Datuk K Dedahkan Rahsia Kejayaan Asyraf Khalid

Hai korang!

Baru-baru ni dalam group Telegram Azizan Osman (Official), ada satu posting tentang Datuk K dedah perubahan Asyraf Disebabkan Azizan Osman. 

Siapa sangka, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan saja bantu dan bimbing bisnes usahawan malah kehidupan anak didiknya juga. Contohnya Asyraf Khalid, yang mana Datuk K sendiri yang luahkan tentang rahsia kejayaan Asyraf Khalid.

Siapa yang tak nak tahu rahsia kejayaan perniagaan Asyraf Khalid yang merupakan anak lelaki Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K dan anak tiri kepada penyanyi dan usahawan terkenal negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin.


Telegram Posting
Sini

Muhammad Asyraf Khalid merupakan seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Mutyara, Jiwaku Kids & juga Kilafit.

Siapa sangka, walaupun anak usahawan dan artis terkenal tanah air, Asyraf Khalid pun pada mulanya ada masalah untuk mulakan perniagaan yang dijayakan bersama isteri tersayang, Tya Arifin iaitu Mutyara. 

Dengan menyertai kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks, Dr Azizan Osman berjaya ubah sikap Asyraf Khalid yang dahulunya merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.



Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.

Bagaimana Datuk Wira Dr Azizan Osman berusaha mendidik anak didiknya bagaimana untuk berjaya dalam hidup dengan kelas bimbingan dibawah RichWorks.


Titik Permulaan Kejayaan Asyraf Khalid

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. Keluarga Asyraf turut menjemput Dr Azizan Osman dan beberapa ahli Titan RichWorks dalam majlis itu.

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. Ujar Datuk K lagi, anak didik Dr Azizan Osman buakn sahaja dibimbing untuk berjaya dalam perniagaan, malah boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” - Datuk K.


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya. 


Ramai juga yang terkejut dengan pendedahan oleh Asyraf Khalid yang sebenarnya kejayaan beliau adalah merupakan hasil didikan RichWorks dan Dr Azizan Osman. Saya sendiri pun tak sangka yang beliau berjaya sebab ikut didikan mentor terkenal itu.

Menurut Asyraf, kemahuan untuk membanggakan ayahnya menjadi "Big Why" mengapa beliau nak berjaya. Kalau dulu katanya, dah cuba banyak benda tapi susah nak berjaya, apatah lagi nak banggakan keluarga beliau, sampailah terjumpa dengan Guru Mentor, Dato Wira Dr Azizan Osman.

Kata Asyraf Khalid lagi, dengan bantuan RichWorks dan Dr Azizan Osman, perniagaan miliknya, Mutyara Bauty betul-betul menjadi dan kehidupannya juga turut berubah sekaligus memberikan banyak perspektif baru dalam kehidupan.



Dalam hantaran di Instagram Asyraf Khalid, beliau turut berterima kasih kepada ayahnya, Datuk K dalam mendidik dan membesarkan beliau sehingga sekarang. Kata-kata "Sebaik-baik Manusia adalah Manusia yang bermanfaat pada ramai orang" menjadi pegangan beliau sekarang.  

I know it’s still a long way to go for me, but i’m so grateful of all the progress i had in my life. Hearing my father’s speech is really like music to my ears.

If you are reading this Ayah, i just want to say, thank you for raising me up the way u did, for always guiding me, for never being easy on me, and always believing in me despite my many failures in life.

I take all my so called ‘failure’ as a lesson today.

Thank you Ayah for being such an amazing Father to me & thank you to my Guru & Mentor, Dr Azizan for unleashing my full potention.

I look forward to creating more wonderful memories and making my family & people around me happy & proud.

Inshaallah, semoga Allah izinkan saya untuk menjadi Manusia yang sentiasa bermanfaat pada ramai orang.


Banyak dah cerita mengenai anak didik Dr Azizan Osman yang sudah berjaya dibawah kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks. RichWorks juga dah melahirkan beratus jutawan usahawan dengan kelas bimbingan bukan sahaja dalam perniagaan, malah dalam kehidupan juga.

Untuk korang yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Kelas Perniagaan Anjuran Richworks dan Azizan Osman, boleh layari: www.richworks.com.

Jemput juga sertai Channel Telegram Azizan Osman Official untuk info menarik tentang perniagaan dan update mengenai RichWorks.

Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS