Itinerary 2H1M di Jelebu, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum korang,
 
Negeri Sembilan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang ada di Malaysia. 
 
Tahu tak korang, Negeri Sembilan dapat namanya daripada kumpulan sembilan kawasan. Dahulu, negeri ini dipengaruhi oleh Kerajaan Pagar Ruyong di Sumatera Barat yang menggelar sebuah kawasan pentadbiran sebagai 'nagari' dan ditukar kepada 'negeri', mengikut loghat orang tempatan. 
 
Kumpulan negeri-negeri kecil atau sekarang dikenali sebagai mukim ini kemudiannya membentuk Negeri Sembilan. Sembilan mukim ini adalah:  Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar.
 

Kali ini saya nak bawa korang terokai salah satu daripada 9 daerah yang ada di Negeri Sembilan, iaitu Jelebu atau orang kat sini panggil, Luak Jelebu sebab diketuai seorang Undang bergelar Datuk Undang Jelebu mengikut Adat Perpatih.
 
Perjalanan (80-90km melalui LEKAS/ Jalan Kuala Klawang-Seremban → Route 86) daripada Kuala Lumpur nak ke Jelebu mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam 30 minit.
 
Sejarah pembukaan Jelebu berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau yang terawal ke Tanah Melayu. Pada asalnya, Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda. Uniknya masyarakat disini masih lagi mengamalkan Adat Perpatih sampai ke harini.⁣
 

Pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Sampai sahaja di Pekan Kuala Klawang, Jelebu, terus nampak papan tanda Jelebu. Kebanyakkan bumbung banggunan dikawasan ini pun memang direka dengan rekaan Minangkabau. Unik dan lain daripada daerah dinegeri lain.
 
Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran Daerah Jelebu. Pekan ini terletaknya banggunan pentadbiran seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah.
 
Pekan-pekan utama di Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.⁣


 
Nam Theng Kopitiam
 
Pit stop pertama bila sampai di Pekan Titi sebelum nak explore Jelebu adalah untuk sarapan dna isi perut dengan makanan pagi orang tempatan. 
 
Walaupun nama "Nam Teng Kopitiam", tapi makanan yang dihidangkan disini inshaAllah Halal sebab yang meniaga disini adalah orang Melayu (makanan) & Cina (minuman) dibawah satu bumbung.⁣

Yang buat roti canai adalah pakcik Melayu. Nak makan nasi lemak, bihun, mee goreng pun ada seorang akak Melayu ni jual kat sini juga. Antara makanan yang kami cuba adalah: Roti Canai (RM1.10),Kuey Teow Goreng (RM4.00), Teh Tarik (RM1.40) dan Cham Ais (RM2.00).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pekan Titi, Jelebu
 
⁣Pekan Titi kaya dengan sejarah sebelum Malaya mendapat Kemerdekaan.
 
Pada Zaman Jepun sekitar tahun 1941-1945 dahulu, ramai orang Cina telah dibunuh oleh tentera Jepun yang berdendam dengan orang Cina. Kat sini pun ada tugu peringatan yang telah dibina di kawasan perkuburan Cina di Pekan Titi.

Pada Zaman Darurat dalam tahun 1945-1952 pula, ramai pengganas komunis berkubu disini untuk mengadakan perbincangan sebelum menyerang dan juga menyimpan makanan. Ada juga orang cakap kubu bawah tanah komunis tu masih lagi wujud sampai sekarang. 
 
Bukit Tangga dan Gunung Telapa Buruk merupakan lokasi penting dan strategik bagi menghilangkan diri daripada dijejak oleh tentera Komanwel. 
 
 

 
 
Majoriti penduduk disini adalah orang Cina yang kebanyakkannya berasal dari suku Hakka. Menurut orang tempatan, sejarah penghijrahan suku Hakka ini bermula dengan kekalahan mereka dalam ‘Pemberontakan Taiping’ pada tahun 1864 dahulu dan menyebabkan mereka untuk menetap di sini.

Sejumlah besar penduduk di Pekan Titi menyara diri mereka dengan aktiviti pertanian tanaman buah-buahan dan sayuran seperti buah Nenas, jagung, ubi keledek, sayuran kekacang dan banyak lagi.
 

 

 
Tokong Kwong Fook Kong
 
Di Pekan Titi, ada beberapa tokong dan salah satu yang paling tua ialah Tokong Kwong Fook Kong Tokong ini dibina pada tahun 1892, berusia lebih dari 100 tahun dan merupakan salah satu tokong Cina yang tertua dibina, masih wujud dan digunakan sehingga ke hari ini. ⁣
 

 

 
 
Rumah Tradisional Jelebu
 
Rumah tradisional Jelebu ini terletak di Laman Padi Kampung Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan.⁣

Juga dikenali dengan nama "Rumah Gadang Budi" yang dikatakan sudah berusia lebih dari 140 tahun. Merupakan sebuah rumah kayu tradisi yang dibina tanpa paku dengan senibina asli Minangkabau yang dahulunya terletak di Gunung Pasir, Sri Menanti dan kemudiannya dipindahkan ke Kampung Gagu.⁣
Kawasan rumah ini dikelilingi sawah padi, bukit bukau dan dusun buah.⁣ Selalunya kalau musim orang kahwin, ramai pasangan yang nak buat majlis atau ambil gambar perkahwinan disekitar kawasan rumah tradisional ini.

 




Restoran Fatimah Kuala Klawang

Selepas penat seharian explore tentang tradisi dan sejarah Jelebu terutamanya disekitar Pekan Kuala Klawang dan Pekan Titi, kami pun singgah di restoran tempatan yang menyajikan sajian tempatan orang Negeri Sembilan.

Bercakap tentang menu wajib yang orang patut makan kalau berada di Negeri Sembilan, semestinya Masak Lemak Cili Padi. Restoran Fatimah Kuala Klawang menyajikan pelbagai lauk masak lemak cili padi, antaranya ialah ikan keli, ikan kembung, ayam dan daging.


Masjid Kuala Dulang
 
Masjid Kuala Dulang merupakan masjid yang tertua di Jelebu dengan usia yang hampir 400 tahun. Diasaskan oleh Dato' Nika dan Mudim Khatib Raja yang merupakan pendakwah dari Minangkabau, orang yang mula-mula menyebarkan agama Islam di Jelebu pada abad ke-16 dahulu.
 
Banggunan masjid yang terletak di Kampung Peninjau ini sebenarnya merupakan sebuah bangsal beratap nipah yang dibina sebagai tempat untuk pendakwah ini berteduh. Bangsal ini akhirnya dinaik-taraf menjadi masjid berbatu. 
 
Namanya pula diambil dari peristiwa kehadiran dulang yang berisi makanan yang tidak diketahui daripada siapa. Dulang-dulang makanan ini sentiasa cukup walau seramai mana pun jemaah yang hadir. Namun, peristiwa dulang ini telah ghaib sejak 300 tahun lalu.

 
Dihadapan masjid ini juga ada kawasan tanah perkuburan Islam lama. Tanah perkuburan Islam ini masih kekal sehingga hari ini. Boleh nampak batu-batu lama yang orang dahulu pakai sebagai batu nisan.


Habis menjelajah di sekitar Jelebu, kami pun nak terus gerak ke Lenggang. Dari Pekan Kuala Klawang nak ke Lenggeng mengambil masa dalam kurang daripada 1 jam.

 
Kuih Boom Tempayan
Batu 3, Kampung Kampai Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (7AM-7PM).
 
Nak jumpa gerai kuih boom tempayan ini senang saja. Boleh Waze atau Google Maps "Kuih Boom Tempayan Jelebu", memang mesti jumpa. Gerai ini pun memang tepi jalan je, jadi mudah nampak dari jauh.  

Gerai ini dimiliki oleh Pakcik Abdul Rahim bersama dengan isteri yang dah meniaga kuih boom ni sejak 15 tahun lepas lagi. Pakcik Abdul Rahim belajar resepi membuat kuih ini daripada (ibu/ayah) beliau pada masa muda.
 
Pertama kali rasa kuih tradisi orang dulu-dulu, Kuih Boom Tempayan.  Kepakaran mereka, kuih boom tempayan ni rasa rangup diluar dan lembut didalam dan dihidangkan bersama dengan sos sambal yang ada rasa manis-pedas. Perfect combination! 
 
Sebiji kuih boom yang sebesar segenggam tangan saya dijual dengan harga RM0.60 sahaja.
 
 

 
Akar Kayu Warisan 86
Kampung Pengenting, Kampung Tanjung Berangan, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
Waktu operasi: Setiap hari (8AM-12AM).

Kedai Akar Kayu Warisan yang terletak di Route 86 ini memang popular dan dikenali oleh orang tempatan. Akar kayu telah digunakan dan dibuat air untuk diminum oleh orang tua-tua sejak zaman dahulu lagi bagi mencegah pelbagai penyakit.

Ada 7 jenis air akar kayu yang boleh korang dapati disini termasuklah: Balik angin, tengkuk biawak, lelada, lelimau, akar dawai, tongkat ali hitam dan akar susu.

Air akar yang paling disukai adalah: Akar biawak kerana dapat mencegah kanser, mampu membersihkan buah pinggang, membantu melancarkan aliran darah dan saraf, membantu sakit sendi dan bengkak. Selain itu, orang lelaki paling suka dengan air tongkat ali.
 
 

 
Menarik betul tengok macam mana mereka sediakan dan rebus akar kayu untuk dibuat air ini. Caranya mudah sahaja, tapi prosesnya itu memang memakan masa yang lama. Menurut pakcik tuan kedai, setiap periuk air akar ini direbus selama semalaman (8-10 jam).
 
Lebih menarik lagi, air rebusan ini direbus menggunakan arang kayu api. So memang akan ada sedap bau kayu api dan dapat memaksimakan kebaikan daripada akar kayu tu sendiri.
 
 
Jujur cakap, saya ingatkan air akar ini akan rasa pelik, tak sedap dan pahit. Tapi lepas minum, rasa dia tak adalah teruk sangat. Memang tak pahit langsung, ada rasa macam kelat-kelat sikit, lebih kurang macam teh cina.

Sesuai sangatlah untuk orang yang macam saya, yang tak minum jamu dan tak suka benda pahit. Air akar ini boleh la masuk tekak. Cuma agak kembung perut nak habiskan satu cawan besar, kalau ada pisang goreng ke keropok lekor baru layan. Haha
 
 
 

 
Antagho Durio Resort
Lot 1830, Batu 19 1, 2, Kampung Gedang, 71600, Negeri Sembilan.

Resort yang baru sahaja nak buka ini terletak berhampiran dengan Kuala Klawang. Antagho Durio menadapat namanya disebabkan berada di kawasan dusun durian.

Resort ini dibangunkan oleh bekas atlet memanah negara yang pernah memenangi Anugerah Sukan Negara pada tahun 1991, W. R. Jamarulan Ramli bersama dengan isteri beliau. Lebih menarik lagi, semua rekaan luaran dan dalaman resort ini adalah 100% hasil tangan pasangan suami-isteri ini.

 
Bilik/rumah yang akan ditawarkan kepada pelanggan bukan biasa-biasa, terdiri daripada beberapa konsep menarik seperti Rumah Tradisional, bilik bunker dan bilik kabin. Bilik yang paling menarik perhatian saya adalah bilik bunker.
 
Korang juga boleh menikmati fasiliti yang ada disini seperti kolam renang, tempat BBQ, dataran terbuka, memanah, memancing ikan talapia, bagi makan ikan koi dan campfire.

 
 
Hype Motorsports Hotel, Nilai
Lot 31582, Putra Nilai, 71800 Nilai, Desa Kolej, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
 
Mesti korang tertanya juga, kenapa pilih hotel di Nilai? Sebabnya, esok kami nak terus ke Seremban melalui lebuh-raya. Jadi hotel ini merupakan pilihan yang terbaik sebab dekat nak ke Seremban.
 
Hype Motorsports Hotel, Nilai terletak hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 15 minit dari Sepang International Circuit, menjadikan kedudukan hotel ini strategik untuk mereka yang nak menginap dikawasan sini.

 

 
 
Kat sini ada 75 bilik atau kat sini deorang panggil 'pits' yang direka dengan unik mengikut tema hotel ini iaitu konsep sukan permotoran/ motorsports. Harga bilik disini bermula daripada RM140 hingga RM210 tergantung jenis bilik.

Pit yang suami dan saya pilih bilik Legend Hollywood King yang berada di tingkat 1. Bilik pit ini adalah bertemakan Hollywood. Menariknya disini, untuk bilik yang ada tema/theme, akan ada satu kerusi urut yang korang boleh pakai secara percuma tanpa had masa.
 

 
 
Korang boleh dapat kemudahan asas dibilik ini. Setakat toiletries, coffee/tea set dan air reverse osmosis tu memang basic ada. Peti ais, air panas dan kerusi urut pun ada. Seterika baju pula korang boleh dapatkan diluar bilik. Setiap tingkat ada satu tempat seterika baju.
 
Selain itu, mereka turut menyediakan ruang tempat bekerja untuk mereka yang perlu buat apa-apa kerja. Tapi sebab suami dan saya penat sangat explore Jelebu, baring je atas tilam dan bantal yang lembut gila, terus terlelap sampai pagi esok. Haha.
 
 
Western Paddock Club
 
Masa kami sampai sahaja di hotel ni, memang dah malam. Lepas check-in, dan bersihkan diri memang terus lapar. Korang pun tahu, kawasan Nilai kan besar, setengah kawasan nak ke restoran makanan pun jauh. Tapi di hotel ini, siap ada monster food-truck kat luar lagi.
 
Food-truck makanan ini terletak hanya bersebelahan luar banggunan hotel. Menu makanan yang dihidangkan boleh tahan sedap, sebab dimasak juga oleh chef dari Hype Motorsports Hotel. Macam-macam menu ada, harga memang murah.
 
 
Banyak juga makanan yang kami cuba. Ini antara list menu yang korang boleh cuba:

Baby John (daging/ayam) RM6.00 ★★★★☆
Fisherman Fish & Chip RM10.00 ★★★☆☆
Prawn Aglio Oglio RM8.00 ★★★☆☆
Kuey Teow Goreng RM6.00 ★★★★☆
Malindo Hype Fried Rice RM8.00 ★★★★☆
 

 
Selesai mengembara di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Jemput baca entry pengembaraan kami yang seterusnya ke Seremban dan Port Dickson. Terima kasih tak terhingga untuk Dr Beau Malaysia sebab menaja pengembaraan kami.

Jutaan terima kasih kepada Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) untuk team pengembaraan kali ini yang best serta Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Jelebu sebab sudi menjemput team kami untuk explore Jelebu!


Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official

______________________________________________

Jemput baca juga:
⚡ Seremban:
⚡ Rabbit Fun Land, Lenggeng: nurulzayani.com/mini-zoo-rabbit-fun-land-lenggeng
 
Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS