Pengalaman Cuba Hydrafacial Treatment di Laco Clinic

Hello beautiful people!

Saya nak kongsi dengan korang, sebuah spa aesthetic yang saya visit pada November 2019 sebab masalah kulit yang ada ada. Masa tu, kulit saya breakout sebab banyak trip travel (sebab makeup lama dan tak cukup air).
 
Banyak la juga masalah kulit saya masa tu. Antara masalah besar adalah pori tersumbat, kulit muka berminyak, masalah jerawat dan kulit nampak kusam. Selalunya kulit muka saya akan ada masalah ni terutamanya lepas balik daripada trip. Maybe sebab badan penat, kulit pun jadi penat. Haha

Masa ni, LACO Clinic baru buka cawangan terbaru di Puchong. Saya nampak beberapa rawatan yang ada dan berminat dengan rawatan Hydrafacial Treatment. Alang-alang pula deorang masa ni suka buat promosi. Terus kena racun. Hehe

 

 
Hydrafacial seperti nama dia, merupakan rawatan yang akan mengembalikan kelembapan kulit. Dalam rawatan ni ada beberapa langkah yang juga akan membantu membersihkan kulit, exfoliate, merawat kulit dan of course melembapkan kulit.
 
Bila kulit dah dapat rawatan, nutrient dan kelembapan yang cukup, maka kita pun akan dapat kulit yang lembut, anjal dan sihat dan nampak muda!

Antara kebaikan Hydrafacial Treatment di Laco Clinic adalah:
✅ Melembapkan dan melembutkan kulit;
✅ Membantu mengurangkan pembentukan black head dan white head;
✅ Membantu tekstur kulit;
✅ Mengurangkan pori terbuka.


Korang disarankan untuk buat tempahan sebelum datang ke LACO Clinic, sebab kat sini selalu penuh kalau walk-in. Masa call deorang untuk buat tempahan boleh la tanya kalau ada apa- apa promosi yangs edang berlangsung.

Nak cari parking di LACO Clinic cawangan Puchong mudah. Masa saya pergi tu memang banyak parking, kalau ada rezeki lebih jumpa la yang dekat dengan outlet. Branch LACO Clinic Puchong ni berada di kawasan deretan shop lot.
 
Masa sampai tu, korang kena daftar dahulu. Kalau dah pernah datang, hanya perlu bagitahu nama sebab deorang ada rekod. Rekod ni penting juga sebab nak tengok perjalanan kulit korang sepanjang rawatan kat sini. Siap ada consultation lagi yang akan nasihat rawatan apa yang sesuai untuk masalah korang.



Cawangan LACO Clinin Puchong besar juga. Bilik rawatan berada di tingkat atas, jadi lepas daftar staff akan guide korang untuk naik. Terima kasih juga kepada adik saya, Zahidah sebab teman saya masa buat facial kat sini. Ruang menunggu kat sini pun selesa.

Bila dah ready, boleh la masuk bilik rawatan. Korang akan diberikan kain untuk tukar dan pakai sepanjang rawatan. Barulah baju korang tak kotor. Lepas tu, selesa la sikit nanti therapist tu nak urut bahu dan kepala semua. Therapist saya perempuan, jadi tak risau la pasal aurat ke apa.

Ada 6 langkah yang ada didalam Rawatan Hydrafacial di LACO Clinic:

Double cleanse  
Exfoliation 
Extraction 
Light point pressure massage 
Hydrating Mask 
Serum-infusion.
 
Kat bawah saya terangkan dengan lebih teliti lagi step yang ada didalam langkah-langkah buat facial Rawatan Hydrafacial di LACO Clinic. Masa untuk buat rawatan ini mengambil masa kurang daripada 1 jam 30 minit. Tergantung keadaan kulit korang, ada yang kurang dan ada yang lebih masa.

Step 1: Remove Makeup 
Step 2: Double Cleansing

Kedua-dua step ni step biasa yang kebanyakan spa akan buat. Wajib bersihkan kulit sebelum rawatan, walaupun saya tak pakai apa-apa makeup masa datang ni (pakai eyeliner dan lipstick saja, tapi kulit muka selalu terdedah dengan kotoran.


 Step 3: Scrub
 
Sebenarnya, penting juga untuk skrub muka sendiri, paling tidak pun 2 minggu sekali. Skrub ni penting untuk buang kotoran degil dan kulit mati yang ada pada kulit. Tapi tak digalakkan untuk mereka yang kulit tengah breakout teruk.

Best juga skrub kat sini, dia pakai skrub yang ada beads yang halus. Jadi rasanya lebih lembut pada kulit. Lepas tu siap ada face massage sikit, baru la syok. Hehe.

 

 Step 4: Extraction

Part ni yang paling saya tak beberapa suka sebab sakit tapi sangat satisfying dalam setiap rawatan facial. Facial extraction merupakan satu proses dimana therapist akan cuba keluarkan black head, white head dan jerawat yang mudah keluar dari muka korang.

Jenis jerawat yang jauh kedalam kulit tu selalunya deorang tak sentuh sebab extraction ni non-invasive. Maknanya deorang takde nak pakai pisau ke jarum tebal ke apa. Cukup untuk "pop" kan jerawat atau black dan white head korang je. 


Step 5: Facial & Shoulder Massage

Merupakan step paling saya suka dalam setiap rawatan facial. Haha. Siapa tak suka urut kan, memanglah kalau muka tu muta boleh urut sendiri, tapi kalau ada yang lagi pakar yang tahu urut lagi best. Setiap point yang therapist ni tekan dan urut memang boleh terlelap saya.

Kat sini urutan muka dia unik sikit sebab walaupun kat muka pun ada minyak khas yang digunakan untuk urut muka kita. Selalunya spa kebanyakan akan pakai serum sebab minyak kan tak sesuai nak letak kat muka, tapi kat sini deorang pakai minyak yang sesuai untuk muka.


Step 6: Double Mask

Lepas muka dah merah-merah dengan proses extraction tadi, therapist akan letakkan mask yang pertama. Mask pertama fungsinya adalah untuk menyejukkan kulit muka. Bau mask ni wangi je, dan memang sangat sejuk dan relaxing.

Mask kedua baru lah mask special Hydrafacial Treatment di Laco Clinic. Ada beberapa kandungan didalam special mask ni yang akan membantu melembapkan dan melembutkan kulit korang supaya kulit mempunyai kandungan hidrasi yang baik.

Jadi bila kulit dan cukup lembap dan kandungan hidrasi yang baik, barulah kulit muka boleh focus untuk memperbaiki masalah yang lain seperti mempercepatkan proses baikpulih dari jerawat, meningkatkan pengeluuaran kolagen dan banyak lagi.



Lepas dah buat facial, baru lah kilit boleh heal dengan sendiri. Anggap sahaja rawatan facial ni untuk membantu nak "boost" kulit muka. Saya perasan kalau kulit dah bersih dan dapat nutrisi selepas facial, nak pakai skin care pun mudah dan cepat je nampak kesan dia sebab kulit dah selesa.

Lepas buat memang terus nampak kesan dia. Selalu lepas rawatan, kulit akan ambil masa beberapa hari untuk serap dan terima hasil rawatan tadi dan juga untuk rawat sendiri kesan merah rawatan. In fact, dalam seminggu lepas buat rawatan pun masih nampak kulit saya glowing dan sihat.


LACO Clinic 
Puchong Branch
27, Jalan Merbah, Bandar Puchong Jaya, 47170, Selangor.
 Contact: 03 8079 0303

Facebook: www.facebook.com/lacoclinic
Instagram: www.instagram.com/lacoaestheticclinic
 
Contact Cawangan LACO Clinic:
(Taman Usahawan Kepong) - 012- 3889228
 (Bandar Puchong Jaya) - 012- 7002900



Till then,
 

Post a Comment

14 Comments

Bae Roslan said…
lama tak manjakan muka ni, lepas mco ni boleh try buat treatment ni, nampak kulit muka yani lebih sihat lepas treatment
banyak kebaikan hydrafacial ni ya.. baru tahu..mmg nampak beza muka zayani sebelum dan selepas... lbh bersih dan berseri-seri
Rawlins GLAM said…
Memang ketara nampak perubahan pada wajah. Lamanya Rawlins tak manjakan wajah diri nie - ditambah dengan pandemik nie, huhu pakai mask je kat rumah huhu
Unknown said…
Bestnya pergi pamper diri macam ni. Since pandemic started i rarely do any of this.
Kitkat Nelfei said…
Wow! look at the result after a week.. sangat promising ye...boleh usha facial treatment yang mereka offer ni..
Ruby said…
Nampak hasil kulit wajah Zayani lebih berseri ya. Syok betul dapat facial. Dah lama tak pi facial. Wuwuwuu.
Sis Lin said…
Rindu betul nak manjaakan diri.. rasa muka ni dah kelat-kelat dah macam kulit avocado hahahaha.. buat kat rumah tak sama dengan kat spa kan..
marsha said…
Perubahan nampak ketara after 1 week pun. Memang menarik ni. Lebih bertenaga dan sihat kulit
Nadia Johari said…
Syok ni buat rawatan muka. Sambil muka terjaga dapat rasa la macam orang duk belai2 muka kita.. Hahaha. Nampak beza kesannya.. Makin lawa. Kulit nnapak cantik
I miss facial pampering time! Huhuhu dah lama tak pergi! Once MCO lifted I also nak try Hydrafacial Treatment coz the result so good!
Siti Awadah said…
Manjakan diri! nampak berbeza sebelum dan selepas. Rawatan begini sangat bagus untuk bantu atasi masalah kulit wajah, baru makin berseri
Marina Bashah said…
Lama dah tak buat rawatan muka ni. Nampak perbezaan sebelum dan selepas buat rawatan.
Tini Alif said…
Wah! Memang ada perbezaan la kulit Zayani sebelum dan selepas Hydrafacial Treatment... dulu dah berseri sekarang makin berseri-seri gitu... nak buat jugalah membersih, exfoliate, merawat dan melembapkan kulit ni... Nak hydratekan kembali kulit wajah ni ha... Balik KL nanti boleh pegi insyaAllah...
Suraya said…
Berapa ye total cost utk rawatan yang cik buat ni... Mind to share?

FOLLOWERS