Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Yay, Alhamdullilah Malaysia dah semakin baik. Ramai dah ambil vaksin, dan kita pun dah dibenarkan untuk keluar rumah, merentas daerah dan negeri. Dah lama terperuk kat rumah sejak PKP. Bila habis je lockdown, paling best sebab boleh food hunting ^_^
Lepas je dapat tahu yang BBQ Lamb KL Kemensah dah mula beroperasi, terus kami buat tempahan untuk makan kat sini. Waktu operasi BBQ Lamb KL Kemensah adalah bermula dari 10 pagi hingga 7 petang. Menu yang ditawarkan pun sesuai makan tengah hari dan malam.
Lama betul tak lepak dan makan dengan suasana yang lain daripada yang lain. Kalau korang mencari lokasi makan didalam sungai atau lokasi makan di KL yang unik, sinilah tempatnya.
Apa yang Menarik di BBQ Lamb KL Kemensah?
BBQ Lamb KL Kemensah terletak Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor. Kalau nak datang, boleh pakai je Waze atau Google Maps: BBQ Lamb KL Kemensah, InshaAllah jumpa.
Landmark, Zoo Negara. Lepas tu kena masuk kedalam kawasan kampung sikit, dalam 5 minit perjalanan kereta, korang akan sampai. Tempat ni sebelah kanan. Untuk parkir pula, korang boleh parkir kereta di tempat parkir belah kiri tu. Last saya datang, parkir free.
Saya sarankan korang untuk buat tempahan kalau nak dine-in di BBQ Lamb KL Kemensah, terutamanya kalau korang nak datang ramai-ramai. Kalau datang 1-2 orang tu, maybe mudahlah nak dapat tempat duduk, tapi kalau dalam group better buat tempahan.
Booking melalui Whatsapp, dan kalau nak lock slot korang perlu bayar deposit sebanyak RM50.00 untuk confirm booking. Duit tu nanti boleh tolak dalam total bayaran makanan korang nanti sekali.
Nasib baik kami buat tempahan haritu. Kami ambil slot pukul 10 pagi pun macam dah nak penuh restoran, walaupun pada hari bekerja. Kalau weekend tak tahu la memang takda kosong kalau walk-in. Kalau tak book, memang kena tunggu kosong baru boleh slot in.
Itupun hari tak hujan, kalau hujan mesti penuh meja semua. Tapi bagusnya BBQ Lamb KL Kemensah sebab mereka beroperasi dengan kapasiti 80% pelanggan untuk booking, jadi ada 20% kapasiti kosong untuk mereka yang walk-in atau kalau hujan kena dine-in di kawasan Riverside.
Ini sebenarnya dah kali ke 6 macam tu saya datang ke BBQ Lamb KL Kemensah dan makan kat sini merupakan salah satu port makanan yang saya suka. Best juga lepak sambil dating kat sini, ataupun nak lepak dengan kengkawan.
Kalau orang tanya pengalaman dan apa yang sedap makan di BBQ Lamb KL Kemensah dan kenapa saya suka makan di BBQ Lamb KL Kemensah adalah sebab:
🌻 Environment: Suasana mendamaikan masa makan, dengan bunyi air sungai yang mengalir dan lokasi yang tak terlalu ramai orang. Saya suka tempat yang tak bising macam ni, baru syok nak makan.
🌻 Makanan: Pilihan makanan yang tak banyak sangat, tapi apa yang deorang ada semua sedap-sedap. Bagus sebab deorang betul focus dengan menu yang ada. Dari pertama kali datang sampai kali ke berapa ni, consistent je rasa dia.
🌻 Lokasi tempat duduk makan: Ada beberapa lokasi tempat duduk makan yang korang boleh pilih. Kalau jenis adventurous atau ada anak kecil yang suka main air, boleh makan dalam sungai. Swimming pool untuk kanak-kanak pun ada. Kalau taknak basah, boleh duduk di Riverside.
🌻 Harga: Harga makanan di BBQ Lamb KL Kemensah pula saya boleh cakap standard untuk jenis makanan daging BBQ macam ni. Sesuai dengan portion dan rasa yang sedap. Ada banyak pilihan menu dengan pelbagai range harga, pilih je mana yang korang nak.
Korang jangan risau pasal musim hujan air naik ke banjir di BBQ Lamb KL Kemensah sebab deorang InshaAllah dah terlatih untuk handle masalah air naik. Staf mereka pun dah train apa perlu buat kalau tiba-tiba air naik atau ada apa-apa masalah.
Ye lah, sebab mesti ramai yang risau tentang keselamatan nak makan di sini. Kalau risau makan dalam sungai, korang boleh makan je di atas, di kawasan Riverside. Boleh sambil-sambil dengar bunyi air sungai dan tengok permandangan sambil makan.
Bestnya kat sini, makanan semua mereka buat on the spot. Memang nampak lah deorang grill masa tu, berasap nampak kitchen dia. Proses membakar kambing yang mengambil masa lebih 1 hari setengah ini berbaloi bila daging yang dihasilkan oleh proses tu lebih lembap, manis dan sedap.
Antara set makanan BBQ Lamb KL Kemensah yang kami cuba haritu adalah:
🍗 Set Vegetarian
🍗 Set Daging
🍗 Set Lobster
🍗 Set Vegetarian
🍗 Set Daging
🍗 Set Lobster
Set Vegetarian
RM30
Dalam set vegetarian ni ada coleslaw, wrap dan potato wedges. Set ni starter, sebab sesuai je korang nak order set ni dulu sementara nak menunggu set daging BBQ atau main meal korang sampai. Sesuai untuk isi perut sementara menunggu, kot datang tu memang lapar.
Saya nasihatkan minta siap-siap sos keju dia extra sebab sedap betul cicah dengan wedges tu. Berbaloi dengan harga makan started set ni, so nanti makan daging barulah lagi kenyang.
Set Daging
RM150
Dalam Set Daging ni ada beberapa jenis daging, termasuklah daging, ayam, itik dan kambing. Set ni deorang masak style smoked (salai). Style salai ni salah satu kepakaran BBQ Lamb KL Kemensah. Set ni paling sedap bagi saya, sampai setiap kali saya datang mesti saya akan pesan set ni.
Antara Smoke lamb, smoke chicken, smoke tenderloin dan smokey duck menu BBQ yang dihidangkan ni, saya paling suka dengan smoked tenderloin (daging). Saya pula memang jenis suka makan daging, jadi bila dapat restoran yang hidangkan daging dengan perapan yang sedap, memang bertambah jatuh cinta.
Special lagi, dalam set daging ni ada 3 sos special iaitu sos BBQ spesial, sos mayonis-bawang putih dan mint. Walaupun panggang salai biasa je, tapi rempah dia yang buatkan rasa sedap sangat. Makan kosong tanpa apa-apa sos pun dah sedap.
Setiap set daging ni, sesuai untuk 4 orang sebab dalam set ni ada 4 pinggan nasi berempah, sup, koktail buah, buah potong dan free flow air. Portion memang banyak dan puas hati. Memang kenyang lah makan sebab dihidangkan sekali dengan nasi.
Set Lobster
RM150
Set Lobster ini yang paling kami excited nak cuba. Masa last kami datang haritu set ni tak ada lagi, so kali ini lah kami nak cuba. Set ni paling ramai tunggu-tunggu nak cuba, dan tak rugi kami cuba.
Sesuatu yang baru untuk dicuba, rasa dia memang sedap, rasa fresh dan manis. Lobster ni digrill sekali dengan keju, gabungan yang mantap. Dalam satu plate tu, siap ada kentang, salad dan sos. Tapi kami makan lobster ni tanpa sos, baru ngam.
Lagi rare, lobster yang kami dapat ni siap ada free telur lobster lagi. Memula ingatkan itu keju dan sos, tapi macam lain je tekstur dia, tengok betul-betul rupanya telur lobster. Baru tahu kami makan lobster betina XD
Waktu operasi: Buka setiap hari (10AM-8PM)
Last call 6.30PM
*Setiap pelanggan akan dapat slot maksima 2 jam sahaja.
BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor.
Contact/ booking: 012-211 4100
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
Contact/ booking: 012-211 4100
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
Till then,
Zayani Zulkiffli.
Jemput baca pengalaman saya makan di BBQ Lamb KL Kemensah yang lain disini:
0 Comments