Buffet Ramadan 2022 | Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Assalamualaikum dan Salam sejahtera korang!

Peminat makanan laut, seafood lover wajib ke Kwee Zen Ramadan nanti untuk berbuka disini. Dengan harga yang berpatutan, korang boleh makan banyak seleksi makanan laut yang segar. 

Ada udang galah, ketam, udang, scallops, tiram, sushi, whole salmon sashimi, dan banyak lagi.

Bukan setakat makanan laut sahaja yang ada, malah, banyak menu seleksi yang bertemakam "Destinasi Rasa Serantau" yang akan dihidangkan di Restoran Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara bermula daripada 3 April - 1 Mei 2022.


Buffet Ramadan 2022 | Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Lokasi Restoran Kwee Zeen yang terletak di Tingkat G, Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara ini tak jauh dari pusat bandar. Dalam masa kurang daripada 30 minit pun boleh sampai. Kami haritu pergi naik MRT dan turun di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara atau Semantan.

Dekorasi dan suasana di dalam Kwee Zeen nampak moden dan mewah. Bila masuk terasa macam masuk kedalam restoran orang kenamaan, tapi dengan harga buffet yang berpatutan. Seating yang banyak dengan jarak antara meja membuatkan kami boleh menjamu selera dengan selesa.

Lagi feel berbuka dengan persembahan tradisional gamelan oleh kumpulan Gita Gangsa.




Pada buffet Ramadan tahun 2022, Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara menjanjikan akan menghidangkan menu yang menunjukkan kenapa Malaysia merupakan syurga makanan dengan membawakan menu special yang ada diseluruh Malaysia.

7 menu "Seven Wonders of Malaysia" yang dibawakan khas untuk pencinta makanan di Kwee Zeen:

🌸 Kambing Bakar (Selangor)
🌸 Rendang Tok Batu Kikir (Perak)
🌸 Udang Galah Masak Di Raja (Pahang)
🌸 Itik Salai Masak Lemak Chilli Padi (Negeri Sembilan)
🌸 Asam Pedas Ekor Lembu (Melaka)
🌸 Otak-Otak Lobster (Johor)
🌸 Manuk Pansuh (Sabah)

Ada beberapa menu yang pertama kali saya dengar dan jumpa, memang excited nak cuba. Manuk Pansuh yang merupakan ayam yang dimasak didalam batang buluh, dan juga Otak-Otak Lobster, something new, otak-otak yang dimasak menggunakan lobster.




Kalau dah ada seleksi menu tradisi Malaysia, tak cukup kalau tak ada dengan sambal. Orang Malaysia kan memang tak sah makan tanpa sambal pedas ni. Jadi di buffet Ramadan 2022 Sofitel Kuala Lumpur Damansara, mereka juga menghidangkan pelbagai variasi sambal.

Antara variasi sambal untuk korang rasa:

🌸 Sambal Gesek Jawa
🌸 Sambal Pauh Muda
🌸 Sambal Hitam Nyiru Belimbing Buluh
🌸 Sambal Hijau
🌸 Sambal Tumbuk Petai




Tak sah pula kalau buffet Ramadan zaman sekarang tapi tak ada sup kan. Di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, mereka bukan sahaja menghidangkan Sup Gear Box, malah korang boleh minta untuk dapatkan sup tulang atau seafood ni.

Booth stall ini juga menghidangkan menu Asam Pedas yang menggunakan lauk makanan pilihan korang seperti tulang lembu, kepah hijau, udang, ketam atau udang galah yang fresh! Standby makan dengan tangan tau kalau macam ni, baru feel.




Selain daripada seleksi menu special daripada 7 negeri di Malaysia, Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, mereka juga menghidangkan menu popular masyarakat Cina dan India. Macam ini lah baru sesuai dengan tema "Destinasi Rasa Serantau".

Antara menu wajib korang cuba adalah:
🌸 Hidangan di Peeking Duck Station
🌸 Tanddori Roasted Aloo
🌸 Ghobi Manchurian
🌸 Goa Crab Curry




Kalau korang dah biasa makan di dinner seafood buffet yang dihidangakn setiap hari Jumaat dan Sabtu di Kwee Zeen, mesti korang tahu yang mereka ada hidangkan banyak seleksi makanan laut yang fresh dan sedap.

Pada Ramadan kalini, menu makan makan seafood buffet masih dikekalkan khas untuk pelanggan tersayang mereka. Ramai yang excited nak dine in disini sebab seafood segar deorang ni. Hanya di Kwee Zeen korang dapat makan buffet Ramadan seafood makanan laut ni.




Dengan konsep "All You Can Eat Seafood", antara menu seafood wajib korang cuba di buffet Ramadan Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara adalah: 

🌸 Salmon Sashimi
🌸 Tuna Sashimi
🌸 Aneka Sushi
🌸 Oyster
🌸 Scallop



Macam saya cakap tadi, orang Malaysia ni tak sah kalau tak ada pedas dalam makanan, kalau ada pedas baru lebih layan nak makan, walaupun masa berbuka nanti. Jadi di Kwee Zeen, untuk menu seafood buffet, mereka juga sediakan pelbagai pilihan sos untuk korang pilih.

Seleksi ikan bakar pun ada untuk korang pilih dan makan bersama dengan kuah/ sambal ikan bakar pilihan korang. Semua fresh, bila makan ikan tu terasa manis fresh dia.




Walaupun dah banyak menu menarik yang dihidangkan di buffet Ramadan tahun ini, mereka masih lagi mengekalkan menu wajib bulan Ramadan, Bubur Lambuk.




Sebagai peminat desserts pencuci mulut, saya rambang mata dan perut nak pilih hidangan pencuci mulut untuk makan.

Korang boleh pilih dan ambil apa sahaja menu yang ada di sini untuk cuba daripada seleksi kuih muih tradisional, pastries roti, kek, puding, tart sehinggalah kepada chocolate fountain, semua ada. Nanti datang sini, jangan lupa cuba semua tau.



Ingatkan seleksi buffet saja yang banyak pilihan, malas nak pilih air nak minum pun kemain banyak pilihan. Daripada air panas, kepada air buah segar dan juga air balang pun ada. Lebih unik, air malt jenama Barbican turut dihidangkan untuk peminat minuman ni.



Untuk peminat Sambal Hitam Nyiru Belimbing Buluh yang dihidangkan disini, korang juga boleh beli Sambal yang dimasak khas oleh Chef Mizan untuk bawa pulang. Nak hadiahkan kat orang pun sesuai sebab packaging cantik, bekas kaca.



Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan makanan laut yang segar di Kwee Zeen pada bulan Ramadan tahun ini. Harga buffet Ramadan dan makan malam yang ditawarkan kali ini memang berpatutan. Kalau beli baucar sebelum 31 Mac 2022, dapat lagi diskaun 20%.

Untuk tempahan berbuka puasa di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, korang boleh hubungi talian: 03-27206608 atau email kepada HA123-fb4@sofitel.com

Tarikh Buffet Ramadan di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara: 
3 April - 1 Mei 2022

Harga buffet:
Dewasa RM128, Kanak-kanak RM64 (3-10 April & 25 April - 1 Mei)
Dewasa RM178, Kanak-kanak RM89 (11-24 April)

(discount early bird 20% untuk pembelian sebelum 1 April)

Kwee Zeen
Level G, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, 
No. 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Website: www.sofitel-kualalumpur-damansara.com
Instagram: www.instagram.com/sofitelkualalumpurdamansara
Facebook: www.facebook.com/SofitelKualaLumpur


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

5 Comments

Rawlins GLAM said…
Rawlins teruja gila dengan seksyen desserts dan minuman dia. Pastu seronok makan ditemani muzik gamelan, terasa di istana lama gitew.
Mahamahu said…
Buffet Ramadan hehehe dan dekat ni rasa tak tahu nak pilih mana satu yang best tapi sini menarik juga banyak pilihan dan makanan sedap2 katanya kena cuba...
fareast said…
Kuih muih nampak sangat sedap di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara ni. Kepada yang berkesempatan tu bolehlah cuba.
Princesa3290 said…
Sedap nampaknya buffet kat sini. Siap ada japanese food tu, rasa berbaloi!
hidangan kat sini banyak juga pilihan dan nampak2 semuanya.. syok

FOLLOWERS