Berbuka Makan Shellout Sedap di Ombak Kitchen Bangsar

Salam Ramadan Kareem korang!
 
Apa khabar korang Ramadan kalini? Korang team masak dan makan kat rumah atau team dine-in kat luar? Macam saya dan suami, kami selalunya berbuka dirumah sahaja, ada la kadang-kadang tapau then makan kat rumah.

Tapi sebab haritu ternampak promosi "Iftar Ramadhan Seafood Cajun" daripada Ombak Kitchen, memang dah lama juga plan nak cuba makan kat sini. Itu yang haritu terus ajak suami berbuka kat sini. Kami beberbuka shellout sedap di Ombak Kitchen Bangsar.
Sengaja kami pilih untuk berbuka puasa makan shellout di Ombak Kitchen Bangsar sebab kebetulan kami ada event disekitar kawasan Bangsar haritu, jadi alang-alang berbuka terus kat sini. Cawangan ini dibuka pada  April 2019.

Kalau korang nak berbuka kat sini, saya sarankan untuk buat tempahan dahulu, sebab tempat terhad, dengan nak menjaga SOP dan jarak sosial, maka cawangan Ombak Kitchen Bangsar boleh memuatkan dalam 70-80 orang pada satu-satu masa.

Paling suka cawangan ni sebab parking senang dan banyak. Rezeki kami datang dalam 6.30PM haritu, ada parkir kosong betul-betul depan restoran. Dahla musim hujan ni, so parkir dekat memang satu bonus yang best.
 

 
 
Lepas dah scan MySejahtera dan periksa suhu badan, masuk je restoran ni feeling dia lain macam betul. Sangat cosy dan chill je.
 
Dekorasi Ombak Kitchen Bangsar yang rustic dan straight-to-the-point, korang masuk je, terus tahu yang korang berada didalam restoran makanan laut. 

Yang special di Ombak Kitchen adalah speciality sos dia, Red Hot Sauce (Cajun), sebab tu deorang dilabel dengan tagline "best Cajun seafood restaurant in town", sebab deorang memang serve makanan laut yang segar dan sos yang sedap.
 
 

 
Untuk bulan Ramadan 2021, ada 3 pakej yang korang boleh pilih. Kalau yang stay area berdekatan nak delivery pun boleh, hanya tempah pesanan bermula dari jam 3PM-6PM.
 
 🦐 Set Shifaa RM199.00++ (2-3 pax)
Appetizer: Satay ayam, Lamb Shawarma, Bebola daging
Combo seafood: Udang XL, Baby lobster, Scallop shell on, Clam Hamaguri, kentang, jagung, Sosej keju, Nasi.
 
🦀 Set Najwa RM399.00++ (4-5 pax)
Appetizer: Satay ayam, Lamb Shawarma, Bebola daging, Tiram bakar.
Combo seafood: Ketam XL (2 ekor), Udang XL, Scallop shell on, Clam Hamaguri, Blue mussel, kentang, jagung, Sosej keju, Nasi.
 
🦞 Set Alisha RM599.00++ (6-7 pax)
Appetizer: Satay ayam, Lamb Shawarma, Bebola daging, Tiram bakar.
Combo seafood: Alaskan King Crab, Ketam XL (3 ekor), Udang XL, Scallop shell on, Clam Hamaguri, Blue mussel, Sotong, kentang, jagung, Sosej keju, Nasi.
 
Korang juga boleh add on value seafood berikut:
↠ Ketam UP Gred H7 RM49.90++
↠ Ketam Gred H7 RM79.90++
↠ Canadian Red Lobster RM119.90++
↠ Alaskan King Crab RM199.00++
 
Setiap set ni siap ada appetizer, combo seafood dengan sos cajun, dessert dan minuman. Dessert dan minuman dihidangkan secara buffet dan free flow. Jadi korang boleh ambil je apa yang korang nak.  Untuk dessert ada seleksi kuih-muih Melayu, seleksi kek, pastri dan buah-buahan.
 

 
 
 Kami berbuka Set Shifaa di shellout Ombak Kitchen Bangsar.

Banyak juga portion dia kasi untuk set yang makan 2-3 orang ni. Rasanya boleh je nak makan untuk 4-5 orang, kalau korang jenis tak makan banyak. Jujur cakap, set ni saya kenyang makan appetizer dia, lepas tu nak makan shellout dah tak ada space sangat dalam perut. Haha.
 
  
Oh, masa tengah pilih pakej menu tu, memang Baked Oyster ini menarik perhatian betul. Favourite saya ni, jadi kami ambil pakej Shifaa dan add-on tiram bakar dengan keju ni sebab nak cuba. Serious sedap sangat memang tak rugi add-on. Berebut-rebut kami makan. Haha :D
 

 

 
Kat Ombak Kitchen pun ada speciality yang tersendiri, deorang punya special, sos cajun dia. Sedap, ada rasa pedas-pedas tapi tak terlalu pedas sangat. Sesuailah untuk deorang yang suka makan seafood dengan sos yang mild pedas.
 
Red Hot Sauce (Cajun) merupakan sos speciality khas yang korang hanya boleh dapat di Ombak Kitchen sahaja sebab resepi sos ni special.

Saya suka dengan seafood yang dihidangkan sebab sangat segar dan manis je. Portion pun memang terlebih untuk 2 orang makan, dan paling penting deorang tak kedekut udang besar XL ni. Even sotong dia pun saiz XL tau.
 

Kalau korang tanya saya, berbaloi ke nak makan bebuka puasa shellout di Ombak Kitchen dengan harga RM199.00++ ni? Jawapan saya: Kalau korang jenis tak berkira tentang makanan, especially yang sedap dan seafood lover macam kami, berbaloi la.

Jujur cakap, ni pertama kali saya makan shellout yang tak ada bau hanyir. Kebanyakan restoran saya makan, dah la portion sikit, bau hanyir pula tu. Tak lalu nak makan. Cuma saya rasa hidangan kat sini oily sikit, kalau dapat kurangkan, pun lagi nice.







Pakej Ramadan 2021 Ombak Kitchen:
3PM-6PM (khas untuk delivery)
 Dine-in berbuka: 6PM hingga restoran tutup, 10.30PM

Cawangan Ombak Kitchen
Contact: Bukit Jelutong - 010 220 5946 / Bangsar - 0102405946
 
 Ombak Kitchen
Website: www.ombakkitchen.my
Instagram: www.instagram.com/ombakkitchen
Facebook: www.facebook.com/ombakkitchen
 
 
 
Salam Ramadan,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS