Trip 2H1M Rare & Unik di Port Dickson

Hello dan Assalamualaikum korang!
 
Kalau kita bercerita tentang Port Dickson, mesti akan teringat dan terfikir tentang pantai yang ada disini. Tapi tahu tak, selain daripada pantai yang popular dengan aktiviti laut, Port Dickson juga ada banyak lagi produk pelancongan yang lain.
 
Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan 
 
Kali ini, saya nak kongsikan dengan korang semua, Itinerary 2H1M ke tempat dan lokasi yang lain daripada lain di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jemput baca kalau korang nak tahu dimana.

 
 
Segar City (Bandar Dataran Segar)
Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Bagi korang yang mencari kat mana nak buat aktiviti selain daripada aktiviti laut di Port Dickson, disinilah tempatnya. Segar City yang terletak hanya 10 minit perjalanan dari Bandar Port Dickson merupakan sebuah lokasi untuk banyak aktiviti yang menarik.
 



🎪 Segar Recreation Eco Park
Waktu operasi: Setiap hari (10AM-7PM)

Segar Recreation Eco Park merupakan sebuah taman rekreasi luar untuk peminat aktiviti lasak. Ada banyak aktiviti lasak yang disediakan disini termasuklah: Obstacle Challenges, Low Rope, High Rope, Junior Rope, Flying Fox, Rock Climbing & Abseiling.

Selain itu, mereka turut menyediakan fasiliti lain seperti jalan berbasikal, trek kereta drift, memanah, lokasi berkemah dan tempat untuk BBQ. Lokasi ini sesuai sangat untuk mereka yang suka berkemah dan cuba aktiviti yang mencabar.

 
Kalau korang mencari sesuatu yang mencabar, korang boleh main trek halangan Low Rope (8 stesen), High Rope (9 elemen), Junior Rope (9 elemen). Trek halangan ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga ke dewasa.

Kalau nak lagi mencabar, boleh buat trek halangan Obstacle Challenges yang ada 13 elemen mencabar dan lasak. Kami juga main aktiviti flying fox yang berketinggian 258meter. Tapi paling best, saya cuba turun dari atas ke bawah dengan menggunakan tiang sahaja!
 


🎪 Wild West Cowboy Indoor Theme Park
Waktu operasi: Setiap hari (10AM-7PM)
Harga tiket warganeraga: Dewasa (RM49.00), Kanak-kanak (RM45.00). 

Selepas penat bermain dengan aktiviti fizikal yang lasak, korang boleh terus ke Wild West Cowboy Indoor Theme Park. Di dalam taman tema ini, korang boleh main dengan 3 jenis Amusement Ride, tengok 5D Motion Cinema dan bermain dengan Awake Thriller Walk.


 
 
🎪 5D Motion Cinema
 
Ada banyak aktiviti yang korang boleh buat di dalam taman tema di dalam Wild West Cowboy Park ini, termasuklah tengok filem pendek di 5D Motion Cinema dengan kesan digital dan kerusi bergerak.

Pengalaman 5D Cinema ini termasuklah dari segi kesan bunyi, cahaya, angin, air dan kerusi bergerak. Senang kata, bila duduk saja tengok filem pendek yang ditayangkan, dengan cermin mata 3D, terus rasa macam kita yang berada didalam filem tu.
 
Untuk mereka yang ada masalah loya, boleh duduk dikerusi yang tidak bergerak.


 
🎪 VR Game
Harga tiket: Sorry saya lupa nak tengok.
 
Kat sini juga ada permainan VR Game yang korang boleh main. Ada beberapa permainan yang korang boleh pilih. Kalau katakan bilik Awake Thriller Walk tu penuh, boleh la buang masa disini dahulu. 

Selain VR Game, korang juga boleh bermain dengan Nintendo. Untuk bermain dengan VR Game dan Nintendo, korang perlu bayar lain tau sebab tidak termasuk didalam pakej di Wild West Cowboy Indoor Theme Park.
 

🎪 Awake Thriller Walk

Selain daripada aktiviti fizikal, korang juga boleh bermain dengan aktiviti minda di Awake Thriller Walk. Ada 5 tema permainan minda yang ada di Awake Walk iaitu: Dinosaur Century, Save the Princess, The Awakening of Pharaoh, Haunted Mansion dan The Defence of Galaxy.
 
Awake ni macam permainan fantasi escape room yang dimana korang akan 'dikunci' didalam sebuah bilik. Korang perlu menggunakan imaginasi dan kemahiran berfikir untuk selesaikan setiap misi dan dapatkan kunci untuk ke bilik seterusnya. 

Bilik-bilik ini pun ada tahap kesukaran dia. Ada bilik yang senang, sampailah yang susah yang perlukan kemahiran berfikir dan mengira. Main dengan adik-beradik dan kawan-kawan memang best.


 



Alive 3D Art Gallery
No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Waktu operasi: Setiap hari (10AM-7PM).
Harga tiket warganegara: Dewasa (RM20.00), Kanak-kanak (RM15.00)

Alive 3D Art Gallery ini menempatkan lebih kurang 50 lukisan interaktif dan ilusi optikal didalam 5 tema disini. Tema yang ada di galeri ini termasuklah: Advanture Zone, Aquarium Zone, Animation Zone, Exotic Zone dan Dark Art.

Uniknya, Alive 3D Art Gallery di PD ini merupakan galeri 3D pertama di Malaysia yang memaparkan seni bertemakan Dark Art/ Seni Hitam. Jangan lupa bawa kamera/ telefon pintar untuk ambil gambar disini okay! Oh ya, dan juga sediakan sekurang-kurangnya 2 jam masa disini :)
 
 
 



Tasik Villa International Resort 
Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Contact: 06-6448888 / Website: tasikvilla.com.my
 
Tasik Villa International Resort merupakan resort 5 bintang yang baru sahaja dibuka di Port Dickson. Uniknya resort ini adalah kerana merupakan resort yang pertama di Malaysia yang mempunyai tasik buatan sendiri dan persembahan pancutan muzik.

Masuk saja ke lobby resort ni, terus terpesona dengan rekaan dalam dia. Korang boleh nampak gabungan rekaan tradisional dan moden di sini. Kawasan resort ni pun besar. Kalau korang ambil villa atau chalet, boleh park kereta kat depan bilik/ villa.
 
 
Masa kami sampai ni dah nak malam. Memang just nice waktu makan malam. Mestilah perut dah berkeroncong lapar, tambah pula memang penat mengembara daripada siang sampai ke petang di Port Dickson. Dengar cerita chef kat sini terer buat Masak Lomak.

Terus kami pesan makan malam di Tasik Restaurant & Cafe yang terletak hanya di lobby Tasik Villa International Resort. Rasa eksklusif sangat makan kat sini dengan dekorasi dan menu yang ditawarkan. 
 
Kami pesan gulai betik muda, masak lomak daging salai, ikan keli berlado, rendang ayam kunyit, urap pucuk paku serta air special daripada chef disini. Semua memuaskan dan mengembirakan hati kami. Haha.
 

 
Dah kenyang makan, maka kami pun terus check in. Suami dan saya memang nak menginap di salah satu bilik yang besar iaitu Family Villa. Bukan bilik, tapi rumah. Sebab kami nak park kereta di area lobby, maka kami naik servis buggy untuk ke villa.
 
5 minit sahaja naik buggy untuk ke villa. Servis buggy ini memang disediakan secara percuma untuk orang yang menginap disini. Nak pakai, hanya telefon saja ke lobby. Servis buggy ni pun memang cepat, so tak adalah nak kena tunggu lama.

 
Family Villa Tasik Villa International Resort
 
Harga tengah promo sekarang, jadi satu malam boleh dapat harga dalam RM540.00 untuk sebuah Family Villa. Besar tau villa ni, sebab boleh memuatkan 4 orang dewasa. Sebab ruang dalam villa ni besar, dan ada 2 tingkat, kalau ada tilem extra boleh la letak di kawasan ruang tamu.  

Memang luas villa ni. Tingkat bawah boleh untuk duduk lepak-lepak. Kolam renang persendirian pun ada di pintu belakang villa. Manakala tingkat atas pula ada ruang tidur dan bilik air dan mandi.




 
Kelengkapan villa ni not bad. Siap ada seterika, pengering rambut, peti sejuk, oven, mini kitchen, electric kettle. Satu idea tambahan boleh letak mesin basuh atau dryer kat sini sebab boleh keringkan baju yang basah masa mandi kolam.
 
Di tingkat atas pula ada ruang katil master dan ruang untuk katil single lagi dua. Saya panggil ruang sebab antara 2 ruang/ bilik ini memang tak ada pintu. Jadi sesuai la untuk deorang yang bawa anak kecil. Mudah nak pantau. 
 
Kalau korang nak cari villa yang ada pintu bilik, just go for 2-bedroom family villa okay.



Paling saya suka di villa ni, siap ada kolam persendirian/ private pool. Bestlah boleh mandi puas-puas tanpa orang kacau. Tambah pula musim pandemik macam sekarang. Kalau bilik lain, ada jakuzzi. Hanya villa sahaja ada private pool.

Bila malam pula, ada pertunjukkan air pancut selama 15 minit. Jadi siapa yang duduk di bilik deluxe, superior dan water chalet boleh tengok terus dari bilik, tapi untuk mereka yang bermalam di villa, kena keluar ke lobby untuk tengok water show ni. 


Untuk menjaga SOP sebab wabak Covid-19, sarapan akan disediakan dan dihantar ke bilik/ villa korang. Jadi, jangan lupa untuk pilih menu sarapan daripada senarai yang diberikan. Korang juga boleh pesan makanan untuk dihantar pada masa lain, dengan cas tambahan.

Antara menu sarapan yang korang boleh pilih adalah:
 
❄ Set nasi lemak + rendang ayam + desserts + buahan + 1 botol jus.
❄ Set bihun atau mee goreng + ayam goreng + telur rebus + desserts + buahan + 1 botol jus.
❄ Sandwich telur + telur dadar (omelette) + sosej + baked beans + buahan + 1 botol jus.
❄ Set roti canai + kuah kari & dhal + desserts + buahan + 1 botol jus.
❄ Set sosej + telur dadar + kentang wedges + bijirin sarapan + 1 kotak susu segar.
 

Memang feeling holiday habis bila makan sarapan di tepi private pool ni. Boleh siap buat photoshoot makan dalam kolam ala-ala Bali macam tu. Sempat juga kami mandi sebelum check-out pagi tu. Mandi puas-puas sebab private pool tak payah kisah pasal orang. 


 
Entry ini dibawakan khas dengan kerjasama: Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Terima kasih daun keladi kepada penaja kami, Dr Beau Malaysia. Jom travel dalam negara!
 
 
Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official

______________________________________________

Jemput baca juga:
 
Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS