-main kat pantai ni haritu.
Selain daripada Teluk Cempedak, korang juga boleh singgah ke Pantai Batu Hitam yang terkenal dengan batuan bewarna hitam yang menjadikan pantai ini lain daripada pantai yang ada di Kuantan. Pantai Batu Hitam pun hanya terletak dalam 10km dari bandar Kuantan.
Dan of course, saya akan pacak tripod untuk ambil gambar sunset di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Makan malam di Ana Ikan Bakar Petai
Ana Ikan Bakar Petai
Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Contact: 019-987 8155
Waktu operasi: Setiap hari (12.30PM- 12.00AM)
Makanan: ★★★☆☆
Harga: ★★★☆☆
Ana Ikan Bakar Petai menyajikan menu makanan laut yang biasa korang order kat kedai makanan laut. Best sebab dapat pilih-pilih ikan dan makanan laut sendiri sebelum order. Yang special kat sini adalah menu ikan bakar petai yang ikan dibakar dan menggunakan sambal petai istimewa.
Hari yang kami pergi tu, memang penuh dengan pengunjung kat sini. Tempat dia memang besar dan konsep open. Nasib baik team kami dah siap buat tempahan, kalau tak tah tahu lah ada ke tidak tempat duduk untuk kumpulan kami. Tak sure samada orang awam boleh buat booking atau tidak.
Masa datang ni, kami dah tak payah pening-pening nak pilih makanan laut apa dan menu apa sebab pihak penganjur dah pesan semua. Makanan pun dah terhidang, tinggal nak makan saja. Bagi saya rasa dia okay, not bad, sedap dan kena dengan tekak.
Cuma saya tak makan ikan bakar dan petai, jadi saya tak makan menu spesial dia, "ikan bakar petai". Tapi saya ambil peluang untuk rasa sesuap menu ni, dah pendapat saya sedap ikan bakar dia sebab ikan rasa cukup perap, dah ada rasa pahit-pahit petai juga.
Hati-hati juga masa nak pilih tempat duduk, kalau dekat dengan tempat bakar ikan atau dapur, memang banyak asap dia. Kalau orang Selangor/ Kuala Lumpur yang teringin nak makan ikan bakar petai, boleh juga ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Lepas masing-masing dah kenyang, kami pun terus gerak balik ke Hotel Seri Malaysia Kuantan. Sampai je bilik settle mandi dan kemas terus terlelap lepas seharian penat berjalan dan penat makan, Haha. Geng yang masih ada energy tu siap sambung lepak di Pantai Teluk Cempedak lagi.
Suka lah dengan geng travel kalini, semua sporting dan sangat friendly. Masing-masing bergaul sesama sendiri jadi tak adalah rasa awkward walaupun baru saja kenal. Masing-masing ada cara kerja sendiri, best tengok cara orang lain buat kerja. Boleh jadikan inspirasi dan tips.
Entry ini diterbitkan khas sempena dengan FAM Trip 3H2M Hotel Seri Malaysia Kuantan-Temerloh pada 18 – 20 September 2020 anjuran Gaya Travel dan Hotel Seri Malaysia (HSM). Terima kasih dauh keladi atas jemputan ^_^
Baca lagi tentang Trip Pahang:
🌎 Trip Pahang: Review Hotel Seri Malaysia Kuantan
🌎 Trip Pahang: Ikan Patin Tempoyak Sedap di Temerloh
🌎 Trip Pahang: Review Hotel Seri Malaysia Kuantan
🌎 Trip Pahang: Ikan Patin Tempoyak Sedap di Temerloh
Till then,
Zayani Zulkiffli.
7 Comments