Assalamualaikum,
Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli bagi tahun 2022 bermula 1 April hingga 30 April 2022. Berikut adalah cara untuk keluarkan dan cash out duit KWSP.
Syarat-syarat permohonan untuk pengeluaran KWSP
🌸 Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
🌸 Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
🌸 Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
🌸 Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
🌸 Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10,000, minimum RM50
🌸Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Cara Pemohonan Online
Pengeluaran Duit KWSP April 2022
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal seperti di bawah atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022 hanya melalui laman web KWSP.
Langkah 1:
Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan klik "MOHON SEKARANG".
Langkah 2:
Pilih amaun yang dikehendaki. Setelah amaun telah ditetapkan, klik "TERUSKAN".
*Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
Langkah 3:
Pastikan jumlah amaun dan klik "TERUSKAN".
Isi maklumat anda dan klik "TERUSKAN". Pastikan semua info adalah tepat.
Sahkan permohonan anda dan klik "HANTAR". Pastikan semua info adalah tepat.
*Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
Langkah 6:
Selesai. Klik "CETAK & SIMPAN REKOD PERMOHONAN".
Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membantu anda, itu adalah scam.
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:
⭐ Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
⭐ Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
⭐ Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
⭐ Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
Untuk maklumat lanjut:
Laman web: pengeluarankhas.kwsp.gov.my
Till then,
Faeez Azmi
0 Comments