Buffet Ramadan 2022 | I'dahlia Corner, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai korang!

Kejap je dah bulan Ramadan 1443H. Tahun ni, tak seperti masa musim PKP dulu, kita dapat peluang untuk dine-in kat restoran dan kedai makan semula. Jadi boleh lah makan di Buffet Ramadan 2022 I'dahlia Corner, Kuala Lumpur.

Walaupun dah beberapa tahun beroperasi, tapi ini merupakan kali pertama I'dahlia Corner anjurkan buffet berbuka puasa  dengan menu yang menarik dan harga yang berpatutan. 

Buffet berbuka puasa di Kuala Lumpur ini menawarkan harga serendah RM29 untuk kanak-kanak dan warga emas dan RM59 untuk dewasa. Buffet Ramadan 2022 yang paling murah so far yang saya jumpa.



I'dahlia Corner yang terletak di Persiaran Stonor memang berada di lokasi yang strategik di tengah Kuala Lumpur. Restoran ni mudah je nak jumpa sebab berada di corner lot, dengan tapak parkir berbayar pun ada di hadapan restoran.

First impression bila ke I'dahlia Corner, terpesona sebab daripada luar dah nampak tema "in the garden", bila masuk lagi lah rasa lawa sangat restoran ni. Sesuailah dengan tema mereka untuk buffet berbuka puasa tahun ini, "Buka Puasa Dalam Taman".

Restoran ni tak ada lah besar sangat, tapi cukup cozy dan selesa. Paling suka sebab at least ada penjarakan social, jadi tak adalah dekat sangat dengan meja orang lain. Suasana dalam ni pun nampak romantik je, dating pun best.




Buffet Ramadan 2022 | I'dahlia Corner, Kuala Lumpur

Lebih daripada 50 juadah berbuka puasa akan dihidangkan setiap hari dengan menu popular dan signature I'dahlia Corner, Sup Tulang Meletop. Restoran ini memang terkenal dengan menu nasi campur dan Sup Tulang Meletop dalam kalangan orang sekeliling.

Bestnya menu buffet Ramadan di I'dahlia Corner sebab mereka hidangkan banyak pilihan lauk campur yang korang boleh pilih. Kita tekak Melayu, suka nasi putih dan lauk, makanya, kat restoran ni lah yang paling tepat sekali.




Antara seleksi menu lauk masakan kampung yang dihidangkan adalah:

⭐ Masak Lemak Siput Sedut
⭐ Paru goreng berempah
⭐ Ayam goreng berempah
⭐ Rendang Minang
⭐ Sambal Sotong
⭐ Asam pedas Ikan Pari
⭐ Ikan goreng bercili
⭐ Sup Tulang Meletop

Untuk mereka yang tak ada mood nak makan nasi lauk campur, jangan risau sebab ada juga Nasi lemak Stonor dan Nasi Ayam Style Johor. Tapi saya recommend, wajib cuba Sup Tulang Meletop. Siap dihidangkan dengan bihun lagi.




Jangan dah makan nasi berlauk tu, mesti nak chillkan perut dengan makanan ringan. Jadi boleh pilih daripada banyak seleksi hidangan makanan ringan yang disediakan seperti:

⭐ Kuih-muih Melayu (cucur badak, lepat pisang, kuih koci)
⭐ Goreng-gorengan (pisang goreng, keledek goreng)
⭐ Pengat pisang
⭐ Bubur kacang
⭐ Buah-buahan

Makan sambil minum dengan teh tarik atau kopi tarik yang ada pun sedap. Suka betul saya dengan teh tarik yang dihidangkan. Sedap, masa kami singgah ni pun time hujan, maka bertambah sedap air panas ni.





Siap ada persembahan show band lagi, tema macam lagi klasik regee. Sedap suara kakak dan abang yang menyanyi tu. Jangan risau, masa azan deorang pun akan stop untuk hormat waktu solat.


Terima kasih date saya, husband yang sudi teman saya untuk membela lemak dan makan. Nasib baik I'dahlia Corner banyak hidangkan menu kegemaran husband, dia memang suka lauk campur masakan kampung macam ni.


Untuk tempahan berbuka puasa dalam taman di I'dahlia Corner, Kuala Lumpur, korang boleh hubungi nombor 0123526397 atau 0122585162. Nak DM Instagram @idahlia.corner pun boleh.

Tarikh Buffet Ramadan di I'dahlia Corner, Kuala Lumpur: 
5 April - 29 April 2022
Masa: 6.30pm-10pm

Harga buffet:
Dewasa RM59, Kanak-kanak & Warga emas RM29

I'dahlia Corner
5, Persiaran Stonor, 50450 Kuala Lumpur.
Contact: 0123526397 / 0122585162

Instagram: www.instagram.com/idahlia.corner


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

8 Comments

  1. Nampak macam tak berapa besar restoran ni tapi hidangan yang disediakan banyak jugak ye?. Akak pun suka juga lauk pauk macam ni.

    ReplyDelete
  2. Harapnya boleh walk in la sebab Rawlins nak bawa kengkawan ke sana dalam waktu terdekat. Harga memang sangat berbaloi.

    ReplyDelete
  3. Suka betul nengok suasana tempatnya, hijau mata memandang.. tenang aja kalu makan sini, menunya pun banyak pilihan, berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
  4. antara tempat berbuka
    puasa hang murah dan berbaloi. pilihan makan juga sangat banyak

    ReplyDelete
  5. Menarik ye berbuka puasa kat sini, meriah iftar in the garden! Kena plan dengan my friends la ni…

    ReplyDelete
  6. Memang puas berbuka kat I'dahlia, yang penting semua masakan kita suka esp the siput sedut and also the price memang berbaloi lah.

    ReplyDelete
  7. Ya ampun... Salah timing. Tengok siang hari bulan Puasa ni terliur kita. Banyaknya pilihan. Harga pun cun

    ReplyDelete
  8. Ya ampun... Salah timing tengok waktu siang bulan Puasa. Terliur kita! HAhaa
    Menu menarik , harga cun berpatutan.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS