Majlis Anugerah Pilihan Pengguna (Consumer's Choice Award) 2021-2022

Hello semua!

Pada 24 Mac 2022, telah berlangsungnya majlis penganugerahan Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022. Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), telah diadakan di Hotel Le Meridian Putrajaya. 

Acara ini turut dihadiri Tetamu Kehormat Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor.


Cara dan kriteria pemilihan diadakan seperti Anugerah CCA yang sebelumnya. Mereka yang menang anugerah ini telah melalui penelitian tiga peringkat oleh MTPN Selangor bagi memastikan mereka betul-betul layak. 

Majlis yang berprestij ini diadakan dengan tujuan untuk mengiktiraf usaha perniagaan yang telah bersusah payah mengharungi cabaran sepanjang pandemik. 

Majlis Perasmian CCA - YBRS. TUAN EDDY SOO CHERN HOONG – Setiausaha, Ketua Biro Penerangan Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor; YBHG. DATO’ DR. GAVIN VOON SHIH CHIN –Yang Di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor; YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal;  EN. TUAN NORAFFENDY BIN ABD KHALID – Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim; YBHG. DATO’ PADUKA DR. KEVY KV. YEO – Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara

Daripada 213 calon, hanya 66 sahaja yang berjaya menerima pengiktirafan ini dan membawa pulang trofi CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka di dalam industri yang diceburi.

Mereka yang mendapat anugerah ini terdiri daripada pelbagai perniagaan B2B dan B2C termasuklah didalam bidang Kecantikan, Pendidikan, Farmasi, Firma Guaman, Perniagaan Makan & Minum dan sebagainya.

Selain daripada peneraju-peneraju industri, MTPN Selangor turut memberi pengiktirafan kepada beberapa organisasi yang telah berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti CSR sepanjang tahun sambil mengambil iktibar bahawa negara telah banyak menghadapi halangan dan cabaran di tahun-tahun sebelumnya.

Gambar 3: Penyampaian Cenderahati kepada YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal

Gambar 4: Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin (Rosyam Nor) menerima Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) bagi pihak syarikatnya - St Rosyam Mart Sdn Bhd

YDP MTPN Selangor, Dato’ Dr. Gavin Voon, percaya bahawa dengan mengiktiraf syarikat-syarikat ini, ianya mampu meningkatkan daya saing di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan, terutama sekali di dalam menangani kesan pandemik COVID-19. 

Hubungan positif di antara peniaga dan pengguna merupakan tunjang kepada MTPN. Ini merupakan sebab utama MTPN menasihati orang awam untuk mengutamakan kejujuran dan integriti semasa memberi perkhidmatan kepada pengguna. Para penerima anugerah CCA ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sah kepada para pengguna yang khuatir tentang kredibiliti sesebuah perkhidmatan.

Justeru, inisiatif oleh MTPN Selangor ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga untuk beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui program “Idenfic” yang diperkenalkan oleh MTPN. Program ini bertujuan untuk mengutamakan kredibiliti, kepercayaan dan pengiktirafan bagi peniaga dan pengguna.

Gambar 5: YBHG. DATO’ DR. GAVIN VOON SHIH CHIN –Yang Di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor

Dato’ Gavin berkata, 

“Bertujuan untuk megiktiraf integriti, kejujuran dan profesionalisma di dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna, MTPN Selangor telah menganjurkan CCA bagi mencapai matlamat ini. Pengiktirafan ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang membuktikan usaha cemerlang mereka di dalam hal ehwal pengguna dan perniagaan”.

Gambar 6: YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal

Y.B Tuan Mohd Zawawi menjelaskan pandangan beliau dengan berkata, 

“Perkara yang menarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor yakni ‘Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat’. Dengan ini, saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor akan terus maju”.


Untuk maklumat lanjut tentang 
Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN)
Website: https://mtpn.org.my/


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

11 Comments

  1. Tahniah pada semua penerima anugerah. You deserved all these recognitions for all the sweat, tears and blood you gave building the empire. Congrats!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua Pemenang Consumers Choice Award. Semoga akan terus maju jaya ya.

    ReplyDelete
  3. terbaik dan syabas utk semua
    pemenang. satu pengiktirafan bg menghargai kerja keras mereka yv terlibat

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga mereka terus maju dalam bidang masing-masing

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan usaha untuk anugerah tahun hadapan pula. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada semua pemenang! Kamu semua sgt bagus dan rajin. 😊

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada semua pemenang. Memang bagus terus maju untuk jenama di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat semua.. rasanya Dato Rosyam tu ada memang juga sebelum ni, dia memang berkelayakan untuk menang anugerah tu.. syabas,.

    ReplyDelete
  9. this is such a unique celebration. congratulations to all the amazing winners at the event!

    ReplyDelete
  10. Good to have this kind of appreciation award kan, buat mereka lebih commited to give the best to their customers! We pun boleh buat pilihan tepat with this as benchmark!

    ReplyDelete
  11. Tahniah dan syabas buat semua pemenang dalam Majlis Anugerah Pilihan Pengguna (Consumer's Choice Award) 2021-2022. Ini sudah semetinya menjadi penyuntik semangat buat mereka untuk terus melakar legasi juga buat yang lain untuk mengikut jejak kejayaan seperti yang diidamkan.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS