Terima Kasih Rumahku, Syurgaku

Assalamualaikum,

Entry pertama untuk 2022, special sikit sebab kami nak share yang kami dah pun berpindah keluar daripada rumah yang dah 6 tahun menjadi tempat tinggal dan tempat kami berteduh. Rumahku, Syurgaku - Baiti Jannati.

Rumah pertama kami sebagai suami isteri ini sebenarnya ditumpangkan oleh Mak & Ayah. Terima kasih Mak, Ayah sebab bagi kamu berdua untuk tumpang membina hidup bersama kat sini. Dari dulu memang ada plan nak beli rumah ni daripada Mak, tapi tak ada rezeki untuk kami memiliki rumah ni. 

Sementara tunggu rumah baru yang akan siap akhir tahun 2022, kami berdua tumpang dulu di rumah Mak, yang lokasi pun dekat saja dengan rumah lama ni. Saya fikir bagus juga, dapat teman Mak yang duduk seorang diri kat rumah.



Masa mula mula duduk sini, memang rumah kosong. Dulu, sebelum kami duduk sini, rumah ni disewakan. Jadi yang duduk sini pun ada lah yang jaga dan ada juga yang tak jaga elok. Tapi masa kami dapat, sedaya upaya Mak & Ayah siapkan rumah cantik-cantik untuk kami duduk sini.

Rumah ni merupakan Rumah Teres 2 tingkat:
👉 2 tandas (1 dibawah, 1 diatas)
👉 3 bilik tidur - diatas
👉 1 Ruang tamu yang luas
👉 1 dapur yang luas
👉 + extension dapur yang Ayah upah orang untuk buat
👉 1 ruang parkir laman rumah yang luas.

Kami berdua jenis pasangan yang kawen tak plan apa-apa, tapi tetiba terus kawen. Sebab tu rumah pun tak sempat nak siapkan, jadi bila mertua offer untuk duduk sini, kami berdua bersyukur sangat. Masa tu pula memang habis saving untuk kahwin, duit pun takda nak beli banyak sangat barang.


Bila masuk rumah ni, benda pertama yang kami fikir adalah nak dapatkan barang keperluan asas seperti tilam, katil, peti sejuk, barang dapur. Yang lain-lain macam televisyen ke aircond ke kami memang tak plan pun nak beli lagi masa mula kawen.

Sebenarnya ada gambar masa memula kami nak masuk rumah ni, cuma dah 6 tahun kan, maka lupa dah letak kat folder yang mana. Kalau tak boleh tunjuk rumah kosong versus yang kami hias dengan barang masa duduk sini.


Jun 2018

Banyak kenangan kat sini. Dari memula duduk sini lagi dah pasang niat nak ajak family dan kengkawan makan-makan, kalau rezeki lebih kot boleh buat doa selamat. Beberapa kali jugak lah saya hostkan sesi makan-makan.

24 Jun 2018, pertama kali buat open house. Family dan ramai kengkawan datang. Alhamdullilah makanan cukup. Dalam gambar kat bawah ni pun ada lagi yang datang sebelum dan lepas tu tak masuk gambar. Apa-apa pun terima kasih sudi datang.

Family saya dari Penang pun boleh cakap setiap bulan mesti datang dan tidur kat sini. Okay la, selesa dan mudah kalau deorang ada urusan atau datang berjalan di KL ni, at least boleh tumpang rumah saya. Nasib baik husband pun okay. Thanks Bee ^_^


April 2020

Sebab kami berdua ni gamer, maka setiap seorang memang ada komputer sendiri. Cumanya sebab kami masa tu ada aircond satu bilik je, maka barang pc gaming kami memang dalam master bedroom sebab komputer kan panas.

Boleh bayangkan tak bilik sempit sebab komputer dalam bilik, dengan katil semua lagi. Haha. Sampailah April 2020 pun masih main dalam bilik, lepas tu ada sikit duit lebih, baru ingat tibalah masa untuk buat bilik gaming yang kami berdua idamkan sejak sebelum kawen dulu lagi.



Mei 2020

Masa Mei 2020, kami pun mula deco pelan-pelan sebab masa ni dah mula WFH jadi memang bilik ni sangat diperlukan la. Plan bilik gaming ni nak buat sekali dengan mini office kami. Jadi kami pun mula lah order barang yang diperlukan dari Shopee dan IKEA. 

Aircond pun beli juga sebab bilik ni panas, tambah ada 2 pc, memang berlecak ketiak kalau takda aircond. haha. Nasib masa ni ada sale aircond, kami pun beli dan pasang. Lepas tu order wallpaper daripada Shopee, shipping dari China, 2 minggu jugaklah tunggu.

Bila bilik ni dah pasang aircond, barulah semua barang mula letak kat sini. Masa ni pun dah mula berka dalam bilik ni sebab dah sejuk. Barulah tak kacau Faeez nak ber-meeting dan interview. Tengok kemain dia pakai studio light yang saya pakai ambil produk untuk interview.



Ogos 2020

Pada Ogos 2020 amcam tu, full siap dah bilik gaming idaman kami. Boleh lah daripada tak ada. Kat sini tempat kami bekerja, meeting, saya ambil gambar produk dan Faeez WFH.

Saya share barang apa yang kami beli dari Shopee. Saja letak kat sini untuk rujukan kami pada masa depan, dan kot lah korang pun mencari inspirasi untuk buat mini office atau gaming room budget juga.

💡 60cmx10m DIY MAtte Wallpaper (Matte Dark Grey): RM56.93/pcs
💡 PVC 60cmx10m Plain Wallpaper (Light Grey): RM9.90/pcs
💡 70x77 Wall Stickers PE Foam 3D Wallpaper: RM5.50/pcs
💡 LED Strip 5050 rgb Interchangeable 30 LED: RM8.53
💡 Computer Cable Management Sleeve: RM5.90
💡 Stitched Waterproof Mousepad Two Color Sided: RM26.80
💡 New Bee NB-Z3 Universal Headphone Stand: RM32.71
💡 Aigo DarkFlash Flex 900 RGB Mousepad: RM63.00
💡 6 color Touch Sensitive Lighting Hexagonal Lamps: RM14.00
💡 Vegeta Dragon Ball Indoor Aircond Sticker: RM5.36
💡 XIOMI Mijia Bedside Lamp 2: RM109.00
💡 XIOMI Wireless Keyboard & Mouse: RM68.80
💡 Creative TV Tissue Box: RM13.59
💡 TP-Link UB400 Wireless Bluetooth 4.0: RM22.00
💡 Logitech C922 Pro Stream Webcam: RM409.00
💡 Vention CAT7 LAN Cable: RM35.57

Ini diantara barang yang kami beli dari Shopee. Ada banyak lagi tak masuk list sebab ada yang kami beli dari Facebook, kedai dan secara dalam talian. Kebanyakan perabot pula memang beli dari IKEA.





June 2021

Lama juga plan nak stream, tapi asyik ada kekangan masa dan kesibukan. Oleh sebab PKP pada 2020 haritu, nak buat job travel blog pun tak boleh sebab lockdown, maka pada June 2021 merasa stream buat kali pertama dirumah ni.

Bilik gaming lah antara bilik yang paling kami berdua habiskan masa selain daripada bilik tidur. Selalu juga tengok movie sama-sama kat sini. 

Terima kasih kepada viewer sebab sudi tengok stream, siap bagi star lagi. Terharu sangat rasa. Sempat saya stream game Phasmophobia dan Dota 2. Dekat 3-4 bulan jugak lah merasa stream almost setiap hari jam 8malam keatas. Lepas tu, tak sempat sebab dah sibuk uruskan hal nak pindah rumah.


Banyak juga barang yang kami tinggal dan jual kepada pegantin baru, adik ipar yang akan tinggal kat sini. Kami pun faham macam mana susah dengan kekangan kewangan nak cari barang rumah. 

Barang pun masih elok lagi macam set bilik tidur, mesin basuh, aircond, peti sejuk, perabot dapur, water filter dan ada lagi lah. Duit tu nanti boleh rolling untuk keperluan rumah baru pula

Dulu masa kami mula kawen pun bukan masuk rumah terus ada barang, memang slow-slow cari perabot dan barang keperluan. Lepas tu nak survey lagi, memang kami pun kumpul pelan-pelan. Nanti rumah baru pun sama, kena start kumpul duit balik jadi pegantin baru. Hihi.

Bilik tidur ni sebenarnya lawa dah kami hias dan susun, cuma lupa nak ambil gambar sebelum keluarkan barang haritu. Consider besar juga master bedroom ni walaupun ada banyak perabot, masih lagi ada ruang untuk solat berjemaah kami berdua.



Kat bawah ni pulak gaming room lepas dah kosong. Bilik ni kecil je, tapi boleh kata nadi jantung dalam rumah ni sebab paling habis banyak masa kat sini. Gambar yang kebanyakan dalam IG: @nzayani pun kebanyakannya ambil dalam bilik ni.


September 2021

Dalam bulan Julai 2021 lagi kami dah mula decide untuk pindah keluar dari rumah ni sebab nak bagi masa kalau adik ipar nak datang repair atau renovate rumah ni. Kami ambil masa dalam 2 bulan untuk mula packing dan kemas barang.

Kebetulan pula ayah mertua saya kembali ke rahmatullah pada 29 Ogos 2021 (Mohon sedekahkan Al-Fatihah), maka kami pun decide untuk cepat-cepat pindah ke rumah Mak sebab nak teman Mak. 

Dalam pertengahan September 2021 macam tu kami dah mula tinggal dirumah Mak.



Penat betul mengemas dan pindah rumah ni kan. Saya tabik springlah kepada mereka yang selalu terpaksa pindah rumah. Tak boleh bayangkan macam mana dulu, Mama & Abah pindah rumah, dengan ada 6 adik beradik kami lagi. Setakat cuci sikit ni pun dah nak pengsan rasanya.

Terima kasih juga kepada adik kesayangan, Zulaikha sebab datang tolong Kak Long. banyak Zulaikha tolong kemas dan cuci, especially cuci part yang kotor. Untung orang muda bertenaga, saya buat kejap sekarang ni dah sakit-sakit pinggang T_T



Penat mengemas hasil duduk rumah ni dekat 6 tahun. 6 tahun duduk, korang tahu lah macam mana banyaknya barang yang disimpan kat sini. Sebelum pindah haritu pun dah berapa kali buat sesi letgo dan buang barang yang tak pakai sebab taknak bawa banyak barang yang tak pakai ke rumah baru.

Dekat 2 minggu juga lah mengemas pelan-pelan, sambil nak tunggu barang yang let go tu orang datang pickup. Nasib baik zaman social media, jadi saya perlu advertise saja barang yang nak let-go tu dalam group di Facebook, kalau ada yang mahu, datang pickup je.

Rumah baru nanti biliknya tak besar sangat, jadi takut makan space. Terpaksa let-go dan sedekahkan buku kesayangan kepada orang yang memerlukan. Tak apa, Allah cakap, kalau kita bagi barang yang kita sayang kat orang lain, banyak pahala dapat kan.



Sementara tunggu rumah baru siap, kami kan duduk sekejap di rumah Mak & Ayah, pakai bilik Faeez yang dia guna zaman bujang dulu. Alhamdullilah, selesa dan mencukupi untuk kami berdua. Kira macam sewa bilik gitu, cukup lah dengan komputer dua bijik dalam tu, dah macam bilik bujang rasa.

Barang rumah pun kami tak bawa banyak, hanya barang yang nak pakai sementara disini saja. Barang rumah yang lain tumpang dulu di salah satu bilik dirumah lama. Rumah tu pun sekarang adik ipar duduk dengan suami dia, sebab deorang pun baru lepas kawen haritu.

Nanti nak pindah ke rumah baru, senang, boleh sewa lori ke apa, untuk angkat barang dari rumah lama tu ke rumah baru nanti. Barang pun semua dah dalam kotak siap label. Harap-harap saya ingat lagi lah barang apa yang packing haritu XD



Allah berfirman,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“(Ingatlah), tatkala Rabb-mu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian. Dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
-  (Q.S. Ibrahim: 7).

Terima Kasih, Our Baiti Jannati:
- Zayani Zulkiffli & Faeez Azmi,
Anak yang bersyukur sangat ada mak & ayah yang selalu bantu kami 💌

Post a Comment

8 Comments

Faeez Azmi said…
Huhu kenangan x kan dilupakan.. Tggu rumah baru pny update plak!
Bella Jamal said…
Tahniah! Sonoknya dah ada rumah sendiri kan. Puas hati kan bila dah renovate dan tgk progress bila dah buat sana sini.
Rawlins GLAM said…
Mesti berasa sedih kan, tinggalkan rumah yang dah lama duduk, apatah lagi first house duduk pas kawen kan
Ezna Khalili said…
Rumah sis dulu sewa, beli...dari satu rumah ke satu rumah barang makin bertambah...nak bawa naik lori pun kena 2 trip. Kalau betul2 dah rumah kita tu nak beli barang pun ok lagi. Kenangan juga la kan sebab sis pun bermula dengan ada keperluan asas ajer....lama2 sikit2 kita top up.
Tini Alif said…
Memang rasa sedih kan bila tinggalkan rumah pertama dalam kita berumahtangga. Kenangan di sana sudah tentu merupakan antara detik terindah yang tidak dapat dilupakan. Tapi, perpindahan seterusnya pula adalah ke rumah baru! Tahniah tau.
Bae Roslan said…
walaupun bukan rumah sendiri tapi dah bertahun2 duduk memang rasa sayu nak pindah. moga dipermudahkan urusan pindah rumah baru nanti ye yani
Sunshine Kelly said…
Wow so glad you keep these experiences as a memory, moving house memang penat tapi kalau dah siap kemas & setup memang puas
kenangan betil... tapi seronok tgk zayani buat kat rumah tu.. momen semuanya kan

FOLLOWERS